Sunday, November 29, 2015

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu
bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tiba, tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala.

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab
yang boleh memufliskan?

�� Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya.
Semoga bermanfaat.
Amiin...

AL QURAN TEMAN KITA DI DALAM KUBUR.

Ustaz Dusuki @ikim.fm
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
~ Jangan sekali kali tinggalkan Al-Quran...
Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
Rumah yang dibacakan al Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali Malaikat.
~ Jika mati orang yg suka baca Al Quran , cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit & Malaikat-Malaikat akan tahu, ooo, mati sudah si pembaca al Quran ini, mari kita solatkan rohnya.
~ Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah lembut dengan mayatnya.
Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
JANGAN tinggalkan al Quran.
JANGAN tinggalkan al Quran.
~ Azab kubur bermula ketika mayat tidak dapat menjawab soalan-soalan Malaikat.
Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak-anak dan sahabat- sahabat yg soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur. (Ketahuilah bahawa anak yang bermanfaat dan diterima doanya, hanyalah dari anak yang soleh sedang sahabat - sahabat yang soleh solehah boleh memberikan syafaat kepada sahabat- sahabat nya pula. Sebab itu setiap diri mesti berusaha menjadi kan dirinya diri yang soleh Solehah).
~ Semasa mayat itu duduk ia akan sedar.." ohh...aku dah meninggal dah..."
Pesanan terakhir Ustaz , sebelum mati tolong pastikan sekurang kurangnya ada Surah Al Mulk di dalam dada kita.
In sya Allah. Aamin
Celakalah org yg tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Di dalam kubur Al Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yg dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.."Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga".
Selepas itu baru lah Al-Quran akan melepaskan mayat kepada dua Malaikat yg akan menyoal (Munkar Nankir)
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa.

Wednesday, November 25, 2015

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam
kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~
Baca pelan2" A L L A H " ........, Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASA-Mu ........ Lindungilah Rumahku,keluargaku & orang2" tercinta ........ Amin ,,,,

Tuesday, November 24, 2015

Balasan yang disedari dan yang tidak disedari...

Balasan yang disedari dan yang tidak disedari...

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya: "Mengapakah apabila kita banyak melakukan maksiat kepada Allah, tetapi Allah tidak menimpakan balasanNya ke atas kita dengan segera?"

Gurunya menjawab: "Allah telah menimpakan balasanNya, tetapi engkau yang tidak menyedarinya..!".

"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!

Tiada balasan yang lebih berat ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "hati yang keras".

Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Al-Qur'an selama beberapa hari?

Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi: "Jika Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" (Surah Al-Hasyr: 21)

Engkau mendengar ayat ini, tetapi engkau tidak merasakan apa-apa...!!!

Bukankah berlalu beberapa malam, tetapi engkau terhalang daripada bangun qiyamullail?

Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah.

Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....

Adakah balasan yang lebih berat dan segera dari semua ini?

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya?

Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

Adakah balasan yang lebih berat dan segera daripada ini semua?

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara sia-sia, yang tiada kaitan dengan dirimu?!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat, dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk balasan yang Allah timpakan ke atas dirimu.

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana balasan yang paling ringan yang Allah timpakan: "Balasan yang boleh disedari seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah, balasan yang tidak disedari iaitu "balasan di dalam hati."

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Sunday, November 22, 2015

Marah PENCIPTA??

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu
pulang dan diberikannya kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

     Syaqiq pun bertanya kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual tembikai? Pembeli tembikai? Penanam tembikai? Atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya, "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini! Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

     Menangislah isteri Syaqiq, lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Semoga mendapat iktibar dari kisah ini. InsyaAllah.

~SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN~

Saturday, November 21, 2015

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga  tua juga masuk ke kawasan masjid, saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor. Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih. Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung. Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid, tekaan hati saya. Ketika saya berwuduk di kolah masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan cebok yang telah tersedia. Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah, sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu, moga ia memanfaatkan.
MasyaAllah, Tabarokallah.
Saya pula yang terasa malu, tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung, "Dimana masjid saya singgah, yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok, bekal untuk mati, tak mampu nak sedekah yang lain."

