Friday, February 8, 2019

Petua

"Assalamualaikum. ..
just nk share...sblum ni restaurant kami kerap di datangi lalat...Allah dtgkn seorang Utz pd kami dgn memberitahu petua menghalau lalat... pd sya ianya berkesan....Terimakasih pd Utz tu...."

Cucuk cengkih kat limau nipis..semoga bermanfaat untuk semua.
In shaa Allah...👍🏽😅

Thursday, February 7, 2019

Pemuda Ini Berkongsi 22 Tips Mudah Bagaimana Dia Mampu Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

Nota: Perkongsian ini adalah dari Fadhil Azman yang berasal dari Singapura. Berusia 26 tahun, beliau kini menyambung pelajaran di University of Jordan dalam bidang Islamic Theology. Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Kami menukarkannya ke Bahasa Melayu untuk memudahkan kita semua memahaminya, dan semoga dapat memberi inspirasi pada yang lain.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala rezeki dan rahmat yang diberi. Aku bermohon pada Allah agar selalu permudahkan urusanku dalam mengulang al-Quran & berikan aku petunjuk untuk berkongsi dan memberi inspirasi pada orang lain.”

Saya ingin berkongsi bahawa saya telah menghafal lebih kurang 9 juzu’ semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi. Jadi, sebenarnya saya cuma menghafal lebih kurang 20 juzu’ yang baru dan hanya mengulang 9 juzu’ lama sahaja dalam masa 4 bulan. Saya juga tidak mempunyai komitmen lain selain dari berbuat baik kepada ibu bapa. Tetapi, bagi sesiapa yang berkehendak menghafal ayat al-Quran kerana Allah, Insya Allah, Allah akan permudahkan.

Ini adalah pengalaman saya dan semoga ia dapat memberikan inspirasi pada yang lain. Berikut adalah tips yang saya amalkan;

1. BETULKAN NIAT

Ini adalah poin yang paling penting yang perlu dititik beratkan, lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya, keredhaan-Nya & untuk memperoleh syurga. Bukan sebab kawan, keluarga atau untuk menunjuk-nunjuk. Ya Allah lindungilah kami darinya. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah.

2. MULAKAN SEKARANG.

Jangan tangguh-tangguh. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan ingat kalau bertangguh, ia jadi lebih baik. Usah berikan alasan tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dan dalam menghafal Al-Quran. Saya kenal beberapa orang, yang mempunyai niat, tetapi tidak mempunyai motivasi.

Pada saya, untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besar faedah yang kita akan dapat. Percayalah, anda akan dapat banyak sangat kebaikan. Pahala juga dikira hanya dengan membaca satu huruf. Juga ada banyak kisah yang menarik dalam Al-Quran yang akan anda temui. Cuba baca Al-Quran selepas solat. Insya Allah, anda akan dapat momentum dari situ.

3. GUNAKAN MUSHAF YANG SAMA

Saya telah menggunakan mushaf yang sama sejak berumur 14 tahun. Inilah perkara yang selalu diingatkan oleh asatizah (guru-guru). Sebabnya ialah, apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan cara penulisan, warna dan hiasan dalamnya. Ini membuatkan minda anda terbiasa dengannya Insya Allah.

4. MENDENGAR PEMBACAAN AYAT AL-QURAN

Perkara ini mungkin susah, tetapi Allah boleh mempermudahkannya untuk anda: tinggalkan lagu-lagu anda, muzik pop dan rock. Dua benda yang bertentangan tidak dapat wujud dalam masa yang sama. Tetapi, sudah tentu terdapat beberapa pendapat mengenai hal ini. Adakah anda lebih suka mendengar muzik dari mendengar ayat al-Quran yang dikatakan menenangkan hati seseorang?

Saya suka mendengar bacaan surah dalam Quran yang saya sedang hafal atau surah seterusnya yang akan dihafal kemudian, saya akan ulang surah yang sama sambil melakukan kerja lain.

Perkataan tersebut akan masuk ke dalam minda kita tanpa disedari. Anda akan dapati menghafal surah menjadi lebih mudah. Saya juga akan membuka mushaf sambil mendengar bacaan Quran untuk membiasakan dengan mukasurat tersebut. Kemudian saya akan mulakan hafalan.

5. PENGULANGAN DAN PEMBAHAGIAN HALAMAN ADALAH ASAS UNTUK MENGHAFAL

Baca keseluruhan halaman beberapa kali, anda boleh memilih untuk membahagikan halaman kepada tiga atau dua bahagian. Ini bergantung kepada berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal bahagian pertama sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka hadapan sebelum anda dapati hafalan tersebut tersimpan utuh dalam ingatan.

6. PEMAHAMAN ADALAH KUNCI PENTING DALAM MENGHAFAL

Adalah sangat menyeronokkan jika anda memahami apa yang disampaikan oleh-Nya. Demi Allah, saya dapati al-Quran sangat cantik, ia boleh membawa anda ke titik terendah dan membuka anda kepada perubahan yang lebih besar. Fokus pada apa yang anda baca untuk memahami ayat tersebut. Jangan memikirkan hal lain ketika membacanya.

Muat turun aplikasi terjemahan / tafsir al-Quran dalam telefon anda. Atau boleh juga menggunakan mushaf yang mempunyai terjemahan di bahagian tepi. Ustazah saya (semoga Allah anugerahkan kebaikan kepadanya) sentiasa menasihati kita bahawa kefahaman telah menjawab sebahagian dari soalan. Jadi, dalam konteks ini, pemahaman adalah sebahagian penghafalan ayat tersebut, Insya Allah.

7. MULAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Ambil selangkah demi selangkah, Insya Allah anda akan dapati menghafal dengan konsisten lebih mudah.

8. JANGAN PUTUS ASA

Tidak bermakna jika hari ini terasa susah, esok juga akan terasa susah. Bacalah doa sebelum memulakan hafalan. Ingatlah di mana jua anda sekarang (dalam menghafal) adalah satu langkah untuk menamatkan penghafalan seuruh al-Quran. Yang penting, jangan berhenti.

9. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG TURUT MENGHAFAL

Dengan mempunyai rakan yang turut menghafal, ia boleh membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menghafal dan mengulang.

10. MERANCANGLAH

Secara asasnya, saya menghafal lebih kurang 4-6 halaman setiap hari. Untuk menghafal satu halaman, saya mengambil masa lebih kurang 30 min, bergantung pada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa 20 min untuk dihafal. Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi saya. Manakala bagi halaman yang lebih susah, saya mengambil masa 45 minit.

11. MASA YANG TERBAIK

Untuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Ustaz saya selalu menasihatkan kami untuk lebih produktif pada waktu pagi. Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya’.

12. JADILAH PRODUKTIF

Bacalah al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Secara peribadi, saya lebih suka menaiki kereta api berbanding memandu kerana masa perjalanan tersebut saya boleh isi dengan menghafal atau mengulang.

13. BAWALAH MUSHAF ANDA KE MANA JUA ANDA PERGI

Ia akan menjadi peringatan untuk anda membacanya Insya Allah.

14. JAGALAH MATA ANDA

Dari memandang atau melihat aurat berlainan jantina. Telinga anda dari mendengar gossip. Mulut anda dari berkata belakang, mengumpat dan dari semua perbuatan yang dilarang. Ustazah saya sering kali mengingatkan dan meminta kami untuk menghafal puisi Imam Syafi’ie sebagai peringatan.

Aku mengadu kepada Wakii’ (Imam Syafi’ie) mengenai ingatanku yang lemah. Dia menasihatku untuk meninggalkan dosa. Dan dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan sampai pada pendosa

15. BERTAUBATLAH

Bertaubatlah selalu, kadang kalau kita melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, dia perlulah segera bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat orang yang ikhlas, Insya Allah.

16. MINTA SESEORANG MENDENGAR BACAAN ANDA ; TASMII’

Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmii’ anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.

17. MURAJA’AH (ULANG) APA YANG ANDA TELAH HAFAL

Carilah seseorang untuk mendengar anda mengulang bacaan. Seseorang itu perlulah memperkukuhkan hafalannya dengan selalu mengulang.

18. MAKAN KISMIS & MADU

Saya tidak pasti dengan mendalam mengenai hal ini, tetapi saya diajar bahawa memakan kismis & madu dapat mengukuhkan ingatan Insya Allah.

19. TUNAIKANLAH SOLAT MALAM

Buatlah sekurang-kuranya dua rakaat, kemudian berdoalah. Ia amat membantu Insya Allah.

“Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya” – Imam Syafi’ie

20. BERDOALAH SELALU DAN HARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH

“Jangan memandang rendah kuasa doa. Ketahuilah bahawa tiada yang lebih disukai Allah lebih dari hambanya berdoa kepada-Nya.” (Tirmidhi)

Berdoalah kepada Allah agar memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut. Mohon padaNya agar dikuatkan ingatan dan mohonlah agar Allah singkirkan sifat malas dalam diri.

21. DOAKANLAH KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN

Semasa anda berdoa untuk diri sendiri, selitkan sekali doa untuk orang lain yang mungkin amat memerlukan rahmat Allah.

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang Muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, niscaya malaikat yang menjaganya berkata, “Aamiin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.” (Muslim)

22. MINTA IBU BAPA ANDA MENDOAKAN ANDA

Apabila saya mula menghafal al-Quran, saya memberitahu ibu saya akan niat tersebut & meminta ibu bapa saya mendoakan saya. Ia sangat membantu. Itu sahaja, saya harap perkongsian ini bermanfaat dalam apa sudut sekali pun meskipun sedikit. Semoga Allah permudahkan bagi anda untuk menghafal dan mengulang al-Quran dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Sunday, January 27, 2019

No pok teh ubat kanser

salam admin. tolong viralkan. benda baik kita kongsi sama2.

makngah saya mengidap kenser payudara dh lama. .. hampir kena operate. dh tahap 3...

kebetulan masa kat klinik ada salah seorg pesakit darah tinggi bagitahu makngah ada orang boleh buat ubat untuk kenser...

kami panggil pakteh jit. pakteh jit ubatkan makngah secara tradisional.

Alhamdulillah, dua kali ulang kenser makngah dh sembuh sepenuhnya. macam mana boleh tahu kenser dah hilang? makngah saya p klinik jumpa pakar. doktor pakar tu sahkan kenser makngah saya dah x ada.

kata pakteh jit kalau kenser peringkat awal tak payah ulang ubat dua kali...

jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kenser x kisah lah kenser apa pon asalkan namanya kanser, p la kat pakteh jit... jgn putus asa. usaha yg penting.😊

rumah pakteh jit kat *KG PERMATANG KERAT TELUNJUK*, bandar baharu. kedah.

note:

1. jalan nk p ke rumah pakteh jit
-kalau keluar melalui tol bandar baharu, ambik simpang hala ke serdang.

-lebih kurang setengah kilometer akan nmpak papan tanda *KG PERMATANG KERAT TELUNJUK* tepi papan tanda tu ada simpang mini tar belah kiri. masuk ikut situ...

-lepastu terus je sampai nmpak rumah bumbung kaler hijau. rumah dalam pagar.

- nak lg pasti. dekat pagar rumah pakteh jit ada tulis LOT 2198 A..

2. x payah bawak apa... semua barang pakteh jit sediakan.

3. pakteh pesan jangan makan pisang, daging kambing, ayam piru.😁

4. pengeras pakteh cuma ambik rm60.25sen.

5. no fon pakteh 0135891375.. kalau call skali x dapat cuba lg sbb kadang2 fon pakteh x ada line.😅

#sharepadayangmemerlukan
#sharingiscaring

👆🏽👆🏽 *SAYA DH CALL NO TU MMG NO PAK TEH JIT PENGUBAT SAKIT KANSER DI KEDAH.. ALHAMDULILLAH*

Friday, January 25, 2019

KENAPA WAJAH2 & BILA DISEBUT NAMA ORG ISLAM TIDAK LAGI DIGERUNI OLEH KAUM KAFIR?


BAHAGIAN 1:
         """"""""""""
Bila kita melihat AGAMA (Islam) kita pada hari ini,
*KEHEBATAN dan KEMULIAAN* Islam suatu ketika dahulu telah *LENYAP* dari pakaian-pakaian orang-orang Islam..

Orang Islam hari ni bagaikan *SEEKOR SINGA* yang berada di dalam sebuah *bingkai gambar,* sesiapa pun tidak akan takut dengan singa itu,
bahkan anak-anak kecil pun tidak akan gentar dengannya,
kerana ia hanyalah *SEKEPING GAMBAR*..
begitulah keadaan orang islam pada hari ini.....
di *FITNAH* dan terus di fitnah, di *HINA*, di *PIJAK* hingga jadi *BISU* namun *tidak mampu berbuat apa apa.* Masing2 cuba menjaga *kepentingan diri* masing2 dari harta, pangkat, kuasa dan wanitanya.

Berbeza dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w satu ketika dahulu, apabila *kaum KAFIR* *mendengar nama-nama orang Islam* saja mereka teramat takut..
Sebab Allah telah *campakkan KEGERUNAN* ke dalam *hati* orang-orang kafir terhadap para sahabat nabi s.a.w..

*KERANA APA?* .......

Kerana para sahabat telah *MEMBANTU* *AGAMA Allah*.. Mereka MENOLONG Allah menyampaikan *RISALAH TAUHID* iaitu *Kalimat Syahadah* ke seluruh pelusuk negeri, lalu Allah *TOLONG* mereka, Allah RAI kan mereka , Allah MULIAKAN mereka dan Allah sentiasa *MENANGKAN* mereka di dalam mana2 peperangan dan pertandingan......

TETAPI pada *HARI INI* Allah telah *CABUT KEGERUNAN* itu dan mencampakkannya ke dalam hati kita.... Lalu Allah gantikan dengan *KEHINAAN* dan SIFAT2 *DAYUS* & *PENAKUT,* SERTA 2 jenis *PENYAKIT* iaitu *CINTA DUNIA* & *TAKUTKAN MATI*; dan penyakit ini sama spt yg terdapat pada ORG2 KAFIR! NA'UZUBILLAH.

Mungkin ini adalah sebahagian dari *AZAB* & *BALA* serta *MUSIBAH* Allah terhadap orang-orang *ISLAM*, kerana telah meninggalkan kerja-kerja MULIA  *mengajak manusia kepada Allah*, yakni meninggalkan kerja para Nabi iaitu menyeru manusia kpd *Kalimat Tauhid*.

Dan munkin ramai di kalangan kita dah *TERLUPA* maksud kita *di LAHIR kan sebagai MUSLIM* ..... bukan disuruh  *BERBANGGA* sebagai (sudah menjadi) *Ahli Islam* (kerana sedar2 dah beragama Islam) tetapi sebenarnya *di suruh* & di *PERINTAH* kan untuk *MENGAJAK* manusia yg masih kufur agar kembali kpd Allah; dan disuruh *menyeru* kpd yang MA'RUF dan mencegah kpd yang MUNKAR.

*Tetapi apa yang kita buat?* Munkin ada yg tak buat apa2. HANYA SERONOK MELAYAN NAFSU NAFSI.

Ada yang selama hidupnya berpuluh tahun *TAK PERNAH PUN ISLAMKAN WALAU PUN SEORANG KAFIR UTK MENJADI MUSLIM!*

Jadi, kita pun bertanya apa sebenarnya kerja yang kamu sudah buat terhadap Islam agama kamu? *Islam yang menjaga kamu atau kamu yang menjaga ISLAM?*

Takkan sampai seteruk ini Islam yg dianutinya!

Apakah *Islam padanya hanya Solat, Puasa, Zakat dan Haji* semata..... dan itu sudah cukup syarat menjadikannya seorg *MUSLIM*?

Kalau benar ia sudah menjadi seorg _*MUSLIM*_ mana *MUKMINNYA* yakni IMANNYA?

*"MUKMIN & SIFAT IMAN".*

*SIFAT IMAN* ini SANGAT UNIK, bila ia berada di dalam diri sesiapa saja, secara *otomatisnya* ia akan *berkerja dan bergerak* mengajak manusia kpd TAUHID. Org beriman ini pasti TIDAK akan *BERDIAM DIRI* kerana IMAN (ASLI) yg berada dlm tubuhnya akan menggerakan RUHANI JASMANINYA *BEKERJA UTK ALLAH* kerana Allah.

