Wednesday, January 20, 2016

Kelebihan Berwakaf

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

Hikmah Berwakaf

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

menzahirkan pengabdian diri kepada ALLAH S.W.T. sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Sunday, January 17, 2016

Tiga Jalan Untuk Mendapat Syafa'at Nabi s.a.w

Hendaklah kita membanyakkan istighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah bersungguh-sungguh melalui tiga proses;

1) Takhalli - mesti bersihkan diri sungguh-sungguh dari segala dosa. Berjanji tidak akan mengulangi segala kejahatan yang pernah dilakukan sama ada dosa kecil atau dosa besar.

2) Tahalli - mengisi dalam diri dengan memperkemaskan amal ibadah wajib, memperbanyakkan amalan sunat, banyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w dan solat malam. Semoga terbuka hijab di antara kita dengan Allah. Allah sayang, Nabi pun sayang.
Mengamalkan puasa sunat juga dapat menyucikan batin(hati) kerana hati yang sakit sukar mendapat pertolongan Allah. Jika hati sihat dan bersih, minta apa pun akan mudah dimakbulkan oleh Allah.

3) Tajalli - penghayatan, merasakan Allah berada di mana-mana saja, rasa diri diperhatikan-Nya setiap saat dan ketika. Buat apa saja ingat Allah, ingat Rasulullah. Seakan ternampak malaikat Rakib dan Atid yang menjaga diri mencatat setiap perbuatan. Rindu dan kasih pada Allah dan Nabi ibarat orang yang kenal buah; dapat dipegang, dapat dirasa dan terus ingat kepada Penciptanya. Tahap ini buat apa pun asyik ingat Allah. Kasih pada Allah sangat mendalam. Melihat wajah orang yang rindu kasih pada Allah hati jadi tenang. Umpama penawar.

CINTA NABI DAN DAPAT SYAFA'AT.

Kesimpulannya untuk cinta Rasul dan mendapat syafa'at baginda di Padang Mahsyar sebagai jambatan menuju kesejahteraan di negeri abadi, kita hendaklah:

1) Biasakan diri berselawat untuk baginda dalam apa jua keadaan supaya berbekas di hati dan subur dalam ingatan.

2) Fahami sungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad s.a.w insan paling sempurna dan tidak ada seorang manusia pun menyamai baginda. Tidak ada seorang pun boleh meminta syafa'at selepas kewafatan Rasulullah dan hanya Allah sahaja yang akan mengizinkan syafa'at itu berlaku seperti yang tersebut dalam surah al Baqarah, ayat 255. Baginda terlalu akrab hubungannya dengan Allah s.w.t. Kasih pada Nabi bererti kasih kita pada Allah.

3) Berusaha cari jalan berguru dengan guru mursyid yang boleh beri petunjuk dalam membimbing menghidupkan amalan sunnah, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya jadi insan contoh; buat apa saja yang Rasulullah buat.

4) Ibu bapa mesti terlebih dulu jadi contoh dalam rumahtangga untuk menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Kejayaan pendidikan di rumah sangat membantu ke arah membendung gejala sosial yang melanda negara. Ibarat kata pepatah, "Batang yang bengkok tidak akan dapat menghasilkan batang yang lurus."

Semoga peringatan dari Ustaz Hj.Hassan Mahmud Al-Hafiz dapat menjadi panduan kepada kita untuk lebih mencintai Rasulullah s.a.w, insya Allah. 

Posted by DAMAI IMPIAN D'BANGI

Monday, January 11, 2016

KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka.  Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini.  Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan.  Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal.  Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja.  Ada yang nampak murah.  Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri.  Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu.  Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.  Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.  Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum.  Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya.  Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu.  Bukan cawannya.  Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan.  KEHIDUPAN adalah ibarat kopi.  Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan.  Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.  Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu.  Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara.  Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana.  Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah… dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna.  Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan.”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas.  Tulisan di atas telah diterjemah dan disunting dari video bertajuk ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’.  Semoga bermanfaat.

