BAHAGIAN 1:
""""""""""""
Bila kita melihat AGAMA (Islam) kita pada hari ini,
*KEHEBATAN dan KEMULIAAN* Islam suatu ketika dahulu telah *LENYAP* dari pakaian-pakaian orang-orang Islam..
Orang Islam hari ni bagaikan *SEEKOR SINGA* yang berada di dalam sebuah *bingkai gambar,* sesiapa pun tidak akan takut dengan singa itu,
bahkan anak-anak kecil pun tidak akan gentar dengannya,
kerana ia hanyalah *SEKEPING GAMBAR*..
begitulah keadaan orang islam pada hari ini.....
di *FITNAH* dan terus di fitnah, di *HINA*, di *PIJAK* hingga jadi *BISU* namun *tidak mampu berbuat apa apa.* Masing2 cuba menjaga *kepentingan diri* masing2 dari harta, pangkat, kuasa dan wanitanya.
Berbeza dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w satu ketika dahulu, apabila *kaum KAFIR* *mendengar nama-nama orang Islam* saja mereka teramat takut..
Sebab Allah telah *campakkan KEGERUNAN* ke dalam *hati* orang-orang kafir terhadap para sahabat nabi s.a.w..
*KERANA APA?* .......
Kerana para sahabat telah *MEMBANTU* *AGAMA Allah*.. Mereka MENOLONG Allah menyampaikan *RISALAH TAUHID* iaitu *Kalimat Syahadah* ke seluruh pelusuk negeri, lalu Allah *TOLONG* mereka, Allah RAI kan mereka , Allah MULIAKAN mereka dan Allah sentiasa *MENANGKAN* mereka di dalam mana2 peperangan dan pertandingan......
TETAPI pada *HARI INI* Allah telah *CABUT KEGERUNAN* itu dan mencampakkannya ke dalam hati kita.... Lalu Allah gantikan dengan *KEHINAAN* dan SIFAT2 *DAYUS* & *PENAKUT,* SERTA 2 jenis *PENYAKIT* iaitu *CINTA DUNIA* & *TAKUTKAN MATI*; dan penyakit ini sama spt yg terdapat pada ORG2 KAFIR! NA'UZUBILLAH.
Mungkin ini adalah sebahagian dari *AZAB* & *BALA* serta *MUSIBAH* Allah terhadap orang-orang *ISLAM*, kerana telah meninggalkan kerja-kerja MULIA *mengajak manusia kepada Allah*, yakni meninggalkan kerja para Nabi iaitu menyeru manusia kpd *Kalimat Tauhid*.
Dan munkin ramai di kalangan kita dah *TERLUPA* maksud kita *di LAHIR kan sebagai MUSLIM* ..... bukan disuruh *BERBANGGA* sebagai (sudah menjadi) *Ahli Islam* (kerana sedar2 dah beragama Islam) tetapi sebenarnya *di suruh* & di *PERINTAH* kan untuk *MENGAJAK* manusia yg masih kufur agar kembali kpd Allah; dan disuruh *menyeru* kpd yang MA'RUF dan mencegah kpd yang MUNKAR.
*Tetapi apa yang kita buat?* Munkin ada yg tak buat apa2. HANYA SERONOK MELAYAN NAFSU NAFSI.
Ada yang selama hidupnya berpuluh tahun *TAK PERNAH PUN ISLAMKAN WALAU PUN SEORANG KAFIR UTK MENJADI MUSLIM!*
Jadi, kita pun bertanya apa sebenarnya kerja yang kamu sudah buat terhadap Islam agama kamu? *Islam yang menjaga kamu atau kamu yang menjaga ISLAM?*
Takkan sampai seteruk ini Islam yg dianutinya!
Apakah *Islam padanya hanya Solat, Puasa, Zakat dan Haji* semata..... dan itu sudah cukup syarat menjadikannya seorg *MUSLIM*?
Kalau benar ia sudah menjadi seorg _*MUSLIM*_ mana *MUKMINNYA* yakni IMANNYA?
*"MUKMIN & SIFAT IMAN".*
*SIFAT IMAN* ini SANGAT UNIK, bila ia berada di dalam diri sesiapa saja, secara *otomatisnya* ia akan *berkerja dan bergerak* mengajak manusia kpd TAUHID. Org beriman ini pasti TIDAK akan *BERDIAM DIRI* kerana IMAN (ASLI) yg berada dlm tubuhnya akan menggerakan RUHANI JASMANINYA *BEKERJA UTK ALLAH* kerana Allah.
*MENGAKU sahaja ADA IMAN TETAPI TIDAK BUAT KERJA NABI DAN KERJA ALLAH ADALAH "PENGAKUAN PALSU LAGI DUSTA"*. Ini termasuk dalam *SYAHADAH DUSTA*.
KERANA org MUKMIN itu *berkasih sayang* & *tidak berpecah belah* serta sentiasa *mengajak* manusia lain kpd menyembah Allah, Tuhan Maha Berkuasa.
- *Ahli MUKMIN* - menyebarkan *SALAM* serta *menyeru* manusia *kpd agama Allah*, dan mereka tidak sayangkan harta benda dan kemegahan dunia. Dan mereka *tidak duduk DIAM* melihat manusia *MENJADI SESAT* di hadapan mata mereka.
Ini sangat BERBEZA dengan org yang mengaku menjadi *AHLI ISLAM* sahaja tp sentiasa sibuk *mengepung* harta bendanya takut kehabisan dan kerugian.
*ISLAM* sahaja TIDAK MENJAMIN IMAN sebagaimana *IMAN itu menjamin* ISLAM!
Manusia *MUKMIN* tidak *bertapa* (berdiam diri) di dalam rumah, tetapi mereka keluar kpd manusia yang *belum BERIMAN* dan *mengajak* kpd Islam dan Iman.
Manusia Mukmin adalah *PENOLONG ALLAH* krna sentiasa mengajak manusia kpd *menyembah Allah* Tuhan Yang Satu lagi Maha Esa.
*SIKAP AHLI ISLAM YG TIDAK MUKMIN.*
PERBUATAN Ahli Islam tanpa MUKMIN ini hanya menunjukkan *SIKAP PENTINGKAN DIRINYA (SELFISH)* sendiri bukan utk menjadi *PENOLONG* kpd Allah dengan menolong *menyebarkan* Agama Tauhid ke seluruh manusia kuffar yg belum beriman!
Mereka ini hanya sibuk mengepung serta menjaga harta2nya drp kehabisan dan kerugian & bukan menggunakannya utk JIHAD dan utk menyeru manusia kpd Allah tp hanya utk kepuasan hawa nafsu sendiri!
Jd apakah yg di buat *selama HIDUPNYA* itu, *BERFOYA2 dgn harta kekayaannya*, apakah perbuatannya itu perbuatan seorg muslim ATAU pun sama spt org kafir? INI BAHAYANYA *ISLAM* TANPA *IMAN*!
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al Imran ayat 110 :
"Kamu adalah *umat yang terbaik* yang dilahirkan untuk manusia, *menyuruh kepada yang ma'ruf,*
dan *mencegah dari yang munkar,*
dan *beriman kepada Allah."*
Menurut Imam Qatadah,
Umar b Khattab R.A pernah berkata
“Sesiapa yang suka digolong dalam golongan *umat terbaik* ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini”.
Mari kita fikirkan bersama....
Cuba perhatikan ini,
Langit 1400 tahun yang lalu sama dengan langit kita lihat pada hari ini..
Bumi 1400 tahun yang lalu sama dengan bumi kita pada hari ini..
Matahari 1400 tahun yang lalu sama dengan matahari yang bersinar pada hari ini..
Al-quran 1400 tahun yang lalu sama dengan Al quran yang kita baca pada hari ini..
Tuhan yang di sembah oleh sahabat nabi s.a.w 1400 tahun yang lalu sama dengan Tuhan yang kita sembah pada hari ini..
APA YG BEZANYA?
Sahabat Rasulullah bergerak berdakwah di bawah *Nurun Nubuwwah* (cahaya kenabian), manakala kalangan kita umat akhir zaman ini tidak lagi mencontohi para sahabat Rasulullah; sebaliknya menjadikan *AQAL & NAFSU* sebagai *JURUTUNJUK,* sudah pasti kita *GAGAL* & dgn mudah ditewaskan oleh 2 jenis MUSUH:
1. Org2 Kafir
2. Nafsu dan harta dunia.
*Jadi kenapa Islam TIDAK BERMAYA pada hari ini?* Dan penganutnya menjadi *SEPI & HAMPIR BISU?*
Umat Islam sebenarnya telah kehilangan seuatu yg sangat berharga iaitulah *KEKUATAN SYAHADAH*.
FIRMAN ALLAH,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu *MENOLONG (agama) Allah*, niscaya Dia akan MENOLONG MU dan *meneguhkan kedudukanmu*.
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu *MEMBANTU (agama) Allah,* maka Allah akan membantu kamu,
dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”
(Muhammad : 7)
Orang islam pada hari ini tidak lagi SATU FIKRAH sebagaimana fikir risau nabi ke atas umat ini,
tidak ada lagi *SATU HATI,*
tiada lagi *PERASAAN KASIH SAYANG* sesama saudara,
sedangkan nabi telah beritahu kita bahawa *ORANG ISLAM itu seumpama SATU BADAN*..
hari ini kalau tangan kita terluka, apakah kita akan membiarkan tangan itu tanpa merawatinya?
*HILANG KASIH SAYANG BERERTI KETIADAAN IMAN kerana SIFAT IMAN ITU BERKASIH SAYANG*, lalu SUBURLAH benci membenci, cemburu, hasad dengki, khianat dan permusuhan sesama muslim bila *KEHILANGAN* IMAN.
BILA *HILANG IMAN* di diri kita umat Islam, lalu Allah GANTIKAN DGN *BENCI MEMBENCI* sesama muslim, maka SUBURLAH PERPECAHAN, Na'uzubillah.
JADI, KITA HARUS *BINA* KEMBALI IMAN YANG HILANG KERANA IMAN ITU *PERMATA AGAMA*.
DI MANA IMAN ITU?
Maka IMAN itu BERADA pada *PENERIMAAN* DUA KALIMAH SYAHADAH dgn *IQRAR & TASYDIQ*.
Begitu juga kita pada hari ini bila kita tahu saudara-saudara kita yang *jauh dari agama*, apakah kita akan *membiarkan mereka terus dengan cara hidup mereka?*
Firman Allah mafhumnya,
Di mana saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia".
(Ali Imran : 112)
Ketika kita sedang asyik beribadah di dalam sebuah masjid..
tiba-tiba kita dapati rumah seseorang yang hampir dengan kita sedang terbakar, dan di dapati bahawa di dalam rumah yang sedang terbakar itu masih terdapat penghuninya yang terperangkap di dalam.. dalam keadaan demikian apakah kita akan meneruskan ibadah-ibadah kita, atau kita meninggalkan sebentar ibadah kita dan menyelamatkan penghuni rumah yang akan terbakar itu..??
Sungguh, dengan tegas saya jelaskan disini jika kita teruskan ibadah kita dan membiarkan penghuni rumah itu mati terbakar maka kita adalah orang yang paling zalim...
Namun keadaan pada masa ini,
kita dapati ramai manusia yang berbondong-bondong *ingin membakar diri mereka dengan api neraka..*
Di sekeliling kita sekarang terlalu ramai manusia yang *tiada KALIMAH LAILAHAILLALLAH Muhammadur rasulullah,*
.... dan jika mereka mati tanpa iman, mereka akan jadi penghuni neraka selama-lamanya..
Apakah gelaran yang patut di berikan kepada KITA?
Bukankah itu adalah *KEZALIMAN* yang sangat besar apabila kita tidak mengerutkan dahi fikir risau tentang keadaan begini?
Begitu juga saudara-saudara kita yang tidak bersolat, mereka juga *berlumba-lumba masuk ke neraka....* jika kita biarkan mereka dan meneruskan amal-amal peribadi kita tanpa mengerutkan dahi kerana *FIKIR* risau akan keadaan mereka...
*Sebenarnya kitalah orang yang PALING ZALIM..* lebih zalim daripada *YAHUDI ZIONIS.*.
Nabi Muhammad saw bersabda,
"Sebaik-baik manusia itu ialah *orang yang paling bermanfaat* untuk manusia.”
JGN pula kita menjadi salah seorg yg tak bermanfaat pd Jalan Agama utk manusia lain!
Ingatlah bahawa kita ini adalah umat nabi Muhammad s.a.w,
maknanya kita adalah *UMAT DAKWAH*..
kita _*bukan umat nabi Musa a.s yang mana mereka BERIBADAH sehingga beratus-ratus tahun*_ lamanya.......
TETAPI kita adalah umat NABI Muhammad s.a.w..
KEMULIAAN umat ini adalah pada *KERJA yang sama* sepertimana yang Nabi Muhammad saw lakukan dan juga para sahabat-sahabat baginda .... Itulah kerja2 *DAKWAH* mengajak manusia kpd yg ma'ruf dan mencegah yg munkar, suatu pekerjaan yang *PALING MULIA* atas muka bumi ini.
Jadi tidak ada cara lain untuk *ISLAH UMAT* ini melainkan kita harus kembalikan kepada cara 1400 tahun yang lalu.....kerana cara itu yang telah *TERBUKTI BERJAYA.*
Dan manusia2 ini perlu *DI TAJDID* (diperbaharui) semula Iman Islam mereka agar kembali berada di dalam Agama Islam yang syumul.
Dan bila umat ini sudah bersatu dibawah satu *PAYUNG* KALIMAT AGUNG iaitu:
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
...... barulah *BANTUAN dan PERTOLONGAN* Allah akan datang... Firman Allah mafhumnya,
*“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu MEMBANTU (agama) Allah, maka Allah akan MEMBANTU kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”*
(📕Muhammad : 7)
SELAGI UMAT INI BERPECAH BELAH DI BAWAH *PELBAGAI JENIS PAYUNG*, MAKA SELAMA ITULAH *PERTOLONGAN* TIDAK AKAN DATANG.
KERJA KITA SEKARANG IALAH MENGGERAKKAN UMAT KPD *PENGUKUHAN* DUA KALIMAH SYAHADAH.
*JGN JADI MUSLIM JIKA TIDAK KENAL KALIMAH SYAHADAH.* Kerana di situlah KEKUATAN umat Islam. ISLAM tidak terletak pada *BANGSA,* ttp adalah pada SYAHADAH sebagai *TUNJANG UTAMA*.
SYAHADAH ITU ADA *RUKUN2NYA*, KRNA *BUKAN lah MUSLIM* jika TANPA ADA BINAAN SYAHADAH PD DIRINYA. ISLAM ITU *TERBINA* DGN 2 KALIMAT SYAHADAH.
*4 Binaan / Rukun Syahadah* utk mengesahkan Muslim & Mukmin:
1. Mengisbatkan ZAT Allah,
2. Mengisbatkan SIFAT Allah,
3. Mengisbatkan AF'AL Allah,
4. Mengisbatkan KEBENARAN Nabi Muhammad saw.
Justeru, dengan *MENGIQRARKAN* Dua Kalimat Syahadah dan di *TASYDIQ* akan Rukun Syahadah di dalam hatinya itu, maka jadilah ia seorg MUSLIM lagi MUKMIN.
JGN JADI DIRI KITA MCM *PATUNG TAK BERNYAWA* kerana TAK BERGUNA. *HANYA JADI ISLAM TP TIDAK MUKMIN*. Jadilah MUSLIM LAGI MUKMIN!
*Kembalikan KEGERUNAN2 ITU AGAR ORG2 KAFIR MERASA TAKUT DGN IMAN YG BERADA PADA HATI ORG2 MUKMIN.*
*GERAK ALAMAT HIDUP, DIAM ALAMAT MATI*.
Yakinlah dengan janji-janji Allah.....
Semoga Allah *gunakan* diri kita untuk bantu agama Allah..
ameen..
Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..
Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..
Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..
Semoga penerangan ini memberikan kita inspirasi dan suntikan semangat Iman dan Islam utk kembali bangun menegakkan AGAMA ALLAH yang semakin menjadi *GHAREEB* (TERASING)
Jazakallah khair.
Muhyiddin Al-Jilani.