Wednesday, July 31, 2019

DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR

*Teks khutbah* imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini.

MUSIBAH AKHIR ZAMAN ?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:

“Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta’ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih WhatsApp, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian-yang di share di WhatsApp.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

Wallahu a’lam…

Semoga Bermanfaat

Tuesday, July 30, 2019

Bermulanya Usaha Masturat

Bermulanya Usaha Masturat

Di sebuah desa bernama Kasabpura (dekat New Delhi, India) hiduplah sepasang suami isteri, Maulana ‘Abdus Subhan dan ahliya@isterinya. Beliau adalah murid Maulana Ilyas di Nizamuddin. Isterinya seorang ‘alimah yang memiliki risau fikir terhadap keadaan muslimah di Mewat saat itu, beliau sedih melihat keadaan kaum wanita yang jauh dari agama dan berfikir bagaimana caranya agar wanita boleh ikut mengamalkan agama. Di rumah beliau, diadakan majlis ilmu untuk mengajarkan wanita akan pentingnya agama.

Suatu hari, Maulana Ilyas berkunjung ke rumah Maulana Abdus Subhan. Kesempatan itu Maulana Abdus Subhan gunakan untuk bertanya langsung kepada Maulana Ilyas tentang risau fikir isteri@ahliyanya, “Mengapa tuan tidak membentuk jemaah untuk wanita sebagaimana tuan membentuk jamaah bagi kaum laki-laki?” Maulana Ilyas terkejut mendengar persoalan itu, beliau tidak menyangka usaha dakwah ini mendapat perhatian dari kalangan wanita. Beliau memang merisaukan keadaan masyarakat Mewat (khususnya muslimah) yang tidak berbeza dengan cara hidup wanita Hindu saat itu, namun belum ada niat untuk melibatkan wanita dalam usaha dakwah tabligh.

Maulana Ilyas kembali ke markaz Nizamuddin dan mengadakan musyawarah dengan para elders, diantaranya Maulana Yusuf Kandahlawi, Maulana In’amul Hasan dan Maulana Daud Al-Mewati (semua adalah khalifah Maulana Ilyas dalam 4 silsilah thariqat). Awalnya mereka sepakat untuk tidak mengadakan aktiviti bagi kaum wanita untuk menghindari fitnah. Kemudian Maulana Ilyas berkata, "Jika kaum wanita dibolehkan untuk menjenguk orang sakit, menghadiri undangan, ta'ziyah dan ziarah, mengapa mereka dilarang menghadiri majlis jemaah tabligh?"

Lalu Maulana Ilyas mengadakan pertemuan dengan Mufti besar di India pada waktu itu, iaitu Mufti Kifayatullah Dehlawi untuk meminta kebenaran dan pengesahan terhadap usaha dakwah yang dilakukan oleh kaum wanita dengan menerangkan secara terperinci kegiatan yang akan mereka lakukan sepanjang berada di jalan Allah. Awalnya Mufti Kifayatullah mempersoalkan tindakan itu dengan berkata, "Mengapa engkau keluarkan wanita dari rumah mereka sedangkan para Shahabiah mengurung diri mereka di rumah-rumah mereka?" Maulana Ilyas memberi dalil tentang kepentingan wanita untuk keluar di jalan Allah sebagaimana Shahabiah juga keluar ke medan jihad untuk membantu tentera Islam menyediakan makanan, minuman, ubat-ubatan, mengubati mujahid yang cedera, serta memberi minum kuda-kuda perang. Mufti Kifayatullah hanya diam.

Pada tahun 1940, Jemaah Masturah pertama dikeluarkan dan dihantar ke kampung Ghasera, sebuah desa di Mewat - Utara India. Sebelum berangkat, Maulana Ilyas memberi bayan hidayah kepada Jamaah Masturah dan Mufti Kifayatullah ikut hadir dalam majlis tersebut. Setelah bayan selesai, Mufti Kifayatullah Dehlawi berkata, "Jika maksud dan tujuan wanita khuruj untuk islah diri dan mengajak wanita lain juga sama-sama membina iman dan amal dalam rumah-rumah mereka dengan menjaga batas-batas syari'at (hijab) mereka sebagaimana yang kamu gariskan dalam bayan hidayah yang kamu sampaikan, maka aku setuju denganmu Ilyas. " Rombongan ini terdiri dari 7 pasang dan bertindak sebagai Amir Jemaah ialah Maulana Daud al-Mewati. Selama 10 hari jemaah ini bergerak di kampung Ghasera, kaum laki-laki iktikaf di masjid dan kaum wanita menetap di rumah Miyanji Musa al-Mewati. Jemaah masturah ini dikhidmati sepenuhnya oleh Miyanji Musa dan isterinya.