Saturday, January 9, 2016

PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.

Monday, January 4, 2016

Lapan wasiat Hatim Al Ashom rhm Taala.

1- Aku melihat setiap manusia ada yang dia kasihi dan asyik dengannya.akan tetapi apabila ia mati maka semuanya akan meninggalkannya maka aku ambil keputusan menjadikan amal soleh sebagai teman,maka jadikanlah amal soleh sebagai teman kerana ia akan menemani kita selepas daripada kematian.

2-  Sesungguhnya aku melihat manusia selalu mengikut hawa nafsu maka aku merenung Firman Allah yg bermaksud " Adapun orang takut berdiri dihadapan Allah maka ia akan menahan hawa nafsunya ".maka aku kekang hawa nafsuku dan aku arahkan kepada taat kpd Allah.

3- Sesungguhnya aku melihat manusia berusaha menghimpunkan hartanya tetapi tidak mahu infak fi sabilillah,maka aku merenung firman Allah yg bermaksud " Apa yg ada di sisimu akan habis dan pahala yg ada di sisi Allah akan berkekalan".maka infaklah harta pada jalan Allah supaya ianya menjadi pahala yg kekal di akhirat kelak.

4- Sebahagian manusia menyangka kemuliaan itu ada pada ramai pengikut dan harta yg banyak,maka aku memikirkan firman Allah " Sesungguhnya org yg paling mulia disisi Allah adalah org yg paling brtaqwa kpd Allah"
Maka aku pilih jalan taqwa kerana selain itu adalah batil.

5- Aku melihat manusia saling dengki berdengkian utk merebut harta,maka aku merenung firman Allah yg bermaksud " Sesungguhnya Allah telah membahagikan bahagian masing2 di atas dunia ini".maka aku tidak mahu hasad dengki krn bahagian sudah dibahagikan oleh Allah.

6- Aku melihat manusia saling bermusuh2an antara satu sama lain,maka aku memikirkan firman Allah " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yg nyata maka jadikanlah ia musuhmu".maka aku ambil keputusan tdk perlu bermusuhan kecuali hanya dgn syaitan.

7- Aku melihat manusia bersungguh2 mencari rezeki sehingga ada yg mengambil yg haram atau syubhah,maka aku memikirkan firman Allah yg bermaksud " Tidak ada sesuatu yg melata kecuali dijamin rezeki oleh Allah".maka aku faham segala rezeki telah dijamin oleh Allah.

8- Aku melihat ada manusia yg berpegang dgn sesuatu spt harta dan pangkat dan sebagainya maka aku memikirkan firman Allah yg bermaksud " Sesiapa yg bertawakkal kpd Allah,maka Allah pasti mencukupkan rezekimu dan menyampaikan urusanmu".maka aku pun bertawakkal pd Allah dan menyakini bhw Allah akan mencukupkan rezekiku.

Kisah pemuda jadi raja

Seorang pemuda lalu disebuah negeri... Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasat.....

Rupanya mereka dalam proses melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun x sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..

Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah..

Pemuda tadi mengangkat tangan.. 'saya sanggup!' Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat dan sbgnya.

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..

Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan:

Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam

Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan bangunan canggih dan seterusnya..

Sehingga tahun ke 10..

Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri..

Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia..
Kerana....

Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaaan..

Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita.. Kita tahu yg kita akan 'dibuang' ke 'tempat itu'

Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus..
Atau sudah kah kita semai benih benih yg akan menjadi pohon rimbun?

Sudah kah kita kirim 'bahan binaan' utk membina sebuah mahligai yg akan kita diam? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus..

INGATLAH.......

GAMBARAN SYURGA KITA DIAKHIRAT NANTI, ADALAH SAMA SEPERTI LUKISAN YG KITA LUKIS SEMASA KITA DIDUNIA INI...

Saturday, January 2, 2016

Renung dan fikirkan

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki...
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun...
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk...
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan...
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara...
Jauhilah sifat riak dan sombong dgn apa yg kita miliki... Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Alhamdulillah...