Monday, June 25, 2018

Tip utk elakkan kecurian

Siapa suka harta benda dia hilang kan? Saya nak share satu amalan yang di ijazahkan oleh guru pondok kami semasa mengaji di kelantan.

Kebanyakan dari kita ada harta benda yang berharga contoh kereta, motorsikal, laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Tapi ramai dalam kalangan orang awam (kita) ada saja kes curi, hilang, samun dan sebagainya.

Perasan tak kes-kes seperti yang saya sebutkan di atas sangat sangat dan sangat jarang berlaku dekat tok-tok guru pondok? Sebab mereka ada amalan bagaimana nak jaga dan pelihara harta benda daripada niat jahat manusia. Apa amalan tu ?

Saya ambil contoh: kereta.

Caranya baca surah Al-fatihah (secara lafaz) memadai jika telinga sendiri dengar. Baca dari ayat pertama sampailah إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Lepastu berhenti sekejap. Niat dalam hati,
" Ya Allah peliharalah harta aku ini "

Sambil pegang stering atau body kereta, kemudian sambung ayat seterusnya sampai habis. Insya Allah harta kita dalam perlindungan Allah. Tak dicuri, tak hilang, tak akan disamun bahkan dijauhi daripada niat jahat manusia DENGAN IZIN ALLAH.

Maksud ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Saya ada kongsi amalan ni dengan kawan yang duduk rumah flat di Sri Muda Shah Alam, sebab dia kata kat situ kereta jiran asyik hilang, kalau tak hilang pun kena pecahkan cermin. Siapa pernah pi Sri muda, memang tahu kawasan flat situ suram dan gelap so tak hairan ramai orang nak jadi pencuri.

Masa sampai ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Kawan saya niat,

"Ya Allah pelihara kereta aku ni, aku nak guna untuk pergi dan balik kerja cari rezeki".

Lepas dia amal dengan istiqamah, alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ini kereta dia masih ada dan berada dalam keadaan baik.

Macam mana Allah pelihara ? Wallahualam.
Semuanya atas kuasa Rabb. Kalaulah pokok, rumput, sungai, dan seluruh alam ini bertasbih tanpa henti memuji Allah pun kita yang manusia ini tak dibuka hijab untuk mendengar zikirnya alam inikan pula setakat Allah nak bagi tutup hijab si pencuri supaya mereka tak nampak langsung kereta kawan saya tu.

Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini, pahala akan mengalir kepada guru pondok kami. Allahumma amin.

Boleh sebarkan kepada keluarga, serta kawan-kawan anda untuk sama-sama beramal. 😊

#SharingIsCaring
#CopyPaste

Sunday, June 24, 2018

Kemanisan menunaikan hajat

‏يقول الإمام ابن القيم :
"إن في قضاء حوائج الناس لذة لا يَعرفها إلا من جربها، فافعل الخير مهما استصغرته فإنك لا تدري أي حسنة تدخلك الجنة"

Berkata al Imam Ibn al Qayyim :
Sesungguhnya menunai hajat org lain suatu kemanisan yg tidak dirasai melainkan org yg merasainya shj, maka buatlah kebaikan walau sekecil mana pun krn kamu tidak tahu kebaikan yg manakah akan memasukkan kamu ke dalam syurga.

Wednesday, January 10, 2018

Amalan Mandi Ais

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Jika angin Tak di buang dalam badan boleh mengakibatkan bisa seluruh sendi badan.Ada Masa jadi susah tidur malam..

Sebelum ini Saya Ada share #Rendam kaki dalam ais.Sy share semula agar bermafaat pada mereka yang memerlukan..

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn Air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari #GangguanJin..
Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yg sukar tidur malam baik jika di amalkan..
Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini..
Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yg di rendam..Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus..Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda..
Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu..
Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita..
Cuba la ..
Sy setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur pasti akan rendam..
Amalkan sebelum rendam kaki baca
#Al_Fatihah7x
#AlI_khlas7x
#Dan_selawat7x

Cuba la kesan nya amat memberangsangakn..

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan..

Kesan Gangguan makhluk halus..
=Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais
=Lenguh kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Sekiranya anda ada kesan ini nasihat sy dapatkan rawatan islam berhampiran ...

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.Semua atas izin Allah..

Baik Juga anda amalkan Mandi Ais seperti yang Saya sendiri  share artikel sebelum ini....
Siapa yang Tak tahan Mandi ais boleh la Cara di atas..

Moga bermafaat pada mereka yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

#SilakanShare...

kredit
Pusat Perubatan Islam mujahidin

Sunday, September 24, 2017

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA

Rasulullah SAW bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?"

Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!"

Baginda menjawab: "(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."

(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

*1. Hayyin*

Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..

*2. Layyin*

Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

*3. Qarib*

Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

*4. Sahl*

Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang.
Amiiiinnnnn.....

Sunday, August 20, 2017

30 kesan maksiat


1. Membantutkan potensi diri
2. Nafsu tidur akan bertambah
3. Nafsu makan akan semakin liar
4. Banyak kerja tak menjadi
5. Allah tarik keberkatan rezeki
6. Hubungan dengan manusia makin rosak
7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan
8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati
9. Otak malas berfikir
10. Allah tarik keberkatan masa
11. Allah tarik nikmat beribadah
12. Melengah-lengahkan solat terasa normal
13. Susah menerima teguran dan nasihat
14. Rasa diri hebat dan paling betul
15. Semua orang dia nak komplen
16. Tak suka tengok kelemahan diri
17. Suka cari kesalahan orang
18. Sebulan tak baca Quran rasa normal
19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian
20. Sukar bergaul dengan masyarakat
21. Jiwa cepat resah
22. Cepat putus asa
23. Suka lari dari masalah
24. Suka mencarut
25. Cepat marah dan melenting
26. Subuh gajah terasa normal
27. Mengelak dari majlis ilmu
28. Mengelak dari bersama orang yang soleh
29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup
30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain
Ayuh jauhi maksiat samada kecil ataupun besar
- Ust Ridwan Rais -

Ayat penyembuhan kanser

C n P
Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr.    Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Friday, August 11, 2017

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

1. Datang lewat ke masjid.
Sabda Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang sholat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat.
Sabda Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan.
Sabda Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah.
Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah.
Sabda Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang.
Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah.
Rasulullah SAW bersabda: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..