Inilah awal mula usaha dakwah masturah. Masyaikh katakan, jika kaum lelaki mengambil usaha dakwah maka Islam akan sampai hanya ke pintu-pintu rumah, tapi jika wanita juga ikut dalam usaha dakwah maka Islam akan masuk ke setiap bilik, dapur dan ruang-ruang di dalam rumah. Yang dikehendaki dalam usaha masturah adalah menghidupkan amalan-amalan agama di dalam rumah, sehingga rumah berfungsi seperti masjid. Dengan adanya amalan masjid di dalam rumah, maka rumah itu akan menjadi rumah taqwa yang dinaungi oleh para malaikat dan akan nampak bercahaya dilihat oleh penghuni langit.

Memang tidak ada wanita yang dipilih menjadi Nabi/Rasul, namun peranan wanita dalam mendampingi seorang Nabi/Rasul sangat berpengaruh bagi penyebaran agama. Nabi Nuh a.s yang berdakwah selama 950 tahun hanya mampu membawa segelintir orang ke dalam bahteranya, sedangkan Nabi Ibrahim a.s yang dikurniai isteri-isteri solehah melahirkan generasi yang juga terpilih menjadi Nabi dan Rasul yang memiliki pengikut yang sangat banyak hingga akhir zaman. Asbab wanita solehah sebagai partner kerja usaha dakwah, perjuangan kaum lelaki dalam mengamalkan dan mendakwahkan agama akan semakin mudah. InsyaAllah.

Nota:

Tahun 1934, Maulana Ilyas mulai memberikan perhatian khusus kepada wanita muslimah, diantaranya tentang cara berpakaian. Beliau mulai menyusun satu program khusus bagi wanita. Lokasi pertama yang dipilih sebagai medan percubaan program ini adalah di kampung Panchayat, Nuh. Ada 15 perkara yang telah digariskan oleh beliau, iaitu:

1. Memperkukuhkan kalimah (tauhid)
2. Menjaga solat
3. Mempelajari ilmu agama
4. Berpakaian sesuai syariat Islam
5. Hidup dengan tatacara Islam
6. Tidak bercampur baur dengan lelaki
7. Mengadakan majlis pernikahan dengan cara Islam
8. Tidak menerima kepercayaan dari agama lain
9. Menjaga batasan aurat
10. Bertanggungjawab dalam setiap program agama
11. Tidak memberikan pendidikan sekular kepada anak2 sebelum memberikan pendidikan agama
12. Berazam kuat untuk menyebarkan agama
13. Memelihara kemuliaan sebagai seorang wanita
14. Sanggup bersusah payah (berkorban) untuk agama
15. Berjanji untuk mempertahankan maru'ah (kehormatan) wanita dan menghormati satu sama lain.

Inilah usul pertama dalam merangka program khusus bagi muslimah di Mewat. Mereka akan berkumpul di sebuah rumah, lalu membacakan hadith-hadith Nabi s.a.w. Kemudian ada lelaki yang berpengalaman dakwah datang ke rumah tersebut (tempat berkumpulnya wanita-wanita muslimah ini) untuk memberikan syarahan/bayan yang dipisahkan dengan tabir/hijab

TARGHIB MASTURAT

Bila Maulānā Daud rahmatullāhu 'alaihi balik dari madrasah yg di asas di Delhi, beliau telah beritahu kepada Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi wanita² di madrasah telah tanya; "Orang lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi yang pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk keluar ke jalan ALLĀH ﷻ, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan mendadak."

Oleh itu tuan² yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11 baru datang.

