Sunday, August 21, 2016

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin

Monday, August 15, 2016

BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSAORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam berpanjangan sehingga terasa di dada

Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukka oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengpam jantung dan memylihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

9. Sebarkan seluas2nya tips ini. Insya Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , hantarkanlah kpd sekurang2nya 10 orang, saya akan akan dpt menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Daripada menghantar bahan yg x berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yg akan dpt menyelamatkan nyawa ini...

12. Sekiranya tips ini sampai semula kpd kita....lebih dari sekali...jangan marah....sbb anda mempunyai ramai kwn yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG

Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)

Turki - Permata Yang Sedang Bersinar.

Saidina Umar Al Khattab berkata bahawa kita adalah ummat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita meninggalkan Islam (mencari cara lain untuk menang) Allah akan hukum kita menjadi umat yang hina. 

Bangsa Turki adalah salah satu kaum yang dipilih untuk menegakkan Islam. Islam yang bagaimana.?
Islam yang sempurna sepertimana dalam Al Quran ayat 3 Surah Al Maidah yang diturunkan di Padang Arafah ketika Hajjatul Wada'. Beratnya ayat ini diturunkan sehinggakan unta yang ditunggang oleh Rasulullah S.A.W ketika itu terduduk.

Generasi para Sahabat ditarbiah mengikut Islam acuan Allah ini yang diturunkan di bumi yang kosong tidak ada hasil, telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh penjuru dunia. Hanya dalam masa 80 tahun ia sampai ke perbatasan negeri China, melalui Asia Tengah, menguasai Utara Afrika, menyeberangi ke Eropah, menguasai Andalusia-Sepanyol. Mereka berjaya membina tamadun Islam dengan petunjuk hidayah Allah, mengumpulkan ilmu-ilmu dunia yang digabungkan dengan ilmu wahyu. Tamadun Barat hanyalah ciplak dan serpihan sahaja daripada Tamadun Islam kerana ia tidak meninggalkan aspek hidayah Allah sehingga menyebabkan berlakunya kemusnahan yang kita saksikan sendiri.

Apabila kaum Arab meninggalkan Islam, Allah gantikan kaum lain bersilih-ganti yang memimpin Islam. Di antaranya ialah kaum Turki yang berasal dari Asia Tengah, bangsa ini bertempat dari Anadol sehingga Siberia dan perbatasan China. Mereka diislamkan sepenuhnya pada zaman Kerajaan Abbasiyyah, dididik oleh para ulamak Asia Tengah seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan para ilmuan Islam yang lain.

Dalam suatu peristiwa, Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan disambung oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China,dan India. Allah memunculkan Kerajaan Mamalik di Mesir yang dipimpin oleh Sultan Zahir Baybars berketurunan Turki yang memimpin bala tentera Islam yang setia. Sultan Zahir dengan panduan Ulamak seperti Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abdus Salam, yang juga merupakan tokoh Mazhab As-Syafie yang terkenal. Mereka menanamkan semangat Islam, memperbetulkan kerajaan yang rasuah dan yang suka bermewah itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.

Dikisahkan Sultan Zahir Baybars meminta fatwa ulamak supaya dipungut cukai yang sebanyak-banyaknya daripada rakyat untuk sumbangan jihad menentang kemaraan Tartar. Kebanyakan ulamak mengatakan dibolehkan kerana negara dalam keadaan darurat kecuali Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abdus Salam. Imam Izzuddin ini diberikan gelaran Sultonul Ulama’, bukannya Ulama’ ul Sulton,ini ada bezanya seperti Islam Hadhari berbeza dengan Hadhoroh Islam. Syeikh Imam Izzuddin ini ada mengarang kitab khusus berkenaan Maqasid Syariah, sesiapa yang nak belajar bab ini kena baca kitab ini, jangan ambil tengah jalan. Beliau digelar Sultonul Ulama’ kerana di dalam satu majlis yang dihadiri Sultan, beliau berkata adalah haram bagi Tuanku mengambil cukai daripada rakyat selagi Tuanku tidak membelanjakan dahulu kemewahan yang ada di dalam istana ini termasuk diri Tuanku sendiri yang pernah menjadi hamba tawanan Kerajaan Abbasiyyah, Tuanku kena jual diri dahulu,sekiranya masih tidak cukup,barulah dikutip cukai daripada rakyat. Para ulamak lain yang turut hadir bagaikan sudah mahu mengangkat kain jubbah mereka kerana takut percikan darah sekiranya kepala Syeikh Imam Izzuddin dipancung, rupanya beliau tidak dipancung. Nasihat beliau telah diterima dan dilaksana oleh Sultan.