*MENGAKU sahaja ADA IMAN TETAPI TIDAK BUAT KERJA NABI DAN KERJA ALLAH ADALAH "PENGAKUAN PALSU LAGI DUSTA"*. Ini termasuk dalam *SYAHADAH DUSTA*.

KERANA org MUKMIN itu *berkasih sayang* & *tidak berpecah belah* serta sentiasa *mengajak* manusia lain kpd menyembah Allah, Tuhan Maha Berkuasa.

    - *Ahli MUKMIN* - menyebarkan *SALAM* serta *menyeru* manusia *kpd agama Allah*, dan mereka tidak sayangkan harta benda dan kemegahan dunia. Dan mereka *tidak duduk DIAM* melihat manusia *MENJADI SESAT* di hadapan mata mereka.

Ini sangat BERBEZA dengan org yang mengaku menjadi *AHLI ISLAM* sahaja tp sentiasa sibuk  *mengepung* harta bendanya takut kehabisan dan kerugian.

*ISLAM* sahaja TIDAK MENJAMIN IMAN sebagaimana *IMAN itu menjamin* ISLAM!

Manusia *MUKMIN* tidak *bertapa* (berdiam diri) di dalam rumah, tetapi mereka keluar kpd manusia yang *belum BERIMAN* dan *mengajak* kpd Islam dan Iman.

Manusia Mukmin adalah *PENOLONG ALLAH* krna sentiasa mengajak manusia kpd *menyembah Allah* Tuhan Yang Satu lagi Maha Esa.

*SIKAP AHLI ISLAM YG TIDAK MUKMIN.*

PERBUATAN Ahli Islam tanpa MUKMIN ini hanya menunjukkan *SIKAP PENTINGKAN DIRINYA (SELFISH)* sendiri bukan utk menjadi *PENOLONG* kpd Allah dengan menolong *menyebarkan* Agama Tauhid ke seluruh manusia kuffar yg belum beriman!

Mereka ini hanya sibuk mengepung serta menjaga harta2nya drp kehabisan dan kerugian & bukan menggunakannya utk JIHAD dan utk menyeru manusia kpd Allah tp hanya utk kepuasan hawa nafsu sendiri!

Jd apakah yg di buat *selama HIDUPNYA* itu, *BERFOYA2 dgn harta kekayaannya*, apakah perbuatannya itu perbuatan seorg muslim ATAU pun sama spt org kafir? INI BAHAYANYA *ISLAM* TANPA *IMAN*!

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al Imran ayat 110 :

"Kamu adalah *umat yang terbaik* yang dilahirkan untuk manusia, *menyuruh kepada yang ma'ruf,*
dan *mencegah dari yang munkar,*
dan *beriman kepada Allah."*

Menurut Imam Qatadah,
Umar b Khattab R.A pernah berkata
“Sesiapa yang suka digolong dalam golongan *umat terbaik* ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini”.

Mari kita fikirkan bersama....

Cuba perhatikan ini,
Langit 1400 tahun yang lalu sama dengan langit kita lihat pada hari ini..

Bumi 1400 tahun yang lalu sama dengan bumi kita pada hari ini..

Matahari 1400 tahun yang lalu sama dengan matahari yang bersinar pada hari ini..

Al-quran 1400 tahun yang lalu sama dengan Al quran yang kita baca pada hari ini..

Tuhan yang di sembah oleh sahabat nabi s.a.w 1400 tahun yang lalu sama dengan Tuhan yang kita sembah pada hari ini..

APA YG BEZANYA?

Sahabat Rasulullah bergerak berdakwah di bawah *Nurun Nubuwwah* (cahaya kenabian), manakala kalangan kita umat akhir zaman ini tidak lagi mencontohi para sahabat Rasulullah; sebaliknya menjadikan *AQAL & NAFSU* sebagai *JURUTUNJUK,* sudah pasti kita *GAGAL* & dgn mudah ditewaskan oleh 2 jenis MUSUH:
1. Org2 Kafir
2. Nafsu dan harta dunia.

*Jadi kenapa Islam TIDAK BERMAYA pada hari ini?* Dan penganutnya menjadi *SEPI & HAMPIR BISU?*

Umat Islam sebenarnya telah kehilangan seuatu yg sangat berharga iaitulah *KEKUATAN SYAHADAH*.

FIRMAN ALLAH,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Hai orang-orang mukmin, jika kamu *MENOLONG (agama) Allah*, niscaya Dia akan MENOLONG MU dan *meneguhkan kedudukanmu*.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu *MEMBANTU (agama) Allah,* maka  Allah akan membantu kamu,
dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”
(Muhammad : 7)

Orang islam pada hari ini tidak lagi SATU FIKRAH sebagaimana fikir risau nabi ke atas umat ini,
tidak ada lagi *SATU HATI,*
tiada lagi *PERASAAN KASIH SAYANG* sesama saudara,
sedangkan nabi telah beritahu kita bahawa *ORANG ISLAM itu seumpama SATU BADAN*..
hari ini kalau tangan kita terluka, apakah kita akan membiarkan tangan itu tanpa merawatinya?

*HILANG KASIH SAYANG BERERTI KETIADAAN IMAN kerana SIFAT IMAN ITU BERKASIH SAYANG*, lalu SUBURLAH benci membenci, cemburu, hasad dengki, khianat dan permusuhan sesama muslim bila *KEHILANGAN* IMAN.

