1. Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'syurga' kepada kita. Syurga itu dinamakan *Al Jannatul 'Ajilah* (Syurga yang di segerakan) iaitu *HATI YANG SEJAHTERA*.
2. Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa *tenang, tenteram, bahagia dan gembira dengan hidupnya.*
3. Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar...
Bila diuji dia bersangka baik...bahkan
Bila di sakiti dia memaafi..
*Tidak ada langsung hasad dengki di hatinya*.
4. Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik ketika susah mahupun senang.
5. Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain yg bersama denganya.Beruntunglah sesiapa yang memiliki 'syurga' ini.
6. Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.
7. Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.
8. Ini berdasarkan firman Allah :
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)
9. Marilah kita sama2 berusaha membersihkan Dan menghidupkan hati kita agar dikurniakan 'syurga' ini.
Wallah'alam..
No comments:
Post a Comment