Sekiranya usaha wanita ini kita lupakan dan kita tinggalkan, maka umat ini akan berada dalam kerugian yang sangat besar kerana ALLĀH ﷻ perintahkan agama ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki. Oleh itu perintah dakwah ini adalah perintah ALLĀH ﷻ yang sama sahaja untuk wanita dan lelaki.

Dulu sebelum kedatangan Rasūlullāh ﷺ , ALLĀH ﷻ telah lantik orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama ini hanya dikalangan lelaki sahaja. Tetapi untuk umat ini; lelaki, wanita dan kanak² bertanggungjawab untuk kerja Nubuwwah (kenabian) ini.

Maulānā 'Umar Palanpuri rahmatullāhu 'alaihi bagitau; "Biar seluruh dunia tidak suka kita buat usaha dakwah tetapi isteri kita suka, maka mudah untuk kita buat dakwah. Sebaliknya jika seluruh dunia suka kita buat dakwah sehingga kita menjadi orang yang di atas pentas tetapi isteri kita tidak suka, maka susah untuk kita buat dakwah."

Jadi untuk itu kita kena fikir atas usaha wanita kerana umat ini bahkan Nabi² yang terdahulu, jika wanita membantu dalam usaha dakwah maka kesan baik akan tersebar begitu cepat sekali.

Oleh itu takaza untuk setiap halkah mengeluarkan jemaah masturat mereka sendiri dan menghidupkan taklim mingguan masturat.

Taklim mingguan masturat ini sangat penting kerana nisbahnya adalah sama seperti malam markas untuk lelaki. Jika wanita tidak dihubungkan dengan taklim mingguan masturat, maka fikir agama akan terluput dari diri wanita.

Wanita punya fikir; kerana wanita ini ada 9 keinginan dan 1 sahaja akal, jika digunakan untuk dunia maka dunia akan bertambah. Tengoklah barang2 yang ada di dalam rumah kita, kebanyakannya adalah hasil dari keinginan wanita. Orang lelaki kalau rumah macam kubur pun mereka tak kisah sebab lelaki keluar 4 bulan setiap tahun.

Baru² ini beberapa ulama kita pergi ziarah satu ulama di Mewat untuk tashkil keluar setahun sedangkan isteri ulama tersebut sedang sarat mengandung. Ringkasnya bila ditasykil maka dia kata; "Isteri saya sedang sarat mengandung dan sudah hampir untuk lahirkan anak." Maka kedengaran suara isteri dari balik tabir; "Sekarang ni apa masalahnya? Bukan abang yang nak melahirkan anak ni. Saya yang akan melahirkan. Abang keluarlah setahun."

Jadi perkara inilah yang kita nak usahakan. Setiap halaqah perlu sediakan jemaah 10 hari masturat. (Syarat untuk hidupkan taklim di halaqah, perlu ada sekurang²nya 3 orang yang berpengalaman masturat 10 hari dalam satu mohalla)

Apa maksud kita buat rumah taklim mingguan masturat? Maksudnya adalah supaya kita dapat hidupkan amalan masjid nabawi di setiap rumah orang Islam. Hadhratji Maulānā In'āmul Hasan rahmatullāhu 'alaihi kata; "Rumah² orang Islam di ibaratkan ada lubang². Dari lubang² itu segala fitnah, kemaksiatan dan keburukan akhir zaman akan masuk. Hanya dengan amalan taklim harian di rumah² lubang itu akan dapat ditutup."

Kita juga perlu sediakan rumah kita untuk terima jama'ah² masturat. Jika jama'ah datang selama 3 hari di rumah kita, maka rumah kita akan menjadi taman² syurga selama 3 hari tersebut. Jadi takaza juga sekarang untuk terima jama'ah² masturat ke rumah kita kerana ramai yang sedia keluar tapi tak sedia untuk terima jama'ah ke rumah. Jangan fikir rumah kecil atau besar tetapi fikir hendak terima atau tidak jama'ah ke rumah kita. Syura putuskan setiap halaqah sediakan 2 rumah setiap bulan hingga hujung tahun untuk terima jama'ah masturat. Insyaa' ALLĀH.

Targhib Masturat Jama'at
- Pakcu Bentong
- Mesyuarat Kuala Lumpur
- 10/01/2018

#Nota #Nizamuddin #Tafaqquh #alfaedah