Tuesday, November 10, 2015

Tongkat

Memakai tongkat merupakan Sunnah Baginda Habibuna Saw dan Sunnah Para Nabi A.s.. Mungkin segelintir masyarakat memikirkan memakai tongkat ini tanda keuzuran dan melambangkan usia sudah Tua hingga ia merasa malu untuk memakai tongkat sedangkan memakai tongkat Sunnah Para Nabi A.s dan tanda orang beriman yg mengikuti Sunnah...Di dalam Kitab As-Suyuti Ibnu Abbas R.a meriwayatkan "Bertongkat adalah tanda org Beriman dan Sunnah Para Nabi.."..Antara jenis tongkat Baginda Saw ialah mikhsharah, kadhib dan Al 'Anazah....

Di dalam Kitab Bustanul Arifin karangan Imam Nawawi rah. menceritakan Imam Syafie rah. bila masuk umur 40 tahun memakai tongkat..Orang ramai bertanya "apakah tuan imam ada sakit?"..tidak jawab Imam Syafie rah..Orang ramai pun bertanya lagi kenapa Tuan Imam memakai tongkat? Imam Syafie rah. menjawab "saya memakai tongkat Untuk Ingatkan Saya Perjalanan Saya sudah hampir tamat"..ada juga di waktu yg lain Imam Syafie rah. bila di tanya Beliau menjawab "Biarlah aku sentiasa ingat yg aku kini sedang berjalan menuju Akhirat".... Subhanauloh....

Umur kita semakin meningkat sedang berjalan menuju Akhirat namun kita masih leka dari membuat persiapan...Tidak mahu memikirkan kehidupan Akhirat sedangkan Alim Ulama kita setiap saat memikirkan Akhirat...
Ulama' menganjurkan memakai Tongkat pada Usia menjelang 40 tahun...Agar semakin ingat dengan Akhirat..Supaya bertambah rendah diri dan hilang kesombongan dan kemegahan diri...sebagai yg di contohkan oleh Imam Syafie rah...

Semoga kita semua dapat mencontohi keperibadian Nabi kita Baginda Muhammad Saw...janganlah kita merasa malu memakai tongkat bila menjelang Usia 40 tahun kerana dgn memakai Sunnah tongkat akan bertambah kerisauan Akhirat kita...semoga kita semua dpt bangkit bersama Baginda Saw...Allahumma amin...

Us Khann Daie
Madinah Munawwarah
Kota Baginda Rasulullah SAW

Sunday, November 8, 2015

Sungguh ajaib bagimu duhai anak adam...

Yang menggetarkan segenap
    tubuh serta menunjukkan,
    kebesaran Sang Pencipta.
        Allah Swt. BerFirman :
          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.
           ,Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.
            Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.
                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untok tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??
Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untok mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.
         Tiada bagi mu gigi
          untok mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri 
    Engkau tidak punya apa2.
           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.
      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.
    Apabila engkau telah kuat
      untok berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.
Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu
Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.
    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.
    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.
    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
didalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.
     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untok menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untok menutupi mu.
    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.
     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untok akhirat?
Paksakan untok sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyha' du an Lailahaillallah
     Muhammadar Rasulullah.
Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah.
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad
Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ

Tidur

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

kredit : Cypreme-HQ

Nostalgia Bandar Dungun

Dungun suatu ketika dulu...

Bermulanya bubur Assyura..

Disebutkan dalam kitab:

1. Hasyiah I'anah al-Tolibin (al-Sayyid al-Bakri hal.417/2)

2. Nihayah al-Zain (Syeikh Nawawi Banten hal.192)

2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman al-Usfuri hal.172)

3. Jam'ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani hal.132);

"Bahawasanya tatkala bahtera Nabi Nuh alaihissalam berlabuh di bukit Judi pada hari Asyura', maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih. Maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

Maka berkata Nabi Nuh alaihissalam; "Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang."

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Syeikh Ibn Hajar al-'Asqolani bersyair dengan katanya;

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

"Pada Hari Asyura' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung), Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal) dan Kacang Himmas (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang dinukil daripada kata-kata ulamak)."

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka difahami bahawa sejarah BUBUR ASYURA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh alaihissalam kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya sekadar kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah Taala dengan sebenar-benar taqwa.

Andai arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan al-Syar'u Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai al-Syar'u Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH atau perkara yang bertentangan dengan kehendak syariat.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh alaihissalam. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan disebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia di sisi Allah Taala Insya Allah.

Hal ini juga bertepatan dengan riwayat Imam al-Tabarani dan Imam al-Baihaqi yang telah meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Sa`id al-Khudri, Sayyidina Abu Hurairah, Sayyidina Jabir dan Sayyidina Ibn Mas`ud r.'anhum bahawa Junjungan solallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Sesiapa yang memberi keluasan / kelapangan (keluasan rezeki) kepada keluarganya pada hari Asyura`, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Berhubung hadis ini, para muhaddisin berbeza pendapat berkaitan statusnya, ada yang mensabitkannya dan ada yang mendhaifkan. Imam al-Suyuti dalam "al-Durar al-Muntathirah" halaman 186 menyatakan hadis ini sebagai thabit dan sahih.

