Monday, January 27, 2020

Langkah-langkah menghadapi Musibah Virus dan Penyakit Berjangkit

Langkah-langkah menghadapi Musibah Virus dan Penyakit Berjangkit 

Kita adalah makhluk yang lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kembali kepada Allah.

Berikut ialah langkah yang diajarkan oleh agama apabila kita ditimpa oleh sesuatu bala, ujian dan musibah.

1. Menyakini dan redha terhadap takdir Allah

Allah Ta’ala berfirman;

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid: 22)

Kita perlu berdamai dengan takdir, menyerah dan redha bahawa ini semua adalah ketetapan Allah dan tidak perlu berdendam dan bermusuh dengan sesiapa.

Serahkan mereka yang zalim itu kepada Allah jika kita tidak mampu untuk menyekat kezaliman mereka.

 اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
`Ya Allah, cukuplah Engkau untuk menghadapi mereka, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki.' [HR. Muslim]

2. Mengasingkan diri dan mengamalkan kaedah kuarantin jika terlibat dengan wabak penyakit dan virus.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

'Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, maka janganlah kalian masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di dalam kawasan tersebut maka janganlah kamu keluar dari kawasan itu.' [HR. Al-Bukhari]

Kaedah kuarantin ini juga terdapat dalam hadith Abu Hurairah RA (wafat 57 H) yang menyebut:

 لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
' Jangan didekatkan sesuatu yang berpenyakit kepada sesuatu yang sihat. ' [HR Al-Bukhari]

Kaedah fiqh menyebut:

الضَّرَرُ يُزَالُ
“Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.”

[Al-Asybah wa al-Nazair]

Maka sangat penting rakyat Melaysia mengelak daripada menghadiri perkumpulan orang ramai seperti konsert, pertandingan bola, sukan yang melibatkan ramai orang, pesta, pasaraya dll.

Di samping itu hendaklah dicegah kemasukan warga asing ke dalam negara yang disyaki boleh menyebarkan virus penyakit ke dalam negara. 

3. Menjaga kebersihan diri dan menguatkan sistem daya pertahanan badan (antibodi).

Sistem daya tahan badan/antibodi berfungsi untuk melawan penyakit dan melindungi tubuh serta mempercepatkan proses pemulihan. Ianya boleh dikuatkan dengan senaman, pemakanan yang sihat, makan buah-buahan, mengambil vitamin C, tidak merokok, mengelak daripada stress, mengambil vaksin, memakan madu dan sayur-sayuran, cukup rehat dan tidur.

Kata pepatah menyebut;
 الوِقَايَةُ خَيْرٌ مِنَ العِلَاجِ
`Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. '

4. Berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah

Setiap manusia pasti akan mati, walaupun berada di dalam kubu yang paling kukuh, ajal tetap akan sampai. Justeru di samping redha dengan takdir, kita hendaklah bersangka baik kepada Allah dan berfikiran positif.

Selagi masih bernafas, jangan putus asa dan tetap yakin akan sembuh, percaya dan teruskan berusaha menunaikan kewajipan yang perlu. 

Imam Malik RA (wafat 179 H) tetap mengajar dalam keadaan darah mengalir di kakinya. Imam Ibn Taimiyyah tetap menulis dan beribadah walaupun di penjara. Syed Qutb dan Hamka menulis tafsir walaupun dalam penjara.

Diriwayatkan Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا

`Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

[HR. Ahmad dan Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

5. Membaca zikir-zikir dan doa perlindungan dengan penuh harap kepada Allah

Di dalam hadith yang sahih terdapat zikir yang sesuai untuk dibaca bagi memohon perlindungan daripada penyakit dan musibah wabak.

Antaranya membaca doa zikir berikut pada waktu pagi dan petang;

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
`Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' [HR. Abu Daud]

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [HR. Muslim]

6. Merayu dan menuntut kerajaan mengambil tindakan yang terbaik dan paling bermanfaat kepada kebajikan dan keselamatan rakyat.

Kaedah fiqh menyebut

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Polisi pemerintah adalah berdasarkan kepada kemaslahatan rakyat.” [Al-Asybah wa al-Nazair] 

Kerajaan adalah diseru dan disaran mengenepikan unsur politik dan mengutamakan kebajikan rakyat sebagai kewajipan mereka dengan mengambil langkah pencegahan dan mengusahakan rawatan yang terbaik untuk rakyat.

7. Rakyat dan masyarakat perlu saling bantu membantu dan bertaqwa kepada Allah supaya musibah dan wabak ini akan diangkat oleh Allah.

Para salaf menyebut;

ما نزل البلاء إلا بذنب وما رفع إلا بتوبة
“Tidaklah turun musibah melainkan kerana dosa, dan tidaklah ia akan terangkat kecuali dengan bertaubat.”

Orang ramai boleh membantu dengan memastikan anak-anak memakai topeng penutup muka ke sekolah, menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-merata, mencuci tangan, menutup muka ketika bersin, menjauhkan diri daripada tempat sesak, memberi laluan kepada ambulan, tidak merokok dan menghentikan kegiatan tidak bermoral dan maksiat.

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syura: 30).

Kepada Allah, kita berserah dan mengadu!

Friday, January 24, 2020

Perbezaan akhlak dan agama

Haritu sheikh sebut, 1 hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami. “Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”

Lalu sheikh tanya kami, “kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah 1 darinya. Apa ada perbezaan antara agama dan akhlak?”

“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”
“Adakah orang beragama itu tidak berakhlak ?”

Kami semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawaban. Dan termenung panjang sampaikan kesudah tak ada seorang pun mampu beri jawaban. 

Akhirnya, sheikh kata,

Ya memang ada perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia tu berakhlak. Dan orang berakhlak sudah pastinya dia beragama. 

Sheikh pun senyum. 
Dia sambung lagi dengan memberi contoh. 

Contoh begini mudah. Kamu seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada miss langsung. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Kamu tak setaraf dengan agama yang ada di dada kamu. 

Bila bercakap. Tinggi suara. Bila lambat sikit kamu marah marah. Bila tak puas hati sikit kamu lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris. 

Jika tak kena dengan kehendak kamu. Kamu menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang kamu nak. Kamu hempuk tangan kamu di meja tak puas hati dengan orang lain. 

Kami semua terdiam. Fokus dan cuba memahami. Sambil muhasabah aku termasuk juga ke dalam tu. Huhu. 

Sheikh sambung lagi. 
Kali ni dengan nada yang lembut sedikit.

Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah marah.

Terus aku teringat 1 hadis lain. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Dan aku juga terfikir mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak. 

Mungkin jawaban sheikh tu telah menjawab semua soalan difikiran aku tu.

Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat titikberatkan bab solat awal waktu. Agama mereka hebat. Kebanyakkan mereka hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetap seorang hafiz al-Quran. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah. Kasar suara pada orang lain. Mereka lah yang terkehadapan. 

Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan nabi di tanah Arab. Kerana nak perbaiki akhlak mereka. Ya lah mana tidaknya. Cuaca panas. 

Maka angin dalaman pun mudah naik. Suhu kereta mana tak naik kalau tiada penyejuk dengan air. Air itu adalah akhlak. 

Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga akhlak. 

Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah. 

Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas. 

“Laa Taghdob!”

“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut. 

Maka bagi sesiapa wanita di luar sana. Yang berkenan dengan seorang lelaki. 

Nasihat aku, kalian kena perhati betul betul mereka ni. Jika baik akhlak dan agamanya maka terimalah. Walaupun muka tidak seindah pelakon TV3 idaman kalian. 

Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana duk tilik lelaki itu ada gaya ustaz. Ada serban di kepala. Ada rida’ di bahu.  Ada ilmu boleh baca kitab arab padu. 

Tapi akhlak ke laut. Tak boleh dibuat suami. Huhu. 

Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.

Nak ulang sebut hadis 
Rasulullah bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi.

Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman
:إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

 (Surah Ar-Ra’d: 11)

penulisan tuan ahmad sobir

Friday, January 17, 2020

khilaf yg ramai tak tahu

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢

Hamba Yang Merdeka


“Hamba yang merdeka?”

Kesungguhan dalam beribadat dan berdoa memohon pertolongan dalam apa jua keadaan eg samada senang atau susah, sihat atau sakit, kaya atau miskin etc adalah suatu tuntutan sebagai hamba Allah yang baik. 

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
16 asSajdah

Kurangnya kesungguhan dalam beribadat sama ada dari segi quantity ataupun dari segi quality mungkin lahirnya daripada krisis identity seorang manusia secara sedar atau tidak sedar.

Krisis identiti sebagai hamba yg kadang2 manusia merasa dirinya juga merdeka ie “hamba yg merdeka” walaupun hakikat sebenarnya manusia itu ialah hamba Allah. 

Sudah tentu sifat serta perangai hamba adalah sentiasa bersedia menerima arahan dan segala perbuatan hamba adalah kerana dan untuk Allah semata2.

5 perkara yg perlu dalam ilmu tasauf
1. Muraqabah (sentiasa diawasi)
2. Muhasabah (sentiasa check diri)
3. Mua’qabah (sentiasa bertaubat/tebus dosa)
4. Muahadah (sentasa ingat janji dengan Allah)
5. Mujahadah (sentiasa bersungguh2)

Hanya dengan Allah aku bergantung dan sentiasa mengharap pertolongan Allah.

Sentiasa berhubung dengan Allah; aku sentiasa bertawakkal kepada Allah dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. 

Syeikh Ibnu Athaillah kata anggaplah diri sebagai mayat yg sedang dimandikan ketika kita belajar.

Kehebatan bangun malam sebagai OKU (orang kuat ugama)
- [ ] Sebagai therapy
- [ ] Sebagai sendi kekuatan ummat

Wallahu a’lam

Sunday, January 12, 2020

ADAB BERJEMAAH BAGI IMAM

ADAB BERJEMAAH BAGI IMAM

1. Imam hanya dibenarkan hanya 3 kali tasbih  dalam rukuk dan sujud melainkan solat seorang diri.

2. Imam yang membaca tasbih dalam rukuk dan sujud lebih dari 3 kali tanpa keizinan/redha makmum hukumnya makruh walaupun pada sujud yang terakhir.

3. Jika Imam mahu memanjangkan sujud yang terakhir hendaklah mendapat keizinan Makmum sebelum daripada solat. Sekiranya seorang sahaja yang tidak bersetuju maka Imam tetap tidak boleh (makruh) memanjangkan sujud yang terakhir. Masalah ini tidak dilihat kepada majoriti makmum. 

4. Oleh itu, jika semua makmum bersetuju untuk Imam memanjangkan sujud terakhir, tiba-tiba ketika solat datang makmum yang lain pula maka Imam tetap dimakruhkan memanjangkan sujud yang terakhir melebihi 3 kali tasbih kerana belum mendapat keizinan makmum tersebut.

5. Tetapi jika ketika Imam sedang rukuk, tiba2 datang makmum baru nak masuk solat, maka sunat pula Imam memanjangkan sedikit rukuk dengan melebihkan bacaan tasbih seperti dibaca 5 kali tasbih supaya makmum dapat rakaat. Makmum yang dapat rakaat bersama imam fadhilatnya tidak sama bagi yang tidak dapat rakaat.

6. Begitu juga ketika hampir Imam memberi salam, jika terdapat makmum yang baru nak masuk solat maka sunat tunggu sekejap(boleh baca doa) supaya makmum dapat fadilat berjemaah. Makmum dikira dapat fadhilat berjemaah jika makmum sempat habiskan lafaz takbiratul ihram selama mana Imam belum sebut “kum” ketika salam. Jika sekiranya makmum dapat takbiratul ihram  tiba-tiba imam beri salam maka tertegahlah makmum daripada duduk. 

Wallaua’alam.
Mafhum daripada petikan kuliah Ustaz Wan Junaidi