Berlakulah peristiwa Ain Jalut, pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260. Tentera Sultan Zahir dan Qutuz Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar. Ini jasa kaum Turki. Mengikut pandangan Ibnu Khaldun dalam Kitabnya Al Muqaddimah, bahawa secara tabiinya bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampurkan Islam, Yahudi, Kristian dan akal fikiran, para ulamak menolak undang-undang sebegini. Rakyat memilih untuk bersama para ulamak. Selepas Tartar dikalahkan, mereka pula yang memeluk Islam. Syeikh Hassan An Nadawi menyebut, hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan ini lah juga yang berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India. 

Kerajaan yang dipimpin oleh Tartar yang memeluk Islam ini ditadbir bukannya mengikut Islam yang sebenar, mereka membunuh rakyat yang tidak mahu memeluk Islam. Lalu, mereka ditundukkan oleh Kerajaan Saljuk yang berpusat di Konya, Turki. Berkebetulan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia memilih Bandar Konya yang bersejarah itu sebagai tempat untuk persidangan 2016, keputusan itu dibuat sebelum berlakunya peristiwa rampasan kuasa yang gagal. Kerajaan Saljuk ini tidak dapat bertahan lama, ia diganti dengan Kerajaan Uthmaniyyah yang ditubuhkan oleh Uthman Razi Urtugul pada 1299. Kerajaan Uthmaniyyah ini memimpin Islam daripada Tahun 1299 sehingga 1924. Ada rekod yang mengatakan ia telah berakhir pada 1923 apabila berlakunya Perjanjian Lausanne di Switzerland yang melibatkan British, Perancis, Itali, Rusia dan Jepun yang membatalkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Turki memimpin Islam selama 6 abad iaitu 600 tahun, Islam masuk ke Eropah sehingga ke Bulgaria, Yugoslavia, dan sekitarnya. Dahulunya, Kerajaan Melaka berbaiah kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan begitu juga dengan  Kerajaan Acheh yang menguasai rantau alam Melayu ini berbaiah yang sama.

Berlakunya kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana orang Islam tidak lagi berpegang kepada Islam. Kerajaan itu menguasai Laut Mediterranean, Laut Hitam, sebahagian Laut Arab dan Utara Lautan Hindi, menyebabkan berlakunya pengembaraan Vasco Da Gama dan Marco Polo. Beliau belajar mengenai ini, rupanya pengembara ini merancang untuk mengepung dunia Islam. Itulah berlakunya kejatuhan Kerajaan Melaka pada 1511 selepas Kerajaan Islam Sepanyol pada 1492. Seorang ilmuan Filipina mendedahkan kejatuhan Kerajaan Melaka dirayakan di Vatican City. Kemudian, berlakunya serangan pemikiran melalui penanaman semangat kebangsaan nasionalisme, yang diambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang ratusan tahun memerintah. Negara-negara Arab mula bangkit menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan kaedah menyokong kuasa penjajah seperti Inggeris dan Perancis.

