.
Tips ni senang ja. Memang tak ramai orang yang tahu pasal ni bagi yang dalam peringkat permulaan untuk cari kerja dan belum cukup pengalaman.
.
Okayy. Korang bila lepas saja dah pi mana2 interview, 1 atau 2 minggu lepas tarikh tu korang CALL balik company tu untuk tahu bila dapat jawapan.
.
Kenapa? Kenapa Nani cakap macam tu? Ada 2 kemungkinan yang:
.
First, certain company takkan call kita selagi kita tak call diorang balik.
.
Second, diorang nak tengok EFFORT korang untuk call diorang semula.
.
Kiranya diorang macam nak test korang sama ada korang betul2 berminat nak kerja dengan diorang atau main2 ja.
.
Dapat sesuatu tak apa yang Nani sampaikan kat sini? π
.
Nampak remeh kan, tapi yang remeh tu la ramai orang yang tak buat, yang remeh tu jugak la bagi impak besar untuk 2 belah pihak.
.
Yela, yang pi interview ramai. So bila korang lebih 'tonjolkan' diri kat sini, in shaa Allah diorang akan 'pandang' korang lebih. π€©
.
Silap hari bulan, harini korang call, esok kena datang lapor diri. Haa tak tahu kann. Punya cepat proses nak amek korang kerjaπ
.
Haihhh kalo usha bf gf hangpa boleh, takkan la taknak try 'usha' kerja plak kan ππ yedokk? Tunjukkan keprihatinan & kesungguhan korang okayy. Bina kepercayaan kepada company tu.
.
Alhamdulillah sorang kawan Nani yang apply kerja dan interview sama-sama dengan Nani minggu lepas, dapat jawapan panggilan kerja harini dan akan lapor diri awal tahun baru nanti.
.
Hanya dengan satu panggilan sahaja, dia berjaya dapat tawaran kerja, setelah macam2 interview dia pi. π
.
Alhamdulillah itu adalah salah satu usaha yang kita boleh buat lepas ni kalo ada yang masih tunggu panggilan kerja. Dinasihatkan call semula jangan lebih daripada sebulan tarikh interview tu.
.
Mana2 yang dah pernah buat tapi masih tak berjaya, yakinlah dengan rezeki Allah. Yang penting banyak bersabar. Rezeki tak salah alamat & akan datang tepat pada masanya untuk korang.
.
Sekadar perkongsian dan pengajaran di petang hari. Boleh share ye untuk pengetahuan semua
.
Kat sini Nani kepilkan sekali amalan doa untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Moga doa & usaha ni dapat membantu urusan korang semua dapat rezeki pekerjaan.
.
Moga Allah murahkan rezeki kita semua mendapat pekerjaan yang baik, sesuai dengan kelayakan kita dan diberkati Allah.
.
Allah mendengar doa doa hambaNya
.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib π
.
KREDIT : Farhanani Arbak
Thursday, November 21, 2019
TIPS & DOA SUPAYA CEPAT DAPAT KERJA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment