ADAB BERJEMAAH BAGI IMAM
1. Imam hanya dibenarkan hanya 3 kali tasbih dalam rukuk dan sujud melainkan solat seorang diri.
2. Imam yang membaca tasbih dalam rukuk dan sujud lebih dari 3 kali tanpa keizinan/redha makmum hukumnya makruh walaupun pada sujud yang terakhir.
3. Jika Imam mahu memanjangkan sujud yang terakhir hendaklah mendapat keizinan Makmum sebelum daripada solat. Sekiranya seorang sahaja yang tidak bersetuju maka Imam tetap tidak boleh (makruh) memanjangkan sujud yang terakhir. Masalah ini tidak dilihat kepada majoriti makmum.
4. Oleh itu, jika semua makmum bersetuju untuk Imam memanjangkan sujud terakhir, tiba-tiba ketika solat datang makmum yang lain pula maka Imam tetap dimakruhkan memanjangkan sujud yang terakhir melebihi 3 kali tasbih kerana belum mendapat keizinan makmum tersebut.
5. Tetapi jika ketika Imam sedang rukuk, tiba2 datang makmum baru nak masuk solat, maka sunat pula Imam memanjangkan sedikit rukuk dengan melebihkan bacaan tasbih seperti dibaca 5 kali tasbih supaya makmum dapat rakaat. Makmum yang dapat rakaat bersama imam fadhilatnya tidak sama bagi yang tidak dapat rakaat.
6. Begitu juga ketika hampir Imam memberi salam, jika terdapat makmum yang baru nak masuk solat maka sunat tunggu sekejap(boleh baca doa) supaya makmum dapat fadilat berjemaah. Makmum dikira dapat fadhilat berjemaah jika makmum sempat habiskan lafaz takbiratul ihram selama mana Imam belum sebut “kum” ketika salam. Jika sekiranya makmum dapat takbiratul ihram tiba-tiba imam beri salam maka tertegahlah makmum daripada duduk.
Wallaua’alam.
Mafhum daripada petikan kuliah Ustaz Wan Junaidi
No comments:
Post a Comment