Selepas tumbangnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah , berlaku pula Perjanjian Sykes-Picot yang melibatkan Inggeris, Perancis dan Rusia yang membahagikan negeri-negeri yang berada di bawah penguasaan Khilafah sebelum ini. Mereka melagakan umat Islam melalui perbezaan kaum dan mazhab. Apabila Iran dikuasai Syiah, Yaman dikuasai oleh Mazhab Zaidiyyah, Oman dikuasai oleh Mazhab Ibadi-Khawarij, disemangatkan untuk menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bermazhab Sunni. Di Semenanjung Arab yang dikuasai oleh golongan Wahabbi yang menentang Mazhab As Syairah dan Maturidiah, dan Kaum Arab menentang Turki di atas nama kebangsaan Arab. Mereka menyokong kuasa Barat kerana syok dengan janji untuk dinaikkan sebagai khalifah yang baru. Secara rasminya, pada tahun 1924 jatuhlah Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Cuba cek di internet, bila hari kebangsaan bagi negara Arab.? Kita di Malaysia, menyambut Hari Kebangsaan pada hari British keluar sedangkan Negara Arab menyambut menyambut Hari Kebangsaan pada hari Uthmaniyyah keluar. Walaupun diusahakan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al Afghani yang mencadangkan projek perpaduan ummat Islam, dan projek mega rel landasan keretapi dari Turki melalui Mekah, Madinah sehingga ke India. Ini bagi membolehkan orang Islam di Asia Tenggara pergi Haji naik keretapi  berjumpa orang Islam di tempat lain dan mengeratkan perpaduan sesama ummat Islam. Projek fasa pertama dari Turki, Syiria ke Madinah yang masih ada kesan sejarah rel keretapi itu sekarang yang mana projek ini dibiayai oleh wakaf ummat Islam. Namun, ia diletupkan oleh Revolusi Arab di atas semangat kebangsaan dengan nasihat Lawrence of Arabia.

Kerajaan sekular di Turki bermula selepas tumbangnya Kerajaan Uthmaniyyah. Sekularisme ini diteguhkan melalui Perlembagaan Turki dengan kawalan negara Barat, dan gerakan Zionis dan Freemason. Ketika Tuan Guru belajar di Madinah pada tahun 1969, beliau membaca satu buku dalam yang bertajuk “Asraul Masuniyyah” dalam Bahasa Arab yang dikarang oleh Jeneral Javad Rafaat Aatalkhan. Jeneral Tentera Turki ini pernah menangkap ejen-ejen Yahudi yang dibawa oleh British ke Israel yang mendedahkan gerakan Freemason di samping Zionis untuk menakluk dunia setelah jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh kerana Turki ini bangsa yang kuat mempertahankan Islam maka Islam dihalang begitu kuat di Turki berbanding tempat –tempat lain.

Sekiranya kemenangan Islam di Indonesia pada tahun 1955 yang dipimpin oleh Parti Masyumi,gabungan Nahdatul Ulamak dan Muhammadiyyah serta kumpulan lain, ia hanya mampu bertahan selama 1 tahun lalu dijatuhkan. Begitulah juga dengan kemenangan Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria pada tahun 1951 dan sama juga dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin pada tahun 2012 baru-baru ini. Di Turki, Perlembagaannya menyebut Sekularisme sebagai akidah mereka, Tentera sebagai pengawal Sekularisme melalui perlembagaan tidak bertulis. Mana-mana pemerintahan yang cuba mengembalikan pemerintahan Islam, Tentera wajib mengambilalih kuasa tersebut dengan sokongan kuasa Barat.

