Friday, May 21, 2021

cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun

Nutrisi Fajr.. 

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Makag  nasihat Fudhail kepadanya : Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh

4. JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang  sebelumnya

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.

Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan. 

Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.
#peringatanuntukdirisendirijg

Tuesday, April 27, 2021

nasihat kehidupan

Nutrisi Fajr..

   *🌹NASEHAT KEHIDUPAN*

*Setiap kesalahan yang pernah kita lakukan adalah sebahagian dari proses pembentukan keperibadian.*

*Jangan menyesali semua kesalahan,*
*tapi sesalilah jika semua itu tidak bernampak padanya ada perubahan.*

*Mendung diciptakan bukan untuk membuat langit gelap.*

*Tapi untuk memberi khabar gembira akan sejuknya air hujan yang akan turun.*

*Luka bukan hanya semata-mata untuk membuat kita tersiksa, tapi agar kita tersedar,*
*bahwa kita hanyalah manusia biasa.*

*Genggamlah keyakinan dan jangan pernah kita lepaskan Indahnya kehidupan,*
*bukan terletak dari banyaknya kesenangan,*
*tapi terletak pada rasa syukur kita yang tidak pernah terputus kepada Allah عزوجل.*

*Jika airmata adalah suatu beban,*
*maka senyum adalah penawarnya.*
*Seberkas kesabaran akan berbuah manis.* *Sebuah senyuman akan menghilangkan seribu kerisauan.*

*Jadilah cahaya*
*walau tidak dapat di sentuh,*
*tapi selalu menerangi.*

*Jadilah angin..*
*Walau tidak berwujud,*
*tapi selalu memberi kesejukan.*

*Jadilah 'Sahabat Sejati'..*
*Walau tidak selalu bersama menjalani hari,*
*tetapi selalu memberi kehangatan di hati.*

*Semoga bermanfaat*

Saturday, May 30, 2020

TERGIGIT LIDAH

Cuba amati ungkapan ini... 

TERGIGIT LIDAH....

Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah. 

Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar. 

Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya.

"Encik, nak memesan makanan?"

“Ya, tapi aku tak ada duit"

"Tak mengapa, saya beri percuma".

Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang. 

“Kenapa encik ?" 

“Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah.

Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku.

Pemilik warung itu berkata,

"Encik,

Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu,

... Sedangkan ...

Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini 

Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..."

Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu.

Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih,
... Tapi ...
Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama 

Bertahun-tahun,
Aku tak pernah berterima kasih. 

Lelaki itu terus balik ke rumah.

Sampai sahaja di pintu rumah,
dia melihat isterinya yang berwajah cemas.

Ketika melihat suaminya,
Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah 

"Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam."

Selepas mendengar isterinya berkata begitu,
Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya .

Sahabatku, 
Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari.

Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima. 

Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita.

Berterimakasih lah kepada :
Ayah - Ibu... kita
Isteri / Suami... kita
Adik beradik... kita
Jiran... kita
Rakan2 office... kita

Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita 

Hidup itu Indah,
kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ... 
Belajar menerima apa adanya ...

Ketika GELAP ,
baru tersedar apa erti TERANG . 

Ketika KEHILANGAN,
baru tersedar apa erti MEMILIKI

Ketika BERPISAH,
baru tersedar apa erti PERTEMUAN.

Kelmarin sudah TIADA,
Esok belum TIBA,
kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA.

MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita.

Dalam kehidupan NYATA,
kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR.

Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN.

Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING.

Yang REMEH kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI.

Seribu KEBAIKAN sering tidak BERERTI, tapi SETITIK kekurangan DIINGATI seumur hidup.

Mari belajar MENERIMA kekurangan apapun yang ada dalam kehidupan kita,
Bukankah tak ada yang SEMPURNA didunia ini ... ?

SEHATI bukan kerana saling MEMBERI,
tetapi sehati kerana saling MEMAHAMI. 

BETAH bukan kerana MEWAH, tetapi betah kerana saling MENGALAH. 

INDAH bukan kerana selalu MUDAH
tetapi INDAH kerana dihadapi bersama setiap KESUSAHAN.

Semoga bermanfaat...pada kita semua termasuk diriku  ini yg byk khilaf.