Imam Ibn Rejab menulis dalam "Latoif al-Ma’arif" halaman 113, bahawa Imam Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Kami telah mengamalkan hadis ini selama 50 atau 60 tahun, maka tidak kami lihat melainkan kebaikan.”
اليسع
والله أعلم

Status Hadis Meluaskan Belanja Kaum Keluarga Pada Hari 'Asyura' (Ditakhrij oleh Dr Hafidz Soroni):

حديث رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : « من وسع على عياله فى يوم عاشوراء وسع الله عليه فى سنته كلها » وفي رواية: من وسَّعَ على عياله في النفقة يومَ عاشوراء ، وسَّعَ الله عليه سائر سَنَتِهِ. قال سفيان: إنا قد جربناه، فوجدناه كذلك.

Terjemahan hadis Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam: "Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kaum keluarganya pada hari Asyura', maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut seluruhnya". Dalam satu riwayat: "Barangsiapa yang meluaskan nafkah kaum keluarganya pada hari Asyura', maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun tersebut".

Kata Sufyan: Sesungguhnya kami telah mengujinya, lalu kami dapati ianya benar.

Hadis ini berdasarkan kajian, didapati telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat Nabi sollallahu alaihi wa sallam, iaitu:

1. Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu anhu: iaitu riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-’Iyal (no. 385), al-Hakim al-Tirmizi (3/14), al-Tabarani dalam al-Awsat (no. 9302), dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3794). Dalam sanadnya ada Muhammad bin Isma’il al-Ja’fari yang munkar al-hadith (al-Haythami, 3/189).

2. Ibn Mas’ud radhiallahu anhu: iaitu riwayat Ibn ’Adi (5/211), al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3792), dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ (3/97), serta al-Tabarani dalam al-Kabir (no. 10,007) dengan lafaz:
(من وسع على عياله يوم عاشوراء لم يزل فى سعة سائر سنته)
dan dalam sanadnya ada al-Haysam bin al-Syaddakh yang sangat daif (al-Haythami, 3/189).

3. Jabir radhiallahu anhu : iaitu riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3791), kata beliau: Isnadnya dhaif. Juga diriwayatkan dalam al-Istizkar oleh Ibn ’Abd al-Barr dengan lafaz:
(من وسع على نفسه وأهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته)
dan al-Hafiz Ahmad al-Ghumari menyatakan bahawa perawi-perawi sanadnya adalah perawi-perawi al-Sahih.

4. Abu Hurairah radhiallahu anhu : iaitu riwayat Ibn ’Adi dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3795).

5. Ibn ’Umar radhiallahu anhu : iaitu riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Ruwat Malik.

Dr. Muhammad Abu al-Laith al-Khairabadi dalam kitabnya al-Marwiyyat fi Fadl Laylah al-Nisf min Sya’ban wa al-Tawsi’ah ’ala al-’Iyal Yaum ’Asyura’ fi Mizan al-Naqd al-Hadithi (hlm. 115) merumuskan bahawa hadis ini berdasarkan jalan-jalan riwayatnya adalah hasan li-ghairih. Hukum beliau ini bersepakatan dengan ramai ulama hadis yang tidak menolak hadith ini seperti al-'Iraqi, al-Sakhawi, al-’Ajluni, al-Suyuti, al-Munawi, Ibn 'Arraq dan lain-lain. Sebelum Dr. Abu al-Laith, al-Hafiz al-'Allamah Sayyid Ahmad al-Ghumari رحمه الله sebenarnya telahpun membincangkan takhrij hadis ini secara detail dan menghukumnya sebagai sahih di dalam risalah beliau:
(هدية الصغراء بتصحيح حديث التوسعة يوم عاشوراء)

Wallahu a'lam.

Disediakan oleh Ustaz Alyasak b. Berhan

Tuesday, November 3, 2015

Sahabat sejati

|| Kalau cinta, Doakan ||

Saya nak kongsikan sebuah kisah pendek yang boleh bagi pelajaran buat kita. Kisah kecintaan sahabat Nabi bernama Abu Darda'. Kisah ini disebutkan oleh Imam Az-Zahabi dalam Kitabnya Siyar A'lam An-Nubala.

Abu Darda' merupakan sahabat Nabi yang dihantar ke Dimashq (Damsyik/Damascus- bandar utama di Syria sekarang)

Beliau disayangi ramai orang Dimashq kerana akhlak, dan ilmunya.

Kalau kita mungkin ada seorang dua kawan baik, Abu Darda' pula sebaliknya. Isteri beliau berkata:

"Abu Darda' mempunyai 360 kawan baik yang sangat dia cintai. Dia selalu mendoakan mereka DI DALAM SOLAT (mungkin dalam sujudnya)!

Isterinya pernah tanya:

"Kenapa kamu selalu mendoakan mereka?"

Jawab Abu Darda':

"Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua malaikat akan segera membalas (dengan doa): 'Semoga kamu juga mendapat kebaikan yang sama'.

"Tidakkah bagus kalau aku sentiasa didoakan oleh para malaikat?"

Ternyata Abu Darda' mengamalkan apa yang pernah dipesan oleh Nabi tentang kelebihan doakan kebaikan kepada orang lain tanpa pengetahuan mereka.
-----

Subhanallah. Inilah level "best friend" yang tertinggi. Bukan sahaja ingat dihati, malah ingat dalam doa saat sujud menghadap Ilahi.

Adakah nilai persahabatan yang lebih tinggi daripada ini?

Sama-sama kita ambil iktibar.

wallahua'lam.

Ubat kolestrol