Walaupun demikian, mereka tidak dapat memadamkan cahaya-cahaya Islam.Pada tahun 1956, Adnan Manderes yang memimpin Parti Demokrat menang pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri Turki. Beliau berusaha mengembalikan Islam di Turki, dengan hanya menubuhkan kembali Sekolah Imam Khotib (Sekolah Agama) untuk melatih imam dan bilal. Presiden Erdogan pernah bersekolah di sini. PM Adnan Manderes juga membuka peluang kepada rakyat Turki menunaikan Haji, memajukan bidang pertanian sehingga berjaya mengeksport hasilnya ke pasaran Eropah. Hanya dengan usaha ini tanpa menyentuh pun aspek sekular dalam perlembagaan, Tentera Turki menggulingkan PM Adnan Manderes dengan menangkapnya bersama 3 Menteri yang lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Pada tahun 1970 an muncul pula Profesor Najmudin Erbakan, seorang jurutera terkenal di Jerman yang mencipta jentera berat termasuk yang menggunakan diesel.Jentera yang dibanggakan oleh Jerman itu dicipta oleh jurutera Islam. Beliau pulang ke Turki, membuka fakulti kejuruteraan yang melahirkan ribuan jurutera baru. Beliau masuk politik dengan menubuhkan parti yang hanya bertahan selama 4 bulan sebelum diharamkan kerana beliau orang yang kuat berpegang kepada Islam. Lalu, beliau menubuhkan lagi parti baru kerana di sana mudah diluluskan tubuh parti. Parti ini bertahalluf siasi dengan parti Kamal Attartur dan mencapai kemenangan. Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1972, dan berjaya memajukan industri yang menghasilkan 30,000 jentera berat diesel setahun. Pada ketika itu berlaku juga rusuhan kaum di Cyprus di mana ummat Islam Turki di situ bergaduh dengan etnik Greece yang dihantar oleh British. Dengan pengaruh Erbakan, Tentera Turki datang menyelamatkan nyawa ummat Islam Turki di Cyprus.

Namun, tidak lama kemudian kerajaan tersebut digulingkan dengan Erbakan dipenjarakan dan dikenakan larangan berpolitik. Pada tahun 1980 an, beliau menubuhkan pula Parti Refah, dan seterusnya pada tahun 1998 menang pilihan raya hasil kerjasama dengan parti-parti lain. Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri Turki, yang mana beliau membina gabungan G 8 Negara umat Islam; Turki, Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Nigeria dan Iran bagi menjana ekonomi dunia Islam. Lalu, kerajaan beliau digulingkan lagi oleh Tentera Turki dan dikenakan larangan berpolitik. Kemudian, tubuh pula Parti Saadat, namun Erdogan yang asalnya dari parti yang sama telah membawa pendekatan yang baru. Erdogan menubuhkan Parti Keadilan (AKP) yang berasaskan politik liberal.

Tuan Guru Presiden menceritakan pengalaman beliau yang pernah diminta menjadi pendamai ketika berlakunya krisis antara Erdogan dan gurunya, Erbakan. Hal ini kerana Tuan Guru Presiden mempunyai hubungan yang erat dengan Erbakan, beliau menasihati Erbakan untuk berbaik dan bersatu dengan Erdogan. Lalu,beliau dimarahi selama 6 jam oleh Erbakan dalam bahasa Turki dan dijawab dengan hujah melalui khidmat jurubahasa. Tuan Guru Presiden tidak mampu untuk menjawab apabila Erbakan mendedahkan perjanjian Erdogan dengan jeneral Tentera Turki untuk tidak melaksanakan Islam.

Siapa pula Fethullah Gulen.? Pemimpin yang menaja gerakan Sufi, politiknya liberal, Islam untuk Bangsa Turki sahaja, tegakkan Islam dengan nasionalisme Turki, perlu berbaik dengan Israel, Eropah, Yahudi dan Kristian supaya 3 agama ini bersatu. Oleh kerana Erdogan mengambil pendekatan yang liberal juga, maka Fethullah Gulen menyokongnya dan berjaya menang besar dalam pilihan raya. Erdogan mendedahkan kesemua PM Turki termasuk dirinya sendiri pernah masuk ke dalam gerakan Gulen kecuali Erbakan. Apabila Erdogan menggerakkan Kapal bantuan Marvi Marmara ke Gaza, Gulen tidak bersetuju kerana akan bermusuh dengan Israel. Gulen pergi ke Vatican City, melawat Israel, berjumpa dengan rabai Israel. Dia mempunyai dana yang begitu besar mencecah billion atau trillion. Dia menyumbang kepada Sekolah Missionary sebanyak 2 Billion. Di Malaysia ini pun ada rangkaian sekolah Tahfiz di bawah Gulen. Dengan pendekatan ini, kuasa Barat Eropah boleh menerima Gulen.