Iktibarnya...
Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk, bayangkan ganjarannya. Berapa ringgit sangat sebuah cebok air. Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik, yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah dorongkan. Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia, tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata manusia.

Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak. Saya nak ajak anda semua, jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf. Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat. Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi, atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air, atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid, atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu, sebuah penyodok sampah, atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan. Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah, mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit, apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga, atau malas nak fikir.  Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid, suaru atau musolla, walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan... . .

Thursday, November 19, 2015

[Jagalah SOLATmu, semoga Allah MENJAGAmu]

اعلم أن الأمر بالمحافظة على الصلاة أمر بالمحافظة على جميع شرائطها، أعني طهارة البدن، والثوب، والمكان،

KETAHUILAH bahawa Penciptamu telah memerintahkanmu agar MENJAGA SOLAT. Sesungguhnya perintah agar MENJAGA SOLAT itu merangkumi usahamu MENJAGA segala SYARAT-SYARATNYA seperti SUCI TUBUH BADAN, SUCINYA PAKAIAN, SUCINYA TEMPAT SOLAT.

والمحافظة على ستر العورة، واستقبال القبلة، والمحافظة على جميع أركان الصلاة، والمحافظة على الاحتراز عن جميع مبطلات الصلاة ، سواء كان ذلك من أعمال القلوب أو من أعمال اللسان، أو من أعمال الجوارح،

Perintah tersebut juga merangkumi arahan MENJAGA  SOLATmu dengan MENUTUP AURAT, MENJAGA segala RUKUN-RUKUN SOLAT, MENJAGA diri daripada melakukan perkara yang MEMBATALKAN SOLATMU yang berpunca daripada amalan-amalan HATI, amalan-amalan LISAN, atau amalan-amalan ANGGOTA BADAN.

وأهم الأمور في الصلاة رعاية النية ؛ فإنها هي المقصود الأصلي من الصلاة، قال تعالى : ( وأقم الصلاة لذكري  ) [طه : 14] فمن أدى الصلاة على هذا الوجه كان محافظا على الصلاة وإلا فلا.

Perkara yang paling UTAMA yang perlu dipelihara ialah NIAT, kerana MENJAGA NIAT adalah matlamat UTAMA PENSYARIATAN SOLAT. ALLAH Subhanahu Wata’ala berfirman “ dan DIRIkanlah solat UNTUK mengingatiKU” Surah Toha: ayat 14. Maka sesiapa yang mendirikan SOLAT semata-mata MENGINGATI ALLAH maka dia telah MENJAGA SOLATnya. Jika seseorang itu tidak MENJAGA perkara-perkara tersebut seolah dia tidak MENJAGA SOLATnya.

فإن قيل : المحافظة لا تكون إلا بين اثنين، كالرعاية، والمزارعة، فكيف المعنى هاهنا؟

Jika dikatakan MENJAGA dan PENJAGAAN itu memerlukan penglibatan antara DUA PIHAK. Contohnya: ibu yang MENJAGA anak dan petani yang MENJAGA tanamannya.  Apakah hakikat PENJAGAAN SOLAT yang disebutkan itu?

والجواب من وجهين :

Jawapan terhadap persoalan ini boleh difahami dari dua dimensi:

أحدهما : أن هذه المحافظة تكون بين العبد والرب، كأنه قيل له : احفظ الصلاة ليحفظك الإله الذي أمرك بالصلاة ، وهذا كقوله : ( فاذكروني أذكركم  ) [البقرة : 152] وفي الحديث : " احفظ الله يحفظك  " .

 

Dimensi Pertama: PENJAGAAN ini melibatkan antara TUHAN dengan HambaNya. Seolah-olah perintah ALLAH kepada hambaNya : “ JAGALAH SOLATmu agar engkau DIJAGA oleh TUHAN yang MEMERINTAHKANmu untuk melakukan SOLAT. Ianya seumpama ARAHAN dalam firmanNya :” (hendaklah kamu) MENGINGATI AKU, maka AKU AKAN MENGINGATImu” Surah Al-Baqarah: ayat 152. Arahan seperti ini juga telah disebutkan oleh Nabi dalam hadithnya “JAGALAH (hubunganmu dengan) ALLAH, maka DIA akan MENJAGAmu”

الثاني : أن تكون المحافظة بين المصلي والصلاة ، فكأنه قيل : احفظ الصلاة حتى تحفظك الصلاة، واعلم أن حفظ الصلاة للمصلي على ثلاثة أوجه :

 

Dimensi Kedua: PENJAGAAN ini melibatkan antara PELAKU SOLAT dan SOLATnya. Seolah-olah ALLAH memerintahkan hambaNya “ JAGALAH SOLATmu agar SOLATmu MENJAGAmu”

Bagaimana SOLAT MENJAGA orang yang MENJAGA SOLAT? SOLAT MENJAGA PELAKUNYA dengan 3 cara.

 

الأول : أن الصلاة تحفظه عن المعاصي، قال تعالى : ( إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر  ) [العنكبوت : 45] فمن حفظ الصلاة حفظته الصلاة عن الفحشاء .

Pertama: SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada melakukan MAKSIAT.

ALLAH berfirman: “sesungguhnya solat itu MENCEGAH  kejahatan dan kemungkaran” Surah An-Ankabut: ayat 45.  SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

 

والثاني : أن الصلاة تحفظه من البلايا والمحن، قال تعالى : ( واستعينوا بالصبر والصلاة  ) [البقرة : 153] وقال تعالى : ( وقال الله إني معكم لئن أقمتم الصلاة وآتيتم الزكاة  ) [المائدة : 12] ومعناه : إني معكم بالنصرة والحفظ إن كنتم أقمتم الصلاة وآتيتم الزكاة .

 

Kedua: Sesungguhnya SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada MALA PETAKA.

Allah berfirman: “dapatkanlah BANTUAN dengan bersabar dan berSOLAT” Surah Al-Baqarah; ayat 153.

Allah berfirman:” Allah berkata Sesungguhnya AKU bersama-sama kamu jika kamu MENDIRIKAN SOLAT dan menunaikan zakat” Surah Al-Maidah: Ayat 12.

 

والثالث : أن الصلاة تحفظ صاحبها وتشفع لمصليها، قال تعالى : ( وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة وما تقدموا لأنفسكم من خير تجدوه عند الله  ) [البقرة : 110] ولأن الصلاة فيها القراءة، والقرآن يشفع لقارئه، وهو شافع مشفع ، وفي الخبر : " إنه تجيء البقرة وآل عمران كأنهما غمامتان فيشهدان ويشفعان  " وأيضا في الخبر : " سورة الملك تصرف عن المتهجد بها عذاب القبر وتجادل عنه في الحشر وتقف في الصراط عند قدميه وتقول للنار : لا سبيل لك عليه  " والله أعلم.

 

Ketiga: Sesungguhnya SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT dengan memberi SYAFAAT kepada pelakunya.

Allah berfirman:” DIRIKANLAH SOLAT dan tunaikanlah zakat, apa sahaja amalan baik yang kamu lakukan akan kamu mendapat (ganjaran kebaikan) di sisi ALLAH” Surah Al-Baqarah: Ayat 110.

Sesungguhnya SOLAT itu merangkumi perbuatan membaca Al-Quran. Al-Quran pula akan memberi SYAFAAT kepada pembacanya.

Ada hadis yang menceritakan “ Sesungguhnya Al-Baqarah dan Al-Imran akan datang pada hari kiamat seolah-olah ianya umpama dua gumpalan awan. Mereka berSAKSI dan memberi SYAFAAT.

Hadis yang seumpamanya juga mengisahkan “bahawa Surah Al-Mulk akan MELINDUNGI orang yang membacanya ketika bertahajjud daripada AZAB KUBUR. Surah AL-Mulk akan menjadi PEGUAMBELA bagi pihaknya pada hari kiamat. Surah