BILA *HILANG IMAN* di diri kita umat Islam, lalu Allah GANTIKAN DGN *BENCI MEMBENCI* sesama muslim, maka SUBURLAH PERPECAHAN, Na'uzubillah.

JADI, KITA HARUS *BINA* KEMBALI IMAN YANG HILANG KERANA IMAN ITU *PERMATA AGAMA*.

DI MANA IMAN ITU?
Maka IMAN itu BERADA pada *PENERIMAAN* DUA KALIMAH SYAHADAH dgn *IQRAR & TASYDIQ*.

Begitu juga kita pada hari ini bila kita tahu saudara-saudara kita yang *jauh dari agama*, apakah kita akan *membiarkan mereka terus dengan cara hidup mereka?*

Firman Allah mafhumnya,
Di mana  saja mereka berada, melainkan (mereka) yang menjalin hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia".
(Ali Imran : 112)

Ketika kita sedang asyik beribadah di dalam sebuah masjid..
tiba-tiba kita dapati rumah seseorang yang hampir dengan kita sedang terbakar, dan di dapati bahawa di dalam rumah yang sedang terbakar itu masih terdapat penghuninya yang terperangkap di dalam.. dalam  keadaan demikian apakah kita akan meneruskan ibadah-ibadah kita, atau kita meninggalkan sebentar ibadah kita dan menyelamatkan penghuni rumah yang akan terbakar itu..??

Sungguh, dengan tegas saya jelaskan disini jika kita teruskan ibadah kita dan membiarkan penghuni rumah itu mati terbakar maka kita adalah orang yang paling zalim...

Namun keadaan pada masa ini,
kita dapati ramai manusia yang berbondong-bondong *ingin membakar diri mereka dengan api neraka..*

Di sekeliling kita sekarang terlalu ramai manusia yang *tiada KALIMAH LAILAHAILLALLAH Muhammadur rasulullah,*
.... dan jika mereka mati tanpa iman, mereka akan jadi penghuni neraka selama-lamanya..

Apakah gelaran yang patut di berikan kepada KITA?

Bukankah itu adalah *KEZALIMAN* yang sangat besar apabila kita tidak mengerutkan dahi fikir risau tentang keadaan begini?

Begitu juga saudara-saudara kita yang tidak bersolat, mereka juga *berlumba-lumba masuk ke neraka....* jika kita biarkan mereka dan meneruskan amal-amal peribadi kita tanpa mengerutkan dahi kerana *FIKIR* risau akan keadaan mereka...

*Sebenarnya kitalah orang yang PALING ZALIM..* lebih zalim daripada *YAHUDI ZIONIS.*.

Nabi Muhammad saw bersabda,
"Sebaik-baik manusia itu ialah *orang yang paling bermanfaat* untuk manusia.”

JGN pula kita menjadi salah seorg yg tak bermanfaat pd Jalan Agama utk manusia lain!

Ingatlah bahawa kita ini adalah umat nabi Muhammad s.a.w,
maknanya kita adalah *UMAT DAKWAH*..
kita _*bukan umat nabi Musa a.s yang mana mereka BERIBADAH sehingga beratus-ratus tahun*_ lamanya.......

TETAPI kita adalah umat NABI Muhammad s.a.w..

KEMULIAAN umat ini adalah pada *KERJA yang sama* sepertimana yang Nabi Muhammad saw lakukan dan juga para sahabat-sahabat baginda .... Itulah kerja2 *DAKWAH* mengajak manusia kpd yg ma'ruf dan mencegah yg munkar, suatu pekerjaan yang *PALING MULIA* atas muka bumi ini.

Jadi tidak ada cara lain untuk *ISLAH UMAT* ini melainkan kita harus kembalikan kepada cara 1400 tahun yang lalu.....kerana cara itu yang  telah *TERBUKTI BERJAYA.*

Dan manusia2 ini perlu *DI TAJDID* (diperbaharui) semula Iman Islam mereka agar kembali berada di dalam Agama Islam yang syumul.

Dan bila umat ini sudah bersatu dibawah satu *PAYUNG* KALIMAT AGUNG iaitu:

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

...... barulah *BANTUAN dan PERTOLONGAN* Allah akan datang... Firman Allah mafhumnya,

*“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu MEMBANTU (agama) Allah, maka Allah akan MEMBANTU kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”*
(📕Muhammad : 7)

SELAGI UMAT INI BERPECAH BELAH DI BAWAH *PELBAGAI JENIS PAYUNG*, MAKA SELAMA ITULAH *PERTOLONGAN* TIDAK AKAN DATANG.

KERJA KITA SEKARANG IALAH MENGGERAKKAN UMAT KPD *PENGUKUHAN* DUA KALIMAH SYAHADAH.

*JGN JADI MUSLIM JIKA TIDAK KENAL KALIMAH SYAHADAH.* Kerana di situlah KEKUATAN umat Islam. ISLAM tidak terletak pada *BANGSA,* ttp adalah pada SYAHADAH sebagai *TUNJANG UTAMA*.

SYAHADAH ITU ADA *RUKUN2NYA*,  KRNA *BUKAN lah MUSLIM* jika TANPA ADA BINAAN SYAHADAH PD DIRINYA. ISLAM ITU *TERBINA* DGN 2 KALIMAT SYAHADAH.

*4 Binaan / Rukun Syahadah* utk mengesahkan Muslim & Mukmin:
1. Mengisbatkan ZAT Allah,
2. Mengisbatkan SIFAT Allah,
3. Mengisbatkan AF'AL Allah,
4. Mengisbatkan KEBENARAN Nabi Muhammad saw.