Hubungan Gulen dan Erdogan kian tegang apabila Turki gagal menjadi ahli European Union (EU). Antara syarat kemasukannya tidak boleh melaksanakan syariat Islam, kerajaan mestilah dipilih melalui demokrasi. Erdogan berkata demokrasi ini bukan sahaja untuk Kristian tetapi termasuk juga untuk Islam. Maka, berlakulah sebaran dakwah, masjid diimarahkan dan gerakan Islam tidak dihalang di Turki. Pemimpin gerakan Islam dari negara lain boleh bernaung dan mendapat suaka politik di Turki. Segala tuntutan EU telah ditunaikan tetapi tetap mereka menghalang Turki daripada menjadi ahli EU. Mereka tahu bahawa sekiranya Turki masuk EU akan menyebabkan pasaran Turki jauh lebih besar dari pasaran EU. Mereka bimbang dengan kebangkitan Islam melalui Turki.

Maka, berlakulah usaha merampas kuasa dengan mempengaruhi sebahagian Tentera Turki yang rapat dengan Gulen. Tuan Guru Presiden mendapat info daripada beberapa orang diplomat kedutaan bahawa Duta Amerika dan pegawai kanannya sudah 5 hari lebih awal keluar dari Turki sebelum berlakunya rampasan kuasa, wartawan CNN sudah datang 2 hari lebih awal untuk membuat liputan. Rancangan ini diatur di negara yang berhampiran dengan Jerman oleh kumpulan Zionis dan Freemason dengan kerjasama Intelligent Barat bagi menyekat kebangkitan Islam di Turki.

Sebelum itu, berlakunya provokasi iaitu Jet Turki menembak jatuh Jet Rusia, Turki diheret ke dalam kancah pertempuran di Syria, dan mereka mahu Turki terlibat dengan peperangan secara langsung tanpa keterlibatan mereka. Rupanya, ada ‘batu di sebalik udang’. Rusia memberikan maklumat intelligent nya kepada Turki berkenaan provokasi ini.

Antara tokoh penting yang berjaya menggagalkan rampasan kuasa ini ialah Presiden Erdogan, PM Binali Yildirim, dan Ketua Perisik Hakan Fidal.  Hakan Fidal ini telah pun mengambil langkah awal beberapa tahun dulu dengan memutuskan hubungan dengan Intelligent Israel. Turki mendapat maklumat bahawa Israel menghantar ejennya ke Iran bagi menggagalkan program nuklear  dan sistem pertahanan Iran.  Turki berkerjasama dengan Iran dan hasilnya banyak ejen Israel berjaya ditangkap di Iran. Ini adalah perkara yang tersirat.

Pada perancangan awalnya, rampasan kuasa akan dilancarkan pada jam 4.00 pagi ketika orang lena tidur. Pihak Intelligent Presiden Erdogan sudah mendapat maklumat berkenaan rampasan kuasa ini. Ketua Perisik Hakan Fidal terus pergi ke Markaz Tentera bertanya kepada Panglima Soluhi Akar mendapat maklumat.? Panglima dan jeneral lain tidak tahu mengenai hal ini. Apabila pihak yang merancang tahu maklumat sudah bocor, mereka segerakan pelaksanaan awal 4 jam. Ini adalah pertolongan Allah. Rampasan tidak jadi berlaku pada saat orang tidur.

Panglima Tentera Darat segera memaklumkan kepada Presiden Erdogan agar segera meninggalkan hotel tempat percutiannya itu kerana pengkhianat sudah bergerak. Kesemua pesawat dan helicopter dilarang terbang melainkan pesawat Erdogan dan 4 jet yang ditugaskan untuk menyelamatkan Erdogan. Panglima Tentera Udara yang mengetuai rampasan kuasa telah mengarahkan jet dan pesawat yang dikuasainya turut terbang sehingga keluar pula arahan dari Panglima Tentera Darat dan PM agar kesemua jet dan pesawat ini ditembak. Berlakulah pertempuran di Ankara, Istanbul termasuklah serangan di Parlimen dan Markaz Tentera. Pasukan Komando dan Polis yang setia digerakkan. Ketua Perisik Hakan Fidal meminta Presiden Erdogan membuat ucapan menyeru rakyat keluar ke jalan raya beramai-ramai dan Hakan sendiri akan memimpin operasi dan dia sanggup mati. Stesen TV penting ditawan oleh pengkhianat, namun dalam masa 10 minit rakyat berjaya merampasnya kembali. Rakyat Turki keluar secara spontan, masjid diarahkan azan sehingga kesemua samada yang solat atau tak solat, yang bertudung atau yang tak bertudung, kesemuanya keluar menyekat kemaraan Tentera yang merampas kuasa.

