Monday, August 27, 2018

TUAN GURU HAJI BIDIN

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun.

Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.Setelah itu beliau berhijrah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali.

Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi.Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun.

Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun.
Al-Fatihah.

Monday, July 9, 2018

SYURGA - YANG DI SEGERAKAN

1. Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'syurga' kepada kita. Syurga itu dinamakan *Al Jannatul 'Ajilah* (Syurga yang di segerakan) iaitu *HATI YANG SEJAHTERA*.

2. Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa *tenang, tenteram, bahagia dan gembira dengan hidupnya.*

3. Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar...
Bila diuji dia bersangka baik...bahkan
Bila di sakiti dia memaafi..
*Tidak ada langsung hasad dengki di hatinya*.

4. Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik ketika susah mahupun senang.

5. Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain yg bersama denganya.Beruntunglah sesiapa yang memiliki 'syurga' ini.

6. Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat  nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.

7. Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.

8. Ini berdasarkan firman Allah :

(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)

9. Marilah kita sama2 berusaha membersihkan Dan menghidupkan hati kita agar dikurniakan 'syurga' ini.

Wallah'alam..

Saturday, July 7, 2018

Cerita tentang rezeki

Ini cerita tentang Rezeki.

Seorang ulama dari Suriah bercerita tentang do’a yang selalu ia lantunkan. Ia selalu mengucapkan do’a seperti berikut ini.

( ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺭﺯﻗﻨﺎ ﻛﻤﺎ ﺗﺮﺯﻕ ﺍﻟﺒﻐﺎﺙ )

“Allahummarzuqnaa kamaa tarzuqul bughats”
(“Ya Allah, berilah aku rezeki sebagaimana Engkau memberi rezeki kepada bughats.”)

Apakah “bughats” itu…?
Dan bagaimana kisahnya…?

“Bughats” anak burung gagak yang baru menetas. Burung gagak ketika mengerami telurnya akan menetas mengeluarkan anak yang disebut “bughats”. Ketika sudah besar dia menjadi gagak ( ghurab).

Apa perbedaan antara bughats & ghurab…?

Telah terbukti secara ilmiah, anak burung gagak ketika baru menetas warnanya bukan hitam seperti induknya, karena ia lahir tanpa bulu. Kulitnya berwarna putih.

Di saat induknya menyaksikanya, ia tidak terima itu anaknya, hingga ia tidak mau memberi makan dan minum, lalu hanya mengintainya dari kejauhan saja.

Anak burung kecil malang yang baru menetas dari telur itu tidak mempunyai kemampuan untuk banyak bergerak, apalagi untuk terbang.
Lalu bagaimana ia makan dan minum…?

Allah Yang Maha Pemberi Rezeki yang menanggung rezekinya, karena Dialah yang telah menciptakannya.

Allah menciptakan AROMA tertentu yang keluar dari tubuh anak gagak yang dapat mengundang datangnya serangga ke sarangnya. Lalu berbagai macam ulat dan serangga berdatangan sesuai dengan kebutuhan anak gagak, lalu ia pun memakannya…
Masya Allah…

Keadaannya terus seperti itu sampai warnanya berubah menjadi hitam, karena bulunya sudah tumbuh.

Ketika itu barulah gagak mengetahui itu anaknya dan ia pun mau memberi makannya hingga tumbuh dewasa dan bisa terbang mencari makan sendiri.
Secara otomatis aroma yg keluar dari tubuhnya pun hilang dan serangga-serangga tidak berdatangan lagi ke sarangnya.

Dia-lah Allah, Ar Raziq, Yg Maha Penjamin Rezeki…

“Kamilah yg menjamin penghapusan (rezeki) di antara mereka dalam kehidupan di dunia ini.” (QS. Az-Zukhruf : 32)

Rezekimu akan mendatangimu di mana pun engkau berada, selama engkau menjaga ketakwaanmu kepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam:

“Sesungguhnya Malaikat Jibril membisikkan di dalam qalbuku bahwa seseorang tidak akan meninggal sampai sempurna seluruh rezekinya. Ketahuilah, bertaqwalah kepada Allah, dan perindahlah caramu meminta kepada Allah. Jgn sampai keterlambatan datangnya rezeki membuatmu mencarinya dgn cara bermaksiat kepada Allah. Sesungguhnya tidak akan didapatkan sesuatu yang ada di sisi Allah kecuali dengan menta’atinya.”

Jadi…
Tidaklah pantas bagi orang-orang yang beriman berebut rezeki & seringkali tidak mengindahkan halal haramnya rezeki itu dan cara memperolehnya.

Ya Allah, Engkau Pemberi dan Penjamin Rezeki, karuniakanlah kepada kami rezeki yang halal dan barakah…

FB Suhaimi

Ubat batu karang dlm hempedu

Ubat utk batu karang dlm hempedu

3 sudu minyak zaiton
1 sudu teh epsom salt
1 bj lemon

Bancuh sekali dlm satu gelas.
Minum seblum tidur.
Amalkan 5 hari berturut-turut.

Tuesday, July 3, 2018

Doa Maulana Saad

*_:: ✋😃 Doa Maulana Saad setiap hari_*

*_Di Banglawali Masjid Basti Nizamuddin New Delhi India._*

*_D A K W A H  D A N_*
*_D O A  I T U  A D A L A H_*
*_S E N J A T A  B A G I_*
*_O R A N G - O R A N G  M U K M I N_*

*_Ya Allah..! AMPUNKANLAH DOSA-DOSA kami..! Ya Allah..! TUTUPKANLAH kesalahan-kesalahan Kami..! Ya Allah..! TUKARKANLAH keburukan-keburukan kami kepada kebaikan-kebaikan..!_*

*_Ya Allah..! Engkau masukkan HAKIKAT IMAN dalam hati kami..! Ya Allah..! Engkau kurniakan sifat-sifat Iman dalam diri kami..! Ya Allah..! Engkau kurniakan pengikhtirafan-Mu pada kami..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakan kami HUBUNGAN yang KHUSUS dengan zat-Mu..! Ya Allah..! Engkau milik kami dan kami milik-Mu Ya Allah..!_*

*_Ya Allah..! BANTULAH kami dengan amalan-amalan yang Engkau REDHAI Ya Allah..! Tetapkan kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakan kami ISTIKHLAS dan ISTIQAMAT..! Ya Allah..! Engkau SATUKAN Umat ini dengan Usaha DAKWAH..! Ya Allah..! Engkau jadikan setiap individu Umat ini DAIE AGAMAMU..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakanlah KEPEDIHAN atas KERUNTUHAN AGAMA dalam hati-hati Umat Ini..! Ya Allah..! Engkau GUNAKANLAH setiap KEMAMPUAN-KEMAMPUAN kami dalam KERJA-KERJA AGAMA..!_*

*_Ya Allah..! Engkau GUNAKAN Umat ini untuk BUAT PENGURBANAN atas Agama-Mu..! Ya Allah..! Engkau KURNIAKAN HIDAYAT pada seluruh UMAT..!_*

*_Ya Allah..! Engkaulah satu-satunya yang membuat TARBIYAH HAKIKI..! Hanya tarbiyahmulah yang hakikat tarbiyah. Ya Allah..! TARBIYAHLAH Umat ini dengan sebaiknya..!_*

*_Ya Allah..! Engkau KURNIAKAN kami dengan kehidupan Sunnah Nabi Saw..! Ya Allah..! Engkau HIDUPKAN kehidupan Sunnah Nabi Saw pada Umat..!_*

*_Ya Allah..! Engkau kurniakan KEBENCIAN dalam hati kami CARA KEHIDUPAN ORANG KAFIR dan hidupkan SUNNAH-SUNNAH dalam diri kami..!_*

*_Ya Allah..! KELUARKANLAH SIFAT KEHAIWANAN dan TIDAK BERAKHLAK dari kami..! Ya Allah..! Kurniakan sifat INSANIYAH dalam diri kami..!_*

*_Ya Allah..! TUNJUKKANLAH setiap individu Umat Ini..! Ya Allah..! AMKAN hidayat pada seluruh Umat..! Ya Allah..! LUASKANLAH jalan-jalan hidayat..!_*

*_Ya Allah..! TUTUPKANLAH pintu-pintu BATHIL..! Ya Allah..! HANCURKANLAH suara-suara bathil..! Ya Allah..! Engkau GAGALKANLAH rancangan-rancangan bathil..!_*

*_Ya Allah..! PELIHARALAH Usaha-Usaha Agama ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah dan semua pergerakan-pergerakan Agama yang HAQ..!_*

*_Ya Allah..! BANTULAH kami dengan setiap langkah kami..! Ya Allah..! TUNJUKLAH kami dengan setiap langkah kami..! Ya Allah..! KURNIAKAN TAUFIK untuk buat kebaikan-kebaikan..!_*

*_Ya Allah..! Bantu kami dengan Usaha-Usaha Agama yang penting..! Ya Allah..! KURNIAKAN keampunan, TUTUPLAH kesalahan-kesalahan kami, MUDAHKANLAH kami..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakanlah ehsan-Mu pada kami..! Ya Allah..! MUDAHKAN urusan kami dengan fadhil-Mu..!_*

*_Ya Allah..! TANAMKAN KEYAKINAN atas nusrah ghaib-Mu dalam hati kami dan Engkau turunkan nusrah ghaib-Mu pada kami..!_*

*_YA ALLAH..! Di mana perlunya hujan, Engkau turunkan hujan rahmat-Mu..!_*

*_Ya Allah..! DI MANA PERLUNYA HUJAN, Engkau turunkan hujan rahmat-Mu..!_*

*_Ya Allah..! Di mana perlunya hujan, Engkau TURUNKAN HUJAN RAKMATMU..!*_

*_Ya Allah..! Jangan pandang Umat ini dengan pandangan MURKAMU..! LIHATLAH Umat ini dengan pandangan EHSANMU..!_*

*_Ya Allah..! Jadikan Umat ini MENYESAL ATAS DOSA-DOSA yang dilakukan dan kurniakan Umat ini taufik untuk BERTAUBAT..!_*

*_Ya Allah..! Jangan hindarkan rahmat ehsan-Mu pada Umat ini..! Ya Allah..! KASIHANILAH dan RAHMATILAH Umat Ini..!_*

*_Kau TURUNKAN HUJAN RAKMATMU..! Kau turunkan hujan rahmat-Mu..! Kau turunkan hujan rahmat-Mu..!_*

*_Ya Allah..! Keluarkanlah harapan dalam hati kami pada GHAIR..! Kurniakan kami TAUFIK untuk mengambil manafaat terus dari zat-Mu..!_*

*_Ya Allah..! Keluarkanlah YAKIN SALAH PADA MAKHLUK dalam hati-hati kami dan tetapkan kami dalam mentaati perintah-perintah-Mu..!_*

*_Ya Allah..! Pada orang-orang yang ADA MASALAH HUTANG, Engkau bantulah mereka dengan PERTOLONGAN GHAIBMU untuk menyelesaikan masalah mereka..!_*

*_Ya Allah..! Engkau SEMBUHKANLAH orang-orang yang SAKIT..! Ya Allah..! Engkau KELUARKANLAH kelemahan-kelemahan ZAHIR dan BATIN kami..! Ya Allah..! Engkau KURNIAKANLAH KEKUATAN zahir dan batin kami..!_*

