Monday, January 4, 2016

Lapan wasiat Hatim Al Ashom rhm Taala.

1- Aku melihat setiap manusia ada yang dia kasihi dan asyik dengannya.akan tetapi apabila ia mati maka semuanya akan meninggalkannya maka aku ambil keputusan menjadikan amal soleh sebagai teman,maka jadikanlah amal soleh sebagai teman kerana ia akan menemani kita selepas daripada kematian.

2-  Sesungguhnya aku melihat manusia selalu mengikut hawa nafsu maka aku merenung Firman Allah yg bermaksud " Adapun orang takut berdiri dihadapan Allah maka ia akan menahan hawa nafsunya ".maka aku kekang hawa nafsuku dan aku arahkan kepada taat kpd Allah.

3- Sesungguhnya aku melihat manusia berusaha menghimpunkan hartanya tetapi tidak mahu infak fi sabilillah,maka aku merenung firman Allah yg bermaksud " Apa yg ada di sisimu akan habis dan pahala yg ada di sisi Allah akan berkekalan".maka infaklah harta pada jalan Allah supaya ianya menjadi pahala yg kekal di akhirat kelak.

4- Sebahagian manusia menyangka kemuliaan itu ada pada ramai pengikut dan harta yg banyak,maka aku memikirkan firman Allah " Sesungguhnya org yg paling mulia disisi Allah adalah org yg paling brtaqwa kpd Allah"
Maka aku pilih jalan taqwa kerana selain itu adalah batil.

5- Aku melihat manusia saling dengki berdengkian utk merebut harta,maka aku merenung firman Allah yg bermaksud " Sesungguhnya Allah telah membahagikan bahagian masing2 di atas dunia ini".maka aku tidak mahu hasad dengki krn bahagian sudah dibahagikan oleh Allah.

6- Aku melihat manusia saling bermusuh2an antara satu sama lain,maka aku memikirkan firman Allah " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yg nyata maka jadikanlah ia musuhmu".maka aku ambil keputusan tdk perlu bermusuhan kecuali hanya dgn syaitan.

7- Aku melihat manusia bersungguh2 mencari rezeki sehingga ada yg mengambil yg haram atau syubhah,maka aku memikirkan firman Allah yg bermaksud " Tidak ada sesuatu yg melata kecuali dijamin rezeki oleh Allah".maka aku faham segala rezeki telah dijamin oleh Allah.

8- Aku melihat ada manusia yg berpegang dgn sesuatu spt harta dan pangkat dan sebagainya maka aku memikirkan firman Allah yg bermaksud " Sesiapa yg bertawakkal kpd Allah,maka Allah pasti mencukupkan rezekimu dan menyampaikan urusanmu".maka aku pun bertawakkal pd Allah dan menyakini bhw Allah akan mencukupkan rezekiku.

No comments:

Post a Comment