Justeru, dengan *MENGIQRARKAN* Dua Kalimat Syahadah dan di *TASYDIQ* akan Rukun Syahadah di dalam hatinya itu, maka jadilah ia seorg MUSLIM lagi MUKMIN.

JGN JADI DIRI KITA MCM *PATUNG TAK BERNYAWA* kerana TAK BERGUNA. *HANYA JADI ISLAM TP TIDAK MUKMIN*. Jadilah MUSLIM LAGI MUKMIN!

*Kembalikan KEGERUNAN2 ITU AGAR ORG2 KAFIR MERASA TAKUT DGN IMAN YG BERADA PADA HATI ORG2 MUKMIN.*

*GERAK ALAMAT HIDUP, DIAM ALAMAT MATI*.

Yakinlah dengan janji-janji Allah.....

Semoga Allah *gunakan* diri kita untuk bantu agama Allah..
ameen..

Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..

Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..

Kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w..

Semoga penerangan ini memberikan kita inspirasi dan suntikan semangat Iman dan Islam utk kembali bangun menegakkan AGAMA ALLAH yang semakin menjadi *GHAREEB* (TERASING)

Jazakallah khair.
Muhyiddin Al-Jilani.

Sunday, January 6, 2019

MENGAPA TIADA MUQADDIMAH DI AWAL KITAB SAHIH AL-BUKHARI?

MENGAPA TIADA MUQADDIMAH DI AWAL KITAB SAHIH AL-BUKHARI? SERTA MIMPI  AL-KANDAHLAWI TENTANGNYA.

Jika kita kembali melihat kepada sejarah keilmuan islam, maka kita akan dapati bahawa ilmu hadis telah mengalami rentetan sejarah yang sangat panjang.

Pada permulaan islam, penulisan hadis-hadis Rasulullah saw di dalam sebuah buku yang khusus adalah dilarang. Sebelum ianya secara rasmi telah di izinkan pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Maka mulalah para ulama menuliskan dan membukukan hadis-hadis yang mereka hafal di dalam kitab-kitab yang khusus. Lalu ianya menjadi tradisi di dalam dunia keilmuan islam.

Di antara karya yang mendapat perhatian adalah kitab himpunan hadis yang ditulis oleh imamuhaddisin yang agung bernama Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Kitab ini menjadi rujukan utama dalam dunia muhaddisin dan diakui sebagai kitab yang paling sahih di dunia setelah al-Quran.

Namun tindakan al-Bukhari yang tidak memulakan kitab karangannya dengan Hamdalah (puji-pujian terhadap Allah swt) telah mengundang isu di kalangan para pengkaji kitabnya. Kerana perbuatan ini dianggap berlawanan dengan hadis Rasulullah saw dari riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah,

كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه بالحمد لله أو بالحمد فهو أقطع
"Segala perkara penting yang tidak diawali dengan hamdalah, maka perkara tersebut terputus (dari rahmat)."

Maka para sarjana pengkaji kitab beliau telah menjawab isu ini dengan berbagai jawapan, di dalam karangan masing-masing.

Syekhul hadis Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam membahas isu ini beliau telah mengongsikan mimpi beliau bertemu imam al-Bukhari dan penjelasan Imam al-Bukhari Tentang perkara ini.

Beliau menulis didalam kitab karangannya yang bertajuk al-Abwab wat Tarajim lis Sahih al-Bukhari.

"Dan di antara peristiwa ajaib yang pernah berlaku kepada ku adalah,
Ketika mana aku sedang menunaikan ibadah haji pada tahun 1384H bersama amir jemaah tabligh Maulana Muhammad Yusuf (semoga Allah swt menyinari pusaranya, dan meninggikan darjatnya).

Aku bersafar bersama beliau selama beberapa bulan di tanah haramain (Mekkah-Madinah). Melalui keberkatan dan kemuliaan beliau aku telah mengalami banyak kejadian-kejadian, serta mimpi-mimpi yang sangat ajaib di sepanjang safar itu.

Di antaranya adalah ketika mana aku keluar dari kota Mekkah pada pagi hari sabtu 27 zulhijjah, aku terus berjalan sehingga sampai ke Badr lalu aku tinggal di sana sehari semalam, lalu pada pagi harinya aku memasuki kota Madinah al-Munawaarah, iaitu pada hari ahad 28 Zulhijah.

Ketika di Madinah, aku telah mengalami sebuah mimpi yang ajaib,
Di dalam mimpi itu seolah-olah aku sedang beriktikaf di dalam masjid nabawi, diantara pintu as-saud dan pintu umar, betul-betul bersebelahan dengan tempat yang selalu digunakan setiap hari oleh Maulana Yusuf rah. untuk memberikan bayan tentang usaha tabligh.

Dalam mimpi itu aku melihat ramai para ulama arab dan ajam telah berkumpul, mereka semua telah mendesak aku supaya aku ajarkan kepada mereka kitab Sahih al-Bukhari, lalu disebabkan kelemahanku dan kurangnya ilmuku, aku telah meminta keuzuran daripada mereka, kerana aku bukan lah orang yang layak untuk itu. Lagikan pula kedatanganku ke kota ini adalah bermaksud untuk ziarah, bukan mengajar.

Tiba-tiba aku melihat Imam al-Bukhari datang kepadaku lalu duduk di sampingku dan berkata, "Mengajarlah! Aku ada di sampingmu, aku akan membetulkan mu nanti jika perlu.
lalu aku pun duduk untuk memenuhi perintah beliau yang mulia, maka aku pun mula mengajarkan kitab itu.

Maka aku mula menerangkan isu ''mengapakah kitab Sahih al-Bukhari ini tidak dimulakan dengan khutbah, atau hamad (pujian kepada allah) atau pun selawat kepada Rasulullah saw." (ini bertentangan dengan hadis yang masyhur -"Segala sesuatu yang tidak dimulakan dengan الحمد الله maka perkara itu terputus daripada rahmat".)

Aku telah menyebutkan kesemua tujuh jawapan yang telah diberikan oleh para ulama.

1) Hadis diatas tidak memenuhi syarat al-Bukhari.

2) Perintah dalam hadis di atas adalah untuk khutbah sahaja, untuk mengubah adat jahiliyyah yang memulakan khutbah dengan syair.

3) Hadis di atas telah pun mansukh kerana ketika Rasulullah saw berkhutbah di Hudaibiyyah Rasulullah saw tidak memulakan dengan Hamdalah, bahkan memadai dengan Basmalah.

4) Al-Bukhari mengkiaskan dengan kitabuALLAH dan surat-surat Rasulullah saw yang hanya dimulai dengan Basmalah.

5) Kerana wahyu yang pertama diturunkan adalah اقرأ dan المدثر kedua-dua wahyu ini tidak mengandungi Hamdalah.

6) Al-Bukhari sengaja meninggalkannya kerana tidak mahu mendahulukan perkataannya berbanding perkataan Allah swt dan Rasulullah sesuai dengan ayat -لا تقدموا بين يدي الله و رسوله -

7) al-Bukhari memadai mengucapkan Hamdalah dengan lisannya dan tidak ditulis.

Lalu Imam al-Bukhari berkata,

Alasan sebenarnya adalah, aku tidak menuliskan kitab ini untuk tujuan dijadikan kitab, maksudnya kitab ini tidak ditulis mengikut urutan bermula dari hadis yang pertama sehingga hadis yang terakhir seperti mana kebiasaan orang menulis kitab, sebenarnya ia adalah sebuah buku himpunan hadis yang mana di dalamnya terdapat beberapa bab dan kitab-kitab yang berbeza-beza yang telah aku kumpulkan, kemudian jadilah ia sebuah kitab".

كتاب الابواب و التراجم للكاندهلوي  ج1 / ص260

Wallahuaklam .

Friday, January 4, 2019

BERHATI2... UMAT ISLAM MELAYU MESTI BACA

RBA semakin mengganas dengan dakyat propaganda berita Palsu.

Setelah kejayaan himpunan 812 khabarnya DAP telah menambah cbertrooper utk propaganda dan dakyah.
BERHATI-HATI, UMAT MELAYU ISLAM MESTI BACA

PERINGATAN: Red Bean Army KAFIR DAP sedang bergerak ke blog-blog dan FB-FB yang menetang KAFIR DAP menggunakan nama MELAYU untuk dilihat orang Melayu LAWAN Melayu, Islam LAWAN Islam, itu strategi RBA KAFIR DAP

RBA dibayar RM3,000- 7,000 sebulan demi menghancurkan Islam dan Melayu, bilangan mereka semakin ramai, Cina Kafir berkerja siang malam bermula PRU-12 lagi tapi kini RBA makin kuat, makin ramai, MAKIN TERANCANG. mereka dipecah mengikut zon dan negeri, mana-mana blog dan fb yang kuat memperjuangkan Melayu akan diserang habis-habisan

INGAT: Topik utama serangan ialah Pas-Umno, NGO-NGO Islam seperti ISMA, KENAPA? kerana kesatuan UMMAH Melayu dan Islam di antara PAS, UMNO, NGO-NGO Islam akan merosakkan dakyah KAFIR DAP. Mereka amat takut Islam bersatu kerana Melayu 60% dalam negara, Cina hanya 20%, India hanya 7%.

JIKA UMAT MELAYU BERSATU, KEKUATAN DAP menjadi tiada makna langsung, DAP KUAT hanya dgn mempergunakan Melayu Liberal dan yg Jahil Agama

Kafir DAP amat takut penyatuan Melayu Islam kerana boleh menyebabkan melayu Islam dalam PAKATAN HARAPAN sendiri akan turut serta jika DIGERAKKAN ATAS NAMA PENYATUAN ISLAM Melayu.

Sebab itu strategi serangan mereka hanya seolah-olah kepada isu politik PAS dan UMNO. Seolah-olah hanya isu INTEGRITI dan RASUAH, Isu Najib, isu Rosmah, walhal hingga sekarang tiada satu pon mahkamah putuskan diaorg bersalah, masih jauh

ISU UMNO HILANG KUASA dan mahu kuasa kembali dgn cetus perkauman, ini semua strategi KAFIR DAP LAKNATULLAH

Itu hanya strategy KABURI Umat Melayu Liberal dan yg jahil agama

Bila Umat Islam sedar, Lihat lah perubahan dan U-turn dalam Pakatan Harapan sendiri, Lihat lah bagaiman PPBM syed saddiq yg berpaling tadah daripada kafir DAP bila ICERD jelas mampu hancurkan ISLAM dan Melayu. INi mereka sangat takut

Ini Sumber Dalaman DAP yg sah dan pemimpin DAP sendiri mengesahkan perkara ini

SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN"

Sunday, November 4, 2018

Fakta Al Quran

*SOALJAWAB FAKTA MENGENAI AL QURAN*

01-T : Berapa jumlah Surah dalam Al-Qur'an?

01-J : *114 Surah*

02-T : Berapa jumlah Juz dalam *Al-Qur'an?*

02-J : *30 Juz*

03-T : Berapa jumlah Hizb dalam *Al-Qur'an?*

03-J: *60 Hizb*

04-T: Berapa jumlah Ayat dalam *Al-Qur'an?*

04-J: *6236 Ayat*

05-T : Berapa jumlah perkataan dalam *Al-Qur'an?*, dan Berapa Jumlah Hurufnya?

05-J: *Jumlah perkataan 77,439 dan 320,670 Huruf*

06-T : Siapa Malaikat yang disebut dalam *Al-Qur'an?,*

06-J : *Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun, HamalatulArsy, dll.*

07-T : Berapa Jumlah ayat Sajdah dalam *Al-Qur'an?*

07-J : *15 Sajdah*

08-T : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dalam *Al-Qur'an?*

08-J : *25 Nabi*

09-T : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam *Al-Qur'an?*, sebutkan.

09-J : *28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.*

10-T : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam *Al-Qur'an?* sebutkan.

10-J : *86 Surat*, selain surah tersebut di  atas.

11-T : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dalam *Al-Qur'an?*

11-J : *29 Surah.*

12-T : Apakah yg dimaksud dengan *Surah Makiyyah?,* sebutkan 10 saja.

12-J : *Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.*

13-T : Apakah yg dimaksudkan  dengan *Surah Madaniyyah?*

13-J : *Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah selepas Hijraturrasul*

14-T : Siapakah nama para Nabi yg disebut dalam *Al-Qur'an?*

14-J : *Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,  Muhammad Saw.*

15-T : Siapakah satu-satunya nama wanita solehah yang disebut namanya dalam *Al-Qur'an?*

15-J : *Maryam binti Imran.*

16-T : Siapakah satu-satunya Sahabat yang disebut namanya dalam *Al-Qur'an?*

16-J : *Zaid bin Haritsah. Rujuk dalam surah Al Ahzab ayat 37.*

17-T : Apakah ayat dalam *Al-Qur'an* yg pertama kalil diturunkan?

17-J : surah al alaq ayat 1-5
*( إقرأ باسم ربك الذي خلق)*

18-T : Apakah ayat terakhir yg diturunkan dalam *Al-Qur'an?*

18-J : ayat 3 surah al maidah 
*أليوم أكملت لكم دينكم وأ تممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا)*

19-T : Apakah nama Surah yg tanpa *Basmalah?*

19-J : *Surah at-Tawbah (baro'ah).*

20-T : Apakah nama Surah yang memiliki *dua Basmalah?*

20-J : *Surah al-Naml.*

21-T : Apakah yg disebut *surah al-mu'awidzatain (2 surah penjagaan)?*

21-J : *Surah Al-Falaq & An-Naas.*

22-T : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat *Al-Qur'an?*

22-J : *Surah al-Kafirun.*

23-T : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga *Al-Qur'an?*

23-J : *Surah al-Ikhlas*

24-T : Apakah nama Surah yang menyelamatkan pembacanya dari *siksa Qubur?*

24-J : *Surah al-Mulk*

25-T : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada *hari Jum'at* akan menerangi pembacanya sepanjang minggu?

25-J : *Surah al-Kahfi*

26-T : Apakah ayat yg *paling Agung* dan dalam Surah apa dalam Al Quran?

26-J : *Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat 255*

27-T : Apakah nama Surah yang *paling Agung* dan berapa jumlah ayatnya?

27-J : *Surah al-Fatihah, 7 ayat.*

28-T : Apakah ayat yang menyatakan  *tentang amalan baik & munkar* dan dalam surah apa?

28-J : Firman Allah Swt :"Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan dilihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan dilihat.. *(Surah al-Zalzalah ayat 7-8)*

29-T : Apakah nama Surah yg ada *dua sajdahnya?*

29-J : *Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.*

30-T : Pada perkataan apakah pertengahan *Al-Qur'an* itu di Surah apa? ayat no Berapa?

30-J ::  *وليتلطف* Surah -Kahfi ayat No. 19

31-T : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dapat *menghantar pembacanya* masuk ke dalam syurga?

31-J : *Ayat Kursi*.

32-T : Ayat apakah yg *diulang-ulang sebanyak 31 kali* dalam satu Surah dan di Surah apa?

32-J: Ayat *(فبأي آلاء ربكما تكذبانِ)* pada Surah al-Rahman.

33-T : Ayat apakah yg *diulang-ulang sbyk 10 kali* dlm satu Surah dan surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lain? Dan Surah apa?

33-J : Ayat *(ويل يومئذ للمكذبين)* pada Surah al-Mursalat, juga dalam Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

34-T : Apakah Ayat terpanjang dalam *Al-Qur'an?* pada Surah apa? Ayat berapa? Dan apa yang dibahas?

34-J: *Ayat No 282 Surah al-Baqarah,* membahas mu'amalah sesama manusia dalam urusan  kewangan & hutang piutang

---------------------------------------

*Bermesra lah dengan Al Qur'an* sebagaimana mesranya kita dgn dompet & hp kita selama ini,  dekatkanlah diri degan al quran sedekat kita dengan pasangan, anak-anak dan teman-teman kita setiap hari.

*Bersahabat lah dengan Nya...* kerana *Al Qur'an* tidak akan meninggalkan kita sebagai sahabat ketika yang lain berpaling dari kita, dia akan datang sebagai *syafaat* bagi sahabat2 nya di akhirat kelak.

*Viralkan kepada semua saudara kita semoga menjadi ilmu yang bermanfaat*