Saturday, February 15, 2020

Sahabat akhirat

*Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..*

*Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tlg tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."*

*Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."*

*Kami menangis bersama, entah berapa lama...*

*Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...*

*Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :*

*'Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."*

*Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :*

*'Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."*

*Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".*
*(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)*

*Maka wahai sahabat2ku* 

*Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..*

*Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.*

*Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.*

*Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.*

*Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....*

*Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...*

*Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..*

*Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....*

*Al-Hasan Al-Bashri berkata :*

*"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.*

*Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..*

*Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.*

*Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?*

--------
*Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga*

Monday, January 27, 2020

Langkah-langkah menghadapi Musibah Virus dan Penyakit Berjangkit

Langkah-langkah menghadapi Musibah Virus dan Penyakit Berjangkit 

Kita adalah makhluk yang lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kembali kepada Allah.

Berikut ialah langkah yang diajarkan oleh agama apabila kita ditimpa oleh sesuatu bala, ujian dan musibah.

1. Menyakini dan redha terhadap takdir Allah

Allah Ta’ala berfirman;

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid: 22)

Kita perlu berdamai dengan takdir, menyerah dan redha bahawa ini semua adalah ketetapan Allah dan tidak perlu berdendam dan bermusuh dengan sesiapa.

Serahkan mereka yang zalim itu kepada Allah jika kita tidak mampu untuk menyekat kezaliman mereka.

 اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
`Ya Allah, cukuplah Engkau untuk menghadapi mereka, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki.' [HR. Muslim]

2. Mengasingkan diri dan mengamalkan kaedah kuarantin jika terlibat dengan wabak penyakit dan virus.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

'Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, maka janganlah kalian masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di dalam kawasan tersebut maka janganlah kamu keluar dari kawasan itu.' [HR. Al-Bukhari]

Kaedah kuarantin ini juga terdapat dalam hadith Abu Hurairah RA (wafat 57 H) yang menyebut:

 لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
' Jangan didekatkan sesuatu yang berpenyakit kepada sesuatu yang sihat. ' [HR Al-Bukhari]

Kaedah fiqh menyebut:

الضَّرَرُ يُزَالُ
“Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.”

[Al-Asybah wa al-Nazair]

Maka sangat penting rakyat Melaysia mengelak daripada menghadiri perkumpulan orang ramai seperti konsert, pertandingan bola, sukan yang melibatkan ramai orang, pesta, pasaraya dll.

Di samping itu hendaklah dicegah kemasukan warga asing ke dalam negara yang disyaki boleh menyebarkan virus penyakit ke dalam negara. 

3. Menjaga kebersihan diri dan menguatkan sistem daya pertahanan badan (antibodi).

Sistem daya tahan badan/antibodi berfungsi untuk melawan penyakit dan melindungi tubuh serta mempercepatkan proses pemulihan. Ianya boleh dikuatkan dengan senaman, pemakanan yang sihat, makan buah-buahan, mengambil vitamin C, tidak merokok, mengelak daripada stress, mengambil vaksin, memakan madu dan sayur-sayuran, cukup rehat dan tidur.

Kata pepatah menyebut;
 الوِقَايَةُ خَيْرٌ مِنَ العِلَاجِ
`Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. '

4. Berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah

Setiap manusia pasti akan mati, walaupun berada di dalam kubu yang paling kukuh, ajal tetap akan sampai. Justeru di samping redha dengan takdir, kita hendaklah bersangka baik kepada Allah dan berfikiran positif.

Selagi masih bernafas, jangan putus asa dan tetap yakin akan sembuh, percaya dan teruskan berusaha menunaikan kewajipan yang perlu. 

Imam Malik RA (wafat 179 H) tetap mengajar dalam keadaan darah mengalir di kakinya. Imam Ibn Taimiyyah tetap menulis dan beribadah walaupun di penjara. Syed Qutb dan Hamka menulis tafsir walaupun dalam penjara.

Diriwayatkan Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا

`Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

[HR. Ahmad dan Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

5. Membaca zikir-zikir dan doa perlindungan dengan penuh harap kepada Allah

Di dalam hadith yang sahih terdapat zikir yang sesuai untuk dibaca bagi memohon perlindungan daripada penyakit dan musibah wabak.

Antaranya membaca doa zikir berikut pada waktu pagi dan petang;

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
`Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' [HR. Abu Daud]

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [HR. Muslim]

6. Merayu dan menuntut kerajaan mengambil tindakan yang terbaik dan paling bermanfaat kepada kebajikan dan keselamatan rakyat.

Kaedah fiqh menyebut

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Polisi pemerintah adalah berdasarkan kepada kemaslahatan rakyat.” [Al-Asybah wa al-Nazair] 

Kerajaan adalah diseru dan disaran mengenepikan unsur politik dan mengutamakan kebajikan rakyat sebagai kewajipan mereka dengan mengambil langkah pencegahan dan mengusahakan rawatan yang terbaik untuk rakyat.

7. Rakyat dan masyarakat perlu saling bantu membantu dan bertaqwa kepada Allah supaya musibah dan wabak ini akan diangkat oleh Allah.

Para salaf menyebut;

ما نزل البلاء إلا بذنب وما رفع إلا بتوبة
“Tidaklah turun musibah melainkan kerana dosa, dan tidaklah ia akan terangkat kecuali dengan bertaubat.”

Orang ramai boleh membantu dengan memastikan anak-anak memakai topeng penutup muka ke sekolah, menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-merata, mencuci tangan, menutup muka ketika bersin, menjauhkan diri daripada tempat sesak, memberi laluan kepada ambulan, tidak merokok dan menghentikan kegiatan tidak bermoral dan maksiat.

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syura: 30).

Kepada Allah, kita berserah dan mengadu!

Friday, January 24, 2020

Perbezaan akhlak dan agama

Haritu sheikh sebut, 1 hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami. “Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”

Lalu sheikh tanya kami, “kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah 1 darinya. Apa ada perbezaan antara agama dan akhlak?”

“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”
“Adakah orang beragama itu tidak berakhlak ?”

Kami semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawaban. Dan termenung panjang sampaikan kesudah tak ada seorang pun mampu beri jawaban. 

Akhirnya, sheikh kata,

Ya memang ada perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia tu berakhlak. Dan orang berakhlak sudah pastinya dia beragama. 

Sheikh pun senyum. 
Dia sambung lagi dengan memberi contoh. 

Contoh begini mudah. Kamu seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada miss langsung. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Kamu tak setaraf dengan agama yang ada di dada kamu. 

Bila bercakap. Tinggi suara. Bila lambat sikit kamu marah marah. Bila tak puas hati sikit kamu lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris. 

Jika tak kena dengan kehendak kamu. Kamu menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang kamu nak. Kamu hempuk tangan kamu di meja tak puas hati dengan orang lain. 

Kami semua terdiam. Fokus dan cuba memahami. Sambil muhasabah aku termasuk juga ke dalam tu. Huhu. 

Sheikh sambung lagi. 
Kali ni dengan nada yang lembut sedikit.

Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah marah.

Terus aku teringat 1 hadis lain. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Dan aku juga terfikir mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak. 

Mungkin jawaban sheikh tu telah menjawab semua soalan difikiran aku tu.

Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat titikberatkan bab solat awal waktu. Agama mereka hebat. Kebanyakkan mereka hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetap seorang hafiz al-Quran. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah. Kasar suara pada orang lain. Mereka lah yang terkehadapan. 

Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan nabi di tanah Arab. Kerana nak perbaiki akhlak mereka. Ya lah mana tidaknya. Cuaca panas. 

Maka angin dalaman pun mudah naik. Suhu kereta mana tak naik kalau tiada penyejuk dengan air. Air itu adalah akhlak. 

Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga akhlak. 

Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah. 

Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas. 

“Laa Taghdob!”

“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut. 

Maka bagi sesiapa wanita di luar sana. Yang berkenan dengan seorang lelaki. 

Nasihat aku, kalian kena perhati betul betul mereka ni. Jika baik akhlak dan agamanya maka terimalah. Walaupun muka tidak seindah pelakon TV3 idaman kalian. 

Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana duk tilik lelaki itu ada gaya ustaz. Ada serban di kepala. Ada rida’ di bahu.  Ada ilmu boleh baca kitab arab padu. 

Tapi akhlak ke laut. Tak boleh dibuat suami. Huhu. 

Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.

Nak ulang sebut hadis 
Rasulullah bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi.

Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman
:إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

 (Surah Ar-Ra’d: 11)

penulisan tuan ahmad sobir

Friday, January 17, 2020

khilaf yg ramai tak tahu

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