Sunday, December 29, 2019

FADHILAT MAJLIS TAKLIM DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

FADHILAT MAJLIS TAKLIM DI RUMAH BERSAMA KELUARGA...

Maksud, tujuan dan fadhilat taklim dirumah.

Majlis taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga, majlis yang disukai oleh para malaikat. Adalah penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar ahli rumah kita turut mendapat nur hidayah & mendapat kelebihan orang yang menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah-rumah yang hidup dan istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat-ayat Allah & sabdaan Rasulullah s.a.w  akan kelihatan bercahaya pada pandangan penghuni langit.

Al-Faqih Abu Laits Samarqandi, seorang ulama salaf mengatakan dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin:

Orang yang duduk menghadiri majlis ta’lim, sekalipun tidak dapat mengingati ilmu yang disampaikan, akan memperoleh tujuh kemuliaan iaitu:
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu,
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis,
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah,
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis,
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhati dan mendengar apa yang dibacakan,
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya,
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.

Maksud dan tujuannya :

1. Untuk memasukkan nur Kalamullah dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita,
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw,
3. Untuk mencari redha Allah swt,
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal,
5. Menghubungkan antara ilmu dan amal,
6. Untuk mengingat kembali perintah Allah swt dan larangan-Nya,
7. Untuk menghairahkan kita dalam beramal,
8. Mendapatkan barakah majlis,
9. Merupakan taman-taman syurga di dunia.

Fadhilatnya :

Barangsiapa yang duduk dalam majlis ta'lim, maka Allah swt yang berikan :

1. Diberikan sakinah / ketenangan jiwa,
2. Dicucuri rahmat,
3. Dikerumuni para malaikat mulai dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt,
4. Malaikat yang hadir akan meminta keampunan kepada Allah swt untuk orang yang hadir & kedua ibubapanya di majlis ta`lim tersebut..
5. Orang yang memudahkan langkahnya ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya ke syurga,
6. Semua benda-benda yang hidup dan mati yang dilalui oleh seseorang menuju ke majlis ilmu akan memohon keampunan untuknya kepada Allah swt,
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim serta kedua orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt dihadapan majlis para malaikat.
  
Pesanan Luqmanul Hakim:
"Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang2 soleh); dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat."

Dengarkanlah kelebihan menghidupkan majlis taklim di rumah-rumah kita. Majlis taklim adalah majlis para malaikat yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Apabila malaikat sentiasa memenuhi ruang-ruang dirumah semasa majlis diadakan, maka kita berharap seluruh ahli rumah juga turut mendapat aura sifat malaikat iaitu 'Sami'na Wa 'Ato'na' bermaksud 'kami dengar dan kami ta'at. Sehingga seterusnya dapat melembutkan hati ahli-ahli rumah.

Semoga kita sama-sama dapat amal dan sampaikan.

Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.

Tuesday, December 24, 2019

buku agama percuma

Assalamu'alaikum 

*Siapa nak 138 buah buku agama free..???*

*Download PERCUMA buku2 islamic* ada 138 buku dalam format *pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat 

https://t.co/NUEnSGMq7a

Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Monday, December 16, 2019

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH SWT.

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH SWT.
‘Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat..’

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39)

3Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan meadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Friday, December 13, 2019

Nasihat maulana saad

*NASIHAT DARI MAULANA SA’AD AL KANDAHLAWI BARAKATUHUM*

Agar Allah tetapkan Hidayah pada kita:

1. jangan lihat keburukan orang lain dan jangan lihat yg bukan muhrim.

2. Niat amal untuk islah diri : semua perintah Allah, anggaplah baru mengetahuinya sehingga ada keinginan amalkan.

3. Ada fikir dan risau seperti Rasulullah SAW :

* Bagaimana umat selamat dari azab Allah.

* Bagaimana Amal Rasulullah SAW bisa hidup di seluruh alam

* Bagaimana usaha Nabi SAW bisa hidup di seluruh alam.

4. Pandanglah kebaikan orang lain dan selalu muhasabah diri & bertaubat atas kekurangan pada amal kita dan keburukan² diri kita.
“untuk mendapatkan ini semua, hendaklah jadikan maksud hidup Nabi SAW juga menjadi maksud hidup kita, yaitu hidup untuk dakwah, dakwah sampai mati dan mati dalam dakwah.”

5. Adalah sunnah mencari kebaikan dlm diri org lain dan menyembunyikan keburukan org lain.

Satu jenazah dibawa di hadapan nabi. Org tsb buruk perangainya. Umar mencegah nabi untuk menyembahyangkan jenazahnya. Nabi tanya, siapa pernah lihat org ini buat kebaikan ?....Satu org telah bangun dan bagitahu bahwa dia pernah berjaga satu malam di jalan Allah, maka debu2 yg melekat pd badannya semasa berada di jalan Allah diharamkan dari api neraka. Dia adalah ahli syurga.

Hati yg *gelap* ialah hati yg sentiasa mencari kekurangan org lain. Tanda2 seseorang itu akan mundur dlm usaha agama ini ialah melihat keburukan rekan seusaha. Lihatlah hati kita. Jangan sentiasa melihat kekurangan org lain, maka itu hati kita masih gelap dan kotor.

6. Asbab turunnya Hidayah:

1. Tholab= rasa ingin tahu & mujahadah

2. Ikuti perintah Allah : ibadah, usaha dakwah tabligh, hijrah & bermujahadah

3. Amalkan sunnah, muamalah, muasyarah dan akhlaq Rasulullah SAW.

4. Niatkan untuk mendapatkan Hidayah & Ridho ALLAH SWT.

7. Mujahadah ada 3:

1. mujahadah jasad:hendaklah kurangi makan, minum, tidur, istrahat, dll,

2. mujahadah nafs : memperbanyak sholat & amalan sunnah,

3 mujahadah qubro: melawan syetan manusia & syetan iblis dgn sabar, tabah dan selalu istighfar terhadap desakan & godaannya yg mengajak ketidaktaan kepada Allah dan Rasul-Nya

8. Tanda-tanda Hidayah ada dalam diri kita:

1. merasa menjadi hamba ( Rendah hati )

2. Jalan pada amalan (bashiroh)

3. Tujuan hidup untuk Akhirat,,
“Niatkan seluruh hidup, seluruh harta, seluruh diri untuk Allah Ta’ala!”

9. Hari ini di masjid2 para ulama doakan keburukan dan kehancuran bagi orang kafir musyrikin dgn qunut nazilah. Tapi mereka lupa… bahwa kebanyakan orang Islam banyak  tinggalkan sholat dan sunnah sehingga mirip dgn orang kafir musyrikin. Beli motor dgn cara riba, beli rumah dgn cara riba, bisnis pakai riba seperti kafir musyirikin. Pendeknya tdk ada perbedaan antara kebanyakan orang islam dan kafir musyrikin. Maka Allah kabulkan doa ulama2 tsb, dgn menurunkan  adzab menimpa orang2 islam sendiri. Diibaratkan seperti orang duduk di dahan pohon lalu meng-gergaji dahan yg dia duduki, maka binasa jatuh dari pohon bersama dahannya.

*#Moulana Saad Kandalavi#*.

Semoga manfaat,....

SURAH AL-IKHLAS

*SURAH AL-IKHLAS*

*"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"*

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*..

Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan...

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (Sebanyak 3 kali). Masuklah Rumah dengan Kaki KANAN dan dengan membaca *Bismillah*. Berilah *Salam* kepada anggota Rumah
dan Sekiranya tiada orang di rumah berilah *Salam* kerana Malaikat Rumah akan menyahut..

Amalkanlah *Bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir Solat akan membantu kita menjawab persoalan Kubur. Apabila Malaikat memberi Salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab Salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap Bersolat, amalan daripada Salam yang diucap di akhir Solat akan menolongnya menjawab Salam malaikat itu..

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya..akan selamat dia dari Kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan Sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _*Qul Huwallahu Ahad*_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _*Allahhus Somad*_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _*Lamyalid walam yuulad*_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _*Walam yakullahu kufuwan ahad*_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Wednesday, December 11, 2019

Merawat kanser

Asslamualaikum wbt kpd semua dlm Grp Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah kluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama2 dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free fr cancer cells end last yr.    Now she is an active Volunteer kpd pesakit2 cancer/survivors.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

C&p

Ubat batu karang

Batu Karang:
Subhanallah
Alhamdulillah
Allàh huakbar...

Sedikit perkongsian Ilmu dari kuliah Mahgrib yang disampaikan oleh Ustaz Dato Zakaria tadi. Beliau menceritakan mengenai kisah seorang sahabatnya yang diuji dengan sakit batu karang. Hanya bertahan dengan pengambilan ubat hospital, lama masanya. Sehinggalah suatu hari dipertemukan oleh Allah dengan seorang India semasa keluar dari hospital selepas diberi tempoh sebelum buat rawatan  tembak batu karang, dalam bersembang dengan India tadi, dia bagitau ubatnya mudah saja. Kalau tak hilang awak potong tangan saya, iaitu: *Ambil daun kekabu yang tua; rebus dan minum airnya*, tanpa pengharapan kawan Ustaz tadi membuat sebagaiman yang disyorkan oleh India tadi.
Subhanallah memang keluar batu karang. Bila sampai masa ke hospital untuk rawatan, doktor pening kerana tiada lagi batu karang.

Kawan Ustaz ada memesan agar diceritakan petua ini kepada sesiapa yang ditemui. Semoga manfaat kepada sahabat2 lain.

Monday, December 9, 2019

AURAT HATI

Kata Syed Qutb Rahimahullah, dalam Tafsir Fizilalil Quran, surah Al-A’raf, ayat 26: ‘Pakaian Taqwa menutup aurat hati manusia’

Kami tertarik nak kongsi tentang ‘Aurat Hati’.

Mesti ada yang bertanya, hati juga ada aurat ke ? macam mana nak tutup aurat hati ?

Aurat hati ditutup dengan pakaian Taqwa. Apa itu Taqwa?

Suatu ketika Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab:

Umar Al-Khattab :
Apa itu Taqwa?

Ubai bin Ka’ab : Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?

Umar Al-Khattab :
Pernah.

Ubai bin Ka’ab :
Apa yang kamu lakukan?

Umar Al-Khattab :
Saya melaluinya dengan penuh hati-hati.

Ubai bin Ka’ab :   
Itulah Taqwa.

Taqwa itu merasai pengawasan Allah. Merasai dirinya dilihat Allah. Perasaan ini akan menjadikan manusia itu sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatannya.

Dia akan sentiasa memelihara hatinya dari maksiat, sentiasa memeliharanya matanya dari maksiat, sentiasa memelihara otaknya dari maksiat, sentiasa memelihara lidahnya dari maksiat. sentiasa memelihara seluruh kehidupannya dari maksiat.

Dia akan sentiasa berfikir, adakah perbuatannya itu disukai Allah, di redhai Allah, atau sebaliknya.

Orang yang memakai pakaian Taqwa, akan rasa malu pada Allah, akan rasa takut pada Allah. Dia akan rasa malu dan takut nak buat dosa.

"Ya Allah, pilihlah kami untuk memakai pakaian yang terlalu istimewa ini. Jadikan 'pakaian Taqwa' ini terlalu cantik dan indah untuk menutupi aurat hati kami"

Aamin...

Sunday, December 8, 2019

Riwayat Sedekah Dari Satu Tangan Ke Tangan

Tiba-tiba seorang pak cik muncul ketika Rasulullah sedang berkumpul bersama para sahabatnya di dalam masjid selepas mengerjakan shalat jamaah.

"Wahai, Rasulullah. Saya sangat lapar. Tolonglah saya. Dan saya tidak punya pakaian kecuali yang melekat di badan sekarang. Berilah saya..."

Sebenarnya Rasulullah sangat iba menyaksikan keadaan orang tua itu. Wajahnya pucat, bibirnya membiru dan tangannya agak gemetar memegangi tongkatnya.Cuma masa itu beliau tidak mempunyai apa-apa. Sudah habis diberikannya kepada orang lain.
"Maaf, pak cik. Tidak ada yang dapat saya berikan saat ini. Tetapi jangan putus asa. Datanglah kepada anak saya, Fatimah, mungkin ada sesuatu yang dapat diberikannya sebagai sedekah."

Maka pergilah pak cik itu kepada Fatimah. Di depan rumahnya pak cik itu berseru, "Wahai putri Rasulullah. Aku lapar sekali. Dan tidak punya apa-apa. Aku datang kepada ayahmu, tetapi beliaupun tidak mempunyai apa-apa. Aku disuruhnya datang kepadamu. Mungkin engkau mempunyai sesuatu untuk disedekah kepadaku?"

Fatimah kebingungan. Ia tidak mempunyai barang yang berharga untuk disedekahkan. Sebagai ahli keluarga Rasulullah ia telah terbiasa menjalani hidup amat sederhana, jauh di bawah taraf kehidupan rakyat jelata. Yang dianggapnya masih berharga cuma sehelai kulit kambing yang biasa dipakai sebagai alas tidur Hasan dan Husain. Jadi, itulah yang diambil dan diserahkannya kepada pak cik itu.
Orang tua itu lebih kebingungan daripada yang memberikannya. Ia sedang lapar dan tidak punya apa-apa. Mengapa kepadanya diserahkan selembar kulit kambing? Buat apa? "Wahai Putri Rasulullah. Apakah kulit kambing itu dapat mengenyangkan perutku dan dapat kupakai untuk menghangatkan badanku?" tanya orang tua itu.

Fatimah tidak dapat menjawab. Ia masuk semula ke dalam rumahnya, mencari-cari benda lain yang boleh disedekahkan. ia bertanya-tanya, mengapa ayahku mengirimkan orang ini kepadaku, padahal Ayah tahu aku tidak lebih kaya daripada beliau? Sesudah termenung sejenak barulah ia teringat akan seuntai barang pemberian Fatimah binti Abdul Muthalib, bibinya. Barang itu amat indah, namun ia merasa kurang pantas memakainya karena ia dikenal sebagai putri dari pemimpin umat. Barang itu adalah sebuah kalung emas. Buru-buru diambilnya benda itu dari dalam kotak simpanannya, lalu diserahkan kepada pak cik itu. Orang itu terbelalak melihat benda yang kini digenggamnya. Begitu indah. Pasti amat mahal harganya.

Dengan suka cita orang itu pergi menemui Rasulullah kembali di masjid. Diperlihatkannya kepada beliau kalung emas pemberian Fatimah. Rasulullah hanya berdoa, _"Semoga Allah membalas keikhlasannya."_ Salah satu sahabat nabi yang kaya raya, Abdurrahman bin Auf, berkata, _"Wahai, bapak tua. Maukah kau jual kalung itu kepadaku?"_ Kakek itu menoleh kepada Nabi, _"Bolehkah saya jual, Ya Rasul?"_ _"Silakan, kalung itu milikmu,"_ sahut Nabi. Orang tua itu lantas berkata kepada sahabat Abdurrahman bin Auf, _"Berikan kepadaku beberapa potong roti dan daging untuk mengganjal perutku, dan sekedar biaya kepulanganku ke kampung."_ Abdurrahman bin Auf mengeluarkan duapuluh dinar dan seratus dirham, beberapa potong roti dan daging, pakaian, serta seekor unta untuk tunggangannya ke kampung.

Dengan gembira pak cik itu berkata, _"Terima kasih, wahai kekasih Allah. Saya telah mendapatkan lebih daripada yang saya perlukan. Bahkan saya telah merasa menjadi orang kaya."_
Nabi menjawab, _"Terima kasih kepada Allah dan Rasul-Nya harus diawali dengan berterimakasih kepada orang yang bersangkutan. Balaslah kebaikan Fatimah."_

Orang tua itu kemudian mengangkat kedua tangannya ke atas, _"Ya Allah, aku tak mampu membalas kebaikan Fatimah dengan yang sepadan. Karena itu aku mohon kepada -Mu, berilah Fatimah balasan dari hadirat -Mu, berupa sesuatu yang tidak terlintas di mata, tidak terbayang di telinga dan tidak terbetik di hati, yakni surga -Mu, Jannatun Na'im."_

Rasulullah menyambut doa itu dengan amin seraya tersenyum ceria.
Beberapa hari kemudian, budak Abdurrahman bin Auf, bernama Saham datang menghadap Nabi sambil membawa kalung yang dibeli dari orang tua itu.

"Ya Rasulullah," ujar Saham. "Saya datang kemari diperintahkan Tuan Abdurrahman bin Auf untuk menyerahkan kalung ini untukmu, dan diri saya sebagai budak diserahkannya kepadamu."
Rasulullah tertawa. "Kuterima pemberian itu. Nah, sekarang lanjutkanlah perjalananmu ke rumah Fatimah, anakku. Kalung ini tolong serahkan kepadanya. Juga engkau kuberikan untuk Fatimah."
Saham lalu mendatangi Fatimah di rumahnya, dan menceritakan pesan Rasulullah untuknya.
Fatimah dengan lega menyimpan kalung itu di tempat semula, lantas berkata kepada Saham,  "Engkau sekarang telah menjadi hakku karena itu, engkau kubebaskan. Sejak hari ini engkau kembali menjadi orang merdeka."

Saham tertawa nyaring sampai Fatimah keheranan, "Mengapa engkau tertawa?"_
Bekas budak itu menjawab,  _"Saya gembira menyaksikan riwayat sedekah dari satu tangan ke tangan berikutnya.

Kalung ini tetap kembali kepadamu, wahai putri junjungan, namun karena dilandasi keikhlasan, kalung ini telah membuat kaya orang miskin, telah menjamin surga untukmu, dan kini telah membebaskan aku menjadi manusia merdeka."
*****
Saudara-saudariku tercinta... betapa malunya kita kepada Rasulullah saw dan keluarganya...
Allahumma shalli 'ala sayyidinaa Muhammad wa' 'ala aali sayyidinaa Muhammad.

4 Golongan Yang Syurga Rindu Pada Dia

1. Orang yang suka baca quran
2. Orang yang jaga mulut. (dari berkata yang haram)
3. Orang yang suka belanja orang makan
4. Orang yang gembira puasa dalam bulan ramadhan

Hadis Riwayat Abu Daud

Tuesday, December 3, 2019

Tahukah kita

🌞🌻TAHUKAH KITA???🌻🌞

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..

🌻taukah anda*....?
bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tp seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

🌻taukah anda*.....?
di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam islam di sunnahkan membaca alhamdulillah setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

🌻taukah anda*.....?
menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita memerlukan tambahan oksigen

🌻taukah anda*......?
bahwa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, kerana itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

🌻taukah anda*......?
bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

🌻taukah anda*......?
di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita solat?
Nabi Muhammad saw bersabda: "sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu d taruh di atas kepala dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut".
wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah... dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.

🌻taukah anda*.......?
diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..
sesungguhnya surat al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

🌻taukah anda*.......?
ketika kita membaca ayat kursi tiap usai solat, maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

🌻taukah anda*.......?
bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai solat, karena itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk solat kita.