Sunday, December 29, 2019

FADHILAT MAJLIS TAKLIM DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

FADHILAT MAJLIS TAKLIM DI RUMAH BERSAMA KELUARGA...

Maksud, tujuan dan fadhilat taklim dirumah.

Majlis taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga, majlis yang disukai oleh para malaikat. Adalah penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar ahli rumah kita turut mendapat nur hidayah & mendapat kelebihan orang yang menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah-rumah yang hidup dan istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat-ayat Allah & sabdaan Rasulullah s.a.w  akan kelihatan bercahaya pada pandangan penghuni langit.

Al-Faqih Abu Laits Samarqandi, seorang ulama salaf mengatakan dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin:

Orang yang duduk menghadiri majlis ta’lim, sekalipun tidak dapat mengingati ilmu yang disampaikan, akan memperoleh tujuh kemuliaan iaitu:
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu,
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis,
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah,
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis,
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhati dan mendengar apa yang dibacakan,
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya,
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.

Maksud dan tujuannya :

1. Untuk memasukkan nur Kalamullah dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita,
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw,
3. Untuk mencari redha Allah swt,
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal,
5. Menghubungkan antara ilmu dan amal,
6. Untuk mengingat kembali perintah Allah swt dan larangan-Nya,
7. Untuk menghairahkan kita dalam beramal,
8. Mendapatkan barakah majlis,
9. Merupakan taman-taman syurga di dunia.

Fadhilatnya :

Barangsiapa yang duduk dalam majlis ta'lim, maka Allah swt yang berikan :

1. Diberikan sakinah / ketenangan jiwa,
2. Dicucuri rahmat,
3. Dikerumuni para malaikat mulai dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt,
4. Malaikat yang hadir akan meminta keampunan kepada Allah swt untuk orang yang hadir & kedua ibubapanya di majlis ta`lim tersebut..
5. Orang yang memudahkan langkahnya ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya ke syurga,
6. Semua benda-benda yang hidup dan mati yang dilalui oleh seseorang menuju ke majlis ilmu akan memohon keampunan untuknya kepada Allah swt,
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim serta kedua orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt dihadapan majlis para malaikat.
  
Pesanan Luqmanul Hakim:
"Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang2 soleh); dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat."

Dengarkanlah kelebihan menghidupkan majlis taklim di rumah-rumah kita. Majlis taklim adalah majlis para malaikat yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Apabila malaikat sentiasa memenuhi ruang-ruang dirumah semasa majlis diadakan, maka kita berharap seluruh ahli rumah juga turut mendapat aura sifat malaikat iaitu 'Sami'na Wa 'Ato'na' bermaksud 'kami dengar dan kami ta'at. Sehingga seterusnya dapat melembutkan hati ahli-ahli rumah.

Semoga kita sama-sama dapat amal dan sampaikan.

Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.

No comments:

Post a Comment