Bekas Panglima Tentera U.S, Jeneral Wesley Clark mengatakan kegagalan rampasan kuasa ini kerana 4 sebab:
- gagal menangkap dan membunuh Presiden Erdogan
- media sosial tidak dapat dikawal
- tentera tidak mencukupi
- rakyat tidak bersama tentera
Parti pembangkang turut bersama mempertahankan Kerajaan Erdogan dengan mengerahkan penyokong mereka turun ke jalan raya kerana mereka sudah muak dengan rampasan kuasa tentera. Lori majlis bandaraya digunakan untuk menyekat kemaraan tentera. Tidak lama kemudian, serangan ini berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya perancang utama.

Kebanyakan negara hanya menunggu dan lihat siapa yang menang.? Apabila rampasan kuasa gagal, barulah mereka kononnya mendokong kerajaan demokrasi di Turki. Tuan Guru ketika ditemuramah oleh TV Turki ditanya apa harapan kita orang Islam.? Tuan Guru menjawab harapan kami untuk melihat Turki kembali memimpin kebangkitan dunia Islam.  Kita perlu menerima hakikat bahawa negara Iran bermazhab Syiah yang telah bebas melalui revolusinya itu tidak dapat menguasai dunia umat Islam yang sebanyak 90%  bermajoriti Sunni. Iran sudah mula buat pembaharuan dengan mengadakan solat Jumaat, solat tidak dijamakkan, tidak membina hubungan dengan Israel.  Tuan Guru Presiden menegaskan sepertimana nasihat Almarhum Erbakan bahawa Turki dan Iran perlu kerjasama dengan negara yang bermusuh dengan kuasa-kuasa Barat. Kuasa Barat yang pernah mengisytiharkan Orde Baru Dunia hendak memimpin dunia seluruhnya dengan menjadikan Islam sebagai pencabar kepada mereka. Merekalah yang memburukkan Islam dengan menyebarkan fitnah Islam yang melampau dan ganas. Mereka mendesak agar para perampas kuasa ini tidak dibunuh sedangkan mereka juga yang membunuh jutaan nyawa umat Islam di Iraq, Afghanistan dan lain-lain.

Pengajaran yang paling baik ialah semangat Islam kembali di Turki. Petikan kata-kata seorang pemuda yang lumpuh kerana tercedera akibat pertempuran rampasan kuasa yang berucap di himpunan raksasa di Turki berkata, “Saya sanggup mati kerana hendak balik kepada Islam dan kami lebih rela ditanam di dalam tanah kerana mati yang mulia menegakkan Islam daripada hidup di atas bumi, hidup yang hina. Kita bukan hendak menggalakan kekerasan tetapi kita mahu mengajar kepada musuh jangan anggap orang Islam ini lemah.  Cahaya agama Allah tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja walau dengan apa jua cara sekalipun. 

Syed Ahmad Fadli
9.40 pm, Isnin, 15 Ogos 2016

Thursday, August 11, 2016

Doa kebaikan...


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah  kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan  yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik,  dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram,  hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah jika ada di kalangan kami ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah,  agar dapat beribadah bersama kami.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim,  kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah  Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mndapat kurniaanMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَل

Rawatan alternatif utk batuk

Caranya, buah nanas diperah atau blend tanpa campur air. Boleh je blend dengan pulur. Kemudian tapis airnya. Sebaiknya guna penapis kain. Perahan jus nenas campurkan dengan madu dan boleh juga dicampurkan minyak habbatusauda.

Wednesday, August 10, 2016

KEUTAMAAN WANITA

1. doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali
2. isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.
3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.
4. isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1
5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur
6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)
7. burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.
8. bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.
9. bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.
10. bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.
11. wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.
12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".
13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.
14.Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid* *"Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.
15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.
.
SUBHANALLAAH...btp sayang nya Allah Swt terhadap kaum wanita.*
.
*#SHARE BILA BERMANFAAT*

NASIHAT TERBAIK UTK SUAMI,ISTERI & ANAK2 (perempuan)

NASIHAT TERBAIK UTK SUAMI,ISTERI & ANAK2 (perempuan)

© Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT

© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

© Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah

© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Subhanallah...
Walhamdulillah...
Allahu Akbar...

Sebarkan Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sbg Ilmu Baik yg dimanfaatkan.

Nikmatnya diuji..

Kadang-kadang..

Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.

Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah.

Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.

Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.

Wallahi...

Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.

HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa tengah stress dan tertekan. Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.

Wallahi...

Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri.

Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take time. Rehat dan Iktikaf di masjid untuk beberapa hari.

IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. Baca Quran banyak-banyak dan zikir. Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap syukur pada Allah banyak2...

Wallahi.

Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air mata kita berlinangan kerana Allah.

Selamat mencari ketenangan wahai kawan. :)

*Didiklah hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas.*

●●●Kerinduan untuk mendapat keampunan Allah memudahkan kita memaafkan kesalahan sesama manusia. Ingat kepada mati akan memadamkan godaan untuk melakukan dosa.
Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain●●●

Saturday, August 6, 2016

WALI YANG TERBUANG

Kisah Jenazah Wali Pada Zaman Nabi Musa A.S :
Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman "Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan ."
Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa A.S bertanya, "beritahulah aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata, "Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka."
Kemudian Allah berfirman, "Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuni dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani." Tanya Nabi Musa "Ya Allah, apakah tiga perkara itu?"
Allah berfirman, "Ketika dia diambang kematiannya :
1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati..
Pertama sekali dia berkata, "Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku."
2) Mencintai Orang Soleh..
Kedua dia berkata, "Ya Allah,Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq".
3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Ketiga dia berkata " Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga itu akan mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yang akan mengasihaniku ?".
Lelaki itu kemudian berkata lagi, "Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."
Maka, Allah pun berfirman, "Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapanku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."
Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekalipun.Firman Allah “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”
( Surah Al-A'raf : 156).
Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Amiin.
(Riwayat Wahhab Bin Munabbih ,Kitab Tawwabin Susunan Imam Ibnu Qudamah )

Friday, August 5, 2016

*:: ✋ kanser dilenyapkan*

*Bismilla hirrahma nirrahim*
*Cancer dan surah Al Fil..!*
*Assalaamu'alaikum..!*

*SELEPAS SOLAT 5 WAKTU*
*AL FATIHAH 1x AL IKHLAS 3x*
*SELAWAT 3x AL FIL 21x*

*C O N F I R M*
*A L L A H L A H  Y A N G*
*H A N C U R K A N  K A N S E R*

*Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)*
 
*Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..!"*

*Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser..?*

*Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.*

*Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.*

*S U R A H  A L - F I L*

*Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil*
*Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil*
*Waarsala 'alaihim toiran ababil*
*Tarmihim bihija ratim minsijjil*
*Faja'alahum ka asyfim makkul*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

*Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..!*

1
*Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?*

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)

2
*Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?*

3
*Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..!*

4
*Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!*

5
*Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!*

*G U N U N G  H A N C U R  K E R A N A*
*T A K U T  A L L A H  G I T U  J U G A*
*D E N G A N  K A N S E R*

*Demikianlah mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah..!*

*Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap..!*

*K A E D A H  M E N G H A N C U R K A N*
*&  M E L E N Y A P K A N  K A N S E R*

*Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.*

*Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.*

*Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!*

*Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.*

*Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.*

*Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.*

*Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.*

*Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.*

*Y A K I N L A H  A L L A H L A H*
*Y A N G  M E N Y E M B U H K A N*

Dr H pesan..! *Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.* Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt.

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. *Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan.* Amin.

Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

*:: ✋ gunung lenyap kanser hilang*