Thursday, October 13, 2016

BAWANG OH BAWANG

*BAWANG OH BAWANG*

*KES PERTAMA*

Seorg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit.

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

*KES KEDUA*

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

*KES KETIGA*

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya.

Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yg amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

*Harap diingat*

Adalah berbahaya utk mengiris bawang merah dan menggunakannya utk dmasak esok hari

Info ni sgt2 berguna..sila lahh share, moga membawa kebaikan pd org lain !!!!

Wednesday, October 12, 2016

Terapi Teknik Feng Fu

Dari FB Puan Yeong Nor Saadah

Sedikit perkongsian ilmu oleh utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....

KHASIAT MADU KELULUT

Sedikit maklumat Rawatan MADU KELULUT yg boleh digunakan.

Selamat Mencuba! :

GASTRIK
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

DEMAM
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

KANSER USUS
Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

CIRIT BIRIT
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

ANTIBIOTIK
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

BATUK
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

BIBIR PECAH
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah

KENCING MANIS
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

BENGKAK/BENJOL
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

CERDAS
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

CERGAS
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

DARAH TINGGI
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

DARAH KURANG (Anemia)
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

KUDIS
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

LUKA
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

SAKIT JANTUNG
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

SAKIT PINGGANG
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

SAKIT PERUT
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

SESAK NAFAS
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

SUSAH TIDUR
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

SEMBELIT (susah buang air besar)
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

SERAK (Hilang Suara)
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

SELERA MAKAN
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

ANAK KENCING MALAM
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut. Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan.Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

KESIHATAN ANAK
Madu kelulut mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan tambahan dan minuman anak-anak.

KHUSUS LELAKI

Lemah Syahwat
3 sudu kecil madu kelulut + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur.

Menambah Eraksi (ketegangan )
11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Mani Cair
5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut. Minum selama seminggu.

Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin (Minum) 20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu kelulut sebanyak air perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3 sudu kecil selama 7 hari.

KHUSUS WANITA
Air Muka:
Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri. Bahan: Madu kelulut, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu kelulut selama 15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun. Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu.

Meremajakan Kulit Muka
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu kelulut + putih telur secukupnya hingga terbentuk pasta untuk masker. Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Setelah itu bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, halus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda.

Menghilangkan kedut Wajah
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu kelulut dikacau rata dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara berselang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

Menghaluskan Kulit Tangan
2 sudu besar madu kelulut + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hingga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

Jerawat dan Bintik Hitam
di Wajah 1 gelas air suam + 2 sudu besar madu kelulut dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama 20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu kecil madu 3 kali sehari sebelum makan.

Ibu mengandung
Amalkan 1 sudu kecil madu pagi sebelum sarapan serta malam sebelum tidur,inshaallah mudah melahirkan anak...

Sunday, October 9, 2016

KHASIAT BISMILLAH LIMA

*KHASIAT BISMILLAH LIMA ~*

بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii

بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii

بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

*Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

*Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan*

*Dengan nama Allah Yang Mencukupkan*

*Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik*

*Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui*

*ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5*

*Penawar bisa diri*

*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang*

*Penawar bisa-bisa badan*

*Penawar bisa batu merian*

*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya*

*Cara menggunakan Bismillah 5*

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.

*Kesan Sampingan*

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Wallahu a'lamu bissawab
Semoga bermanfaat ...