Friday, November 29, 2019

MUTIARA KATA

MUTIARA KATA

*"KEJERNIHAN AIR adalah apabila ia ditapis, maka nampaklah kebersihannya. KEJERNIHAN HATI pula apabila ia dimuhasabah serta bertaubat, maka terserlahlah kemulian dan kebaikan seseorang."*

Sampaikanlah, walaupun satu ayat.

*Semoga bermanfaat*

Sunday, November 24, 2019

Kisah Rindu Ibu Susuan

Kisah rindu seorang ibu yang ingin lihat anak yang dijaganya. Apatah lagi anak itu ialah kekasih Allah dan disayangi makhluk lain. Bayangkan dan cuba rasai perasaan itu.
.
Dikisahkan Halimatussa’diah tinggal di Taif. Beliau rindu sangat untuk lihat, berjumpa dengan Rasulullah. Waktu itu dia dah sangat tua. Dah tak bertenaga macam dulu.
.
Dia minta sangat dibawa jumpa Rasulullah pada keluarga dia. “Aku rindu sangat dengan Rasulullah” katanya menangis teresak-esak.
.
Lihat Halimatussa’diah bergegar badan menangis dan dengar suaranya yang sayu keluarga Halimatussa’diah setuju.
.
Maka bertolaklah mereka ke Madinah untuk berjumpa Rasulullah. Satu perjalanan yang jauh dan mencabar untuk orang seusia Halimatussa’diah.
.
Apabila sampai di Madinah, tatkala berjumpa Rasulullah dalam linangan air mata rindu dan kasih, 
Halimatussa’diah meninggal di pangkuan Baginda Rasulullah.
.
Hebatnya cinta agung seorang ibu susuan. Rasulullah menangis saat itu. Mungkin tangisan seorang anak yang rindukan ibunya - wallahua’lam.
.
Halimatussa’diah yang bermukim di Taif, meninggal di Madinah dan disemadikan di Baqi’. Akan dibangkitkan nanti bersama cinta hatinya Insyaa Allah.
.
Kami yang dengar kisah inipun menitis air mata. Indah sungguh kasih dia pada anak susuannya baginda Rasulullah.

Thursday, November 21, 2019

TIPS & DOA SUPAYA CEPAT DAPAT KERJA


.
Tips ni senang ja. Memang tak ramai orang yang tahu pasal ni bagi yang dalam peringkat permulaan untuk cari kerja dan belum cukup pengalaman.
.
Okayy. Korang bila lepas saja dah pi mana2 interview, 1 atau 2 minggu lepas tarikh tu korang CALL balik company tu untuk tahu bila dapat jawapan.
.
Kenapa? Kenapa Nani cakap macam tu? Ada 2 kemungkinan yang:
.
First, certain company takkan call kita selagi kita tak call diorang balik.
.
Second, diorang nak tengok EFFORT korang untuk call diorang semula.
.
Kiranya diorang macam nak test korang sama ada korang betul2 berminat nak kerja dengan diorang atau main2 ja.
.
Dapat sesuatu tak apa yang Nani sampaikan kat sini? 😊
.
Nampak remeh kan, tapi yang remeh tu la ramai orang yang tak buat, yang remeh tu jugak la bagi impak besar untuk 2 belah pihak.
.
Yela, yang pi interview ramai. So bila korang lebih 'tonjolkan' diri kat sini, in shaa Allah diorang akan 'pandang' korang lebih. 🀩
.
Silap hari bulan, harini korang call, esok kena datang lapor diri. Haa tak tahu kann. Punya cepat proses nak amek korang kerjaπŸ˜‰
.
Haihhh kalo usha bf gf hangpa boleh, takkan la taknak try 'usha' kerja plak kan πŸ˜œπŸ˜‚ yedokk? Tunjukkan keprihatinan & kesungguhan korang okayy. Bina kepercayaan kepada company tu.
.
Alhamdulillah sorang kawan Nani yang apply kerja dan interview sama-sama dengan Nani minggu lepas, dapat jawapan panggilan kerja harini dan akan lapor diri awal tahun baru nanti.
.
Hanya dengan satu panggilan sahaja, dia berjaya dapat tawaran kerja, setelah macam2 interview dia pi. 😊
.
Alhamdulillah itu adalah salah satu usaha yang kita boleh buat lepas ni kalo ada yang masih tunggu panggilan kerja. Dinasihatkan call semula jangan lebih daripada sebulan tarikh interview tu.
.
Mana2 yang dah pernah buat tapi masih tak berjaya, yakinlah dengan rezeki Allah. Yang penting banyak bersabar. Rezeki tak salah alamat & akan datang tepat pada masanya untuk korang.
.
Sekadar perkongsian dan pengajaran di petang hari. Boleh share ye untuk pengetahuan semua
.
Kat sini Nani kepilkan sekali amalan doa untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Moga doa & usaha ni dapat membantu urusan korang semua dapat rezeki pekerjaan.
.
Moga Allah murahkan rezeki kita semua mendapat pekerjaan yang baik, sesuai dengan kelayakan kita dan diberkati Allah.
.
Allah mendengar doa doa hambaNya
.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib πŸ’•
.
KREDIT : Farhanani Arbak

Tuesday, November 19, 2019

SAMPAH HATI

*“Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mau menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu..?”*

....

*SAMPAH HATI*
(Nasehat Sang Guru..)

Seorang laki2 👱🏼 yang berbeda fahaman dengan seorang Guru Spiritual 🧔🏻mengeluarkan kecaman dan kata2 kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru (Syaikh).

Sang Guru hanya diam,  mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apapun..

Setelah lelaki tersebut pergi, 🚶🏽
si murid yang melihat peristiwa itu dengan hairan bertanya,

_"Mengapa Guru diam saja tidak membalas makian lelaki itu...?"_ 🤔

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,

_“Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mau menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu..?”_

_“Tentu saja menjadi milik si pemberi..”_, jawab si murid.

_“Begitu pula dengan kata2 kasar itu”_, tegas Sang Guru..

_“Kerana aku tidak mau menerima kata2 itu, maka kata2 tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri._

_Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia maupun di akhirat, kerana energi negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan, hanya akan membuahkan penderitaan hidup..”_.

Kemudian lanjut Sang Guru,

_”Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh dan mengotori wajahnya sendiri.."._

_"Demikian halnya, jika diluar sana ada orang yang benci lalu marah-marah kepadamu, maka biarkan saja..!!!_

_kerana mereka sedang membuang *SAMPAH HATI* mereka. Jika engkau diam saja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi jika engkau melawan, berarti engkau menerima sampah itu...”_

Saudaraku...

```“Hari ini begitu banyak orang yang hidup dengan membawa sampah di hatinya; sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, dan berbagai sampah lainnya, maka jadilah kita orang yang BIJAK...!”.```

Sang Guru melanjutkan nasihatnya...

*• Jika engkau tak mungkin memberi, maka janganlah mengambil..*
*• Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, maka janganlah membenci..*
*• Jika engkau tak dapat menyenangkan orang lain, maka janganlah membuatnya sedih..*
*• Jika engkau tak pandai memuji, maka janganlah mengkeji..*
*• Jika engkau tak dapat menghargai, maka janganlah menghina..*
*• Jika engkau tak suka bersahabat, maka janganlah bermusuhan..*

Saudaraku...
```Inilah saatnya kita melatih diri untuk membuang semua sampah yang ada di hati kita.```

```Mari kita renungkan untuk diri kita masing2, mampukah kita mengikuti nasihat dan meneladani kebijakan Sang Guru..?```

```Mampukah kita menjaga hati, agar tetap bersih bahkan sampai kelak kita menghadap ALLAH ﷻ..?```

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ ، اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ

```"Yaitu pada hari ketika harta dan anak2 tiada berguna, kecuali orang2 yang menghadap ALLAH ﷻ dengan hati yang bersih..".```

(QS. Asy-Syu'ara' : Ayat 88-89)

_Semoga Hati Kita Selamat Dari Sampah Hati.._
_Jangan sampai kita termasuk manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia,_
_akan tetapi di akhirat kelak umpama debu yang berterbangan, kerana penyakit yang ada di hatinya.._

_Semoga Kita Mampu Menjaga Hati, sehingga Kelak Kita Datang Menghadap ALLAH ﷻ Dengan Hati Yang Bersih, Suci......_💕

Sunday, November 17, 2019

Visa umrah utk umrah DIY

Visa dah boleh apply sdiri untuk menunaikan Umrah. 5 minit jer.

Beberapa maklumat lain :

✅ Terus dapatkan maklumat dan memohon visa di laman web online : https://visa.visitsaudi.com
✅ Semua boleh boleh melawat, tetapi yang bukan Islam tak boleh masuk Makkah dan Madinah
✅ Tidak perlukan mahram
✅ Umrah dibolehkan , alhamdulillah (ini boleh buat umrah DIY secara legal, you book hotel, you book flight, dengan pilihan dan aturan tersendiri😉)
✅ Harga : sekitar 470 Saudi Riyal
✅ Maklumat penerbangan tidak diperlukan
✅ valid untuk tempoh setahun,
✅ kemasukan berulang sepanjang setahun
✅ namun had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari
✅ terbuka untuk sendiri atau berkumpulan
✅ had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:
1⃣ Daftar log in - sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
2⃣ Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
3⃣ Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
4⃣ Maklumat tarikh expected arrival - jangkaan ketibaan
5⃣ tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk :
a) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
6⃣ Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
7⃣ Medical insurance
8⃣ Term and condition
9⃣ Review applications
🔟 PAYMENT: thru debit @ credit card 💳.
11. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, i punya dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Selamat berumrah dan musafir. Sharing is Caring 😉

Thursday, November 14, 2019

WAHAI RASULULLAH, MENGAPA ENGKAU MENANGIS ?

Pada suatu hari Rasulullah saw ditemui oleh malaikat Jibril. Rasul bertanya “Ada apa wahai Jibril?”.

Jibril menjawab, “Wahai Muhammad, sesungguhnya hari ini Allah swt sedang mengobarkan nyala api Neraka dan seluruh malaikat amat ketakutan, mereka tidak tahu harus bagaimana,

Untung aku ingat bahwa engkau adalah sumber cinta dan sayang Allah swt kepala alam semesta. Dengan alasan itu aku kesini, bertabaruk dengan cinta Allah kepada dirimu".

Rasulullah saw terdiam beberapa saat. Kemudian bertanya lagi, “Wahai Jibril, ceritakan padaku bagaimanakah neraka itu sesungguhnya”.

Jibril menjawab “Wahai Muhammad, Neraka itu bagaikan lubang-lubang yang terdiri dari 7 tingkat. Jarak antara satu lubang dengan yang lain ialah perjalanan 70 tahun. Lubang yang palingbawah adalah yang paling panas".

Nabi saw meneruskan pertanyaannya, "Lalu siapakah penghuni lubang-lubang neraka itu wahai Jibril?”.

Jibril menjawab, “Lubang yang paling bawah diciptakan untuk orang orang munafik, lubang berikutnya untuk penyembah berhala, lalu untuk penyembah bintang dan matahari".

Jibril terus menerangkan penghuni tingkatan neraka hingga lubang yang ke 5 tempatnya umat Yahudi dan yang ke 6 dihuni oleh umat Nasrani.Setelah menjelaskan penghuni 6 tingkatan Neraka,Jibril diam cukup lama.

Rasulullah saw penasaran dan bertanya kembali, “Wahai Jibril, siapakah penghuni neraka yang ke 7?”. Jibril diam saja tidak menjawab.

Rasulullah saw mengulangi pertanyaannya, tapi Jibril tetap diam.
Rasulullah saw tambah penasaran dan mendesak jibril agar dijawab pernyaannya.

Akhirnya Jibril pun berkata, “Umatmu wahai Muhammad, mereka itu para pelaku dosa besar di kalangan umatmu yang dimana sampai mereka mati belum sempat bertaubat".

Mendengar jawaban Jibril, Rasulullah saw langsung jatuh pingsan. Jibril merangkulnya dan meletakkan tubuh baginda di atas pangkuannya.

Tak berapa lama Rasulullah saw sadar dan langsung menangis bersimbah air mata, dengan terisak-isak Rasulullah saw mempertegas pertanyaannya, “Wahai Jibril, apakah benar ada diantara umatku yg masuk neraka?”.

Jibril mejawab“Benar wahai Muhammad, pelaku dosa besar di antara umatmu yang belum bertaubat".

Setelah itu Rasulullah saw langsung menghadap kiblat dan sujud kepada Allah saw dalam isak tangisnya.

Sesekali dengan suara pelan beliau membisikkan kata-kata "Ummati ya Rabb, ummati, ummati, ummati.

Beliau saw tidak mengangkat kepalanya dalam keadaan seperti itu selamat 3 hari 3 malam kecuali setiap Bilal bin Rabah mengumandangkan adzan, barulah beliau bangkit untuk menjadi imam dan setelah itu kembali sujud lagi.

Pada hari ke 3, Abu Bakar ra menyadari hal ini, beliau mengetuk pintu Rasulullah saw dan mengucapkan salam 3 kali, namun tidak ada jawaban.

Abu Bakar ra sedih dan berseru di depanpintu Nabi saw, “ Apakah ada jalan untuk masuk kerumah Rasulullah”. Tetap tidak ada jawaban.

Lalu beliau menangis dan melangkah pulang
Di jalan beliau bertemu sahabat Umar ra, “Mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar?”.

Abu Bakar ra menceritakan keadaan Rasulullah saw. Maka Umar ra pun melangkah menuju rumah Nabi saw dan terjadilah hal yang sama. Umar pun pulang dan menangis.

Di jalan beliau bertemu Salman Al Farisi ra. Dengan terisak-isak Umar ra bercerita kepada Salman ra hingga membuat dia amat sedih, namun dia tidak berani mengulangi hal yang sama.

Salman melangkah menuju rumah Fatimah ra dan menceritakan hal itu.

Setengah berlari Fatimah ra menuju rumah Ayahnya saw dan mengetuk pintu sambil mengucapkan salam.

Mendengar suara lembut putri tercinta, sejuklah dada Nabi saw. Rasullah saw bangkit dari sujud dan membuka pintu.

Alangkah terkejutnya Fatimah ra melihat beliau yang amat kurus dan pucat.

Fatimah memeluk beliau saw lalu menangis. “Wahai ayahanda, apa yang terjadi? mengapa engkau amat sedih seperti ini?”.

Rasulullah saw kembali menangis dan berkata dengan suara lirih, “Wahai Fatimah, belahan jiwaku, bagaimana mungkin aku tidak sedih sedangkan Jibril mengatakan akan ada kelak umatku yang akan ada kelak umatku yang akan masuk neraka"
_________________________________
Wahai sahabatku. . .
Cinta Nabi Muhammad SAW begitu besar kepada kita
Apakah cinta beliau akan terbalaskan...
Atau hanya akan menjadi cinta bertepuk sebelah tangan ?

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد عدد خلقك ورضا نفسك وزينة عرشك ومدد كلماتك

Tuesday, November 12, 2019

Hak Muslim Keatas Muslim

Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih.

Friday, November 8, 2019

LANDASAN PERNIKAHAN

*FIKIR-FKIRKAN....*

Jika landasan pernikahan adalah seks, maka bersiap-siaplah engkau akan kerap bertengkar saat layanan di kamar tidur tak lagi memuaskan.

Jika landasan pernikahan adalah harta, maka bersiap-siaplah ketika engkau bercerai dan jatuh miskin.

Jika landasan pernikahan adalah karena tubuh (fisik, kecantikan, ketampanan), maka bersiap-siaplah berpisah saat tiba-tiba rambutmu beruban memutih, wajahmu berkerut tak lagi mulus atau badanmu sudah menjadi gendut membuncit.

Jika landasan pernikahan adalah anak, maka bersiap-siaplah saat pasanganmu mencari alasan untuk pergi lantaran buah hati (anak) tak kunjung hadir.

Jika landasan pernikahan adalah kepribadian, maka bersiap-siaplah pasanganmu lari saat engkau berubah tingkah laku.

Jika landasan pernikahan adalah cinta sesama manusia, maka hati manusia itu tak menentu,  mudah terpikat pada hal-hal yang lebih menarik hati, manusia yang dicintai pun pasti akan mati.

Namun, Jika landasan pernikahanmu adalah karena iman kepada Allah dan menikahi pasanganmu dalam rangka beribadah kepada Allah. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tanggamu.. Kesetiaan tidak hanya semasa hidup, bahkan saat salah satu pasangan telah wafat, engkau akan tetap saling mendoakan dan merindu karena Allah.

Hanya kedurhakaan kepada Allah lah yang mampu memisahkannya.

Semoga kita mampu Istiqomah dan dikuatkan Allah dalam meniti jalan lurus ini... Amiiin

Tuesday, November 5, 2019

Peringatan buat diri

Saudaraku...

Tidur itu mati sementara,
Mati itu tidur selamanya...

Kain kafan itu untuk jenazah,
Kain selimut itu untuk kita bakal jenazah...

Sedarlah...
Sehari berlalu dalam hidup kita,
Sehari lah umur kita berkurang di dunia ini...

Hari ini, kita dengar orang ni kembali ke alam abadi..
Esok pula, kita dengar orang tu pergi..
Entah-entah lusa, orang lain pula yang dengar kita kembali..

HIDUP INI SEMENTARA...
JADI SEMENTARA HIDUP,
BUATLAH KEBAIKAN...

Hidup ini hanya kesempatan sementara,
maka sempat kan lah apa yang sudah menjadi bahagianmu, sementara Allah masih memberi kesempatan untuk hidup...

Hakikatnya kematian,
Bukanlah untuk kita memikir-mikirkan apa yang bakal dihadapi oleh si mati...

Tapi hakikatnya adalah untuk memikir-mikirkan apa yang pula bakal kita hadapi apabila tiba giliran kita..

Teruskan lah hidup ini untuk diisi dengan apa yang ALLAH suka...

Bukan asyik berterusan untuk diisi dengan apa yang kita suka...

Paksalah diri untuk terus beribadah kepada Allah sementara hidup...

Kerana tiada seorangpun manusia yang ada di dunia ini akan mati dalam keadaan dia rela...

Ingatlah...

“Mujahadah itu pahit,
Kerana syurga itu manis.
Nafsu itu tampak indah,
Namun neraka itu tidak terperi azabnya.”

Wallahua'lam

Monday, November 4, 2019

Sahabat 1

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ
أستغفر الله العظيم
Assalamualaikum  Semuga Sahabatku  sekeluarga dirahmati diberkati diberi kesihatan yang baik umur panjang dlm kebaikan dan dreadhoi oleh Allah SWT
........
_*Tanda keredhaan ALLAH pada hambaNya adalah jika dia dapat merasakan manisnya taat dan pahitnya maksiat..*_

_*Buangkanlah kehendak kamu jika kamu mahu cinta-KU..*_

_*Ikutlah kehendak-KU jika kamu mahu redha-KU..*_
❤❤❤❤❤
Ayuh sahabatku kita cari cinta Allah dgn hati yg sentiasa terpaut pada Masjid dan solat 5 waktu berjemaah di masjid
Insyaallah ❤yg rasa
Hidup satu Perjuangan

Sunday, November 3, 2019

Sahabat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ
أستغفر الله العظيم
Assalamualaikum   Semuga Sahabatku  sekeluarga sokmo-sokmo dlm hidayah dan bantuan Allah SWT 
........
_*Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.*_
..............
_*Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.*_

Sahabatku perkasakan kehidupan dengan sempurnakan dlm segala urusan...
Jangan bertangguh dan bersangka- sangka. Buat dgn Yakin dan tawakal pada Allah SWT....

Saturday, November 2, 2019

TELADAN YG SANGAT BERGUNA

Hukum membawa pulang makanan yang dihidang....Astaghfirullah...

*TELADAN YG SANGAT BERGUNA:*

Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yg sedang dipromosi....
.....Bukan bahan yg dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka anaknyapun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Nampak?

Ini antara hak seorang kawan. Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sebagai sahabat.

_{Dipanjangkan dari hantaran orang lain, moga ada kebaikannya..}_