*_Ya Allah..! Pada mereka yang ADA MASALAH MAHKAMAH, Engkau BEBASKANLAH dari masalah mereka..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakanlah Fikir Akhirat dalam hati-hati Umat..! Ya Allah..! HAPUSKANLAH KELALAIAN dari diri kami..!_*

*_Ya Allah..! Kurniakanlah FIKIR AKHIRAT dalam hati kami..! Ya Allah dengan ehsan-Mu, dengan rahmat-Mu TERIMALAH DOA KAMI..! Aamiin..! Allah Qobul Farmae..!_*

_Ehsan dari teman yang pulang khidmat DUA bulan di Markaz Nizamuddin_

*_U L A N G I L A H  D O A  I N I_*
*_U L A N G I  D I  M A L A M  H A R I_*

Monday, June 25, 2018

Tip utk elakkan kecurian

Siapa suka harta benda dia hilang kan? Saya nak share satu amalan yang di ijazahkan oleh guru pondok kami semasa mengaji di kelantan.

Kebanyakan dari kita ada harta benda yang berharga contoh kereta, motorsikal, laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Tapi ramai dalam kalangan orang awam (kita) ada saja kes curi, hilang, samun dan sebagainya.

Perasan tak kes-kes seperti yang saya sebutkan di atas sangat sangat dan sangat jarang berlaku dekat tok-tok guru pondok? Sebab mereka ada amalan bagaimana nak jaga dan pelihara harta benda daripada niat jahat manusia. Apa amalan tu ?

Saya ambil contoh: kereta.

Caranya baca surah Al-fatihah (secara lafaz) memadai jika telinga sendiri dengar. Baca dari ayat pertama sampailah إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Lepastu berhenti sekejap. Niat dalam hati,
" Ya Allah peliharalah harta aku ini "

Sambil pegang stering atau body kereta, kemudian sambung ayat seterusnya sampai habis. Insya Allah harta kita dalam perlindungan Allah. Tak dicuri, tak hilang, tak akan disamun bahkan dijauhi daripada niat jahat manusia DENGAN IZIN ALLAH.

Maksud ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Saya ada kongsi amalan ni dengan kawan yang duduk rumah flat di Sri Muda Shah Alam, sebab dia kata kat situ kereta jiran asyik hilang, kalau tak hilang pun kena pecahkan cermin. Siapa pernah pi Sri muda, memang tahu kawasan flat situ suram dan gelap so tak hairan ramai orang nak jadi pencuri.

Masa sampai ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Kawan saya niat,

"Ya Allah pelihara kereta aku ni, aku nak guna untuk pergi dan balik kerja cari rezeki".

Lepas dia amal dengan istiqamah, alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ini kereta dia masih ada dan berada dalam keadaan baik.

Macam mana Allah pelihara ? Wallahualam.
Semuanya atas kuasa Rabb. Kalaulah pokok, rumput, sungai, dan seluruh alam ini bertasbih tanpa henti memuji Allah pun kita yang manusia ini tak dibuka hijab untuk mendengar zikirnya alam inikan pula setakat Allah nak bagi tutup hijab si pencuri supaya mereka tak nampak langsung kereta kawan saya tu.

Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini, pahala akan mengalir kepada guru pondok kami. Allahumma amin.

Boleh sebarkan kepada keluarga, serta kawan-kawan anda untuk sama-sama beramal. 😊

#SharingIsCaring
#CopyPaste

Sunday, June 24, 2018

Kemanisan menunaikan hajat

‏يقول الإمام ابن القيم :
"إن في قضاء حوائج الناس لذة لا يَعرفها إلا من جربها، فافعل الخير مهما استصغرته فإنك لا تدري أي حسنة تدخلك الجنة"

Berkata al Imam Ibn al Qayyim :
Sesungguhnya menunai hajat org lain suatu kemanisan yg tidak dirasai melainkan org yg merasainya shj, maka buatlah kebaikan walau sekecil mana pun krn kamu tidak tahu kebaikan yg manakah akan memasukkan kamu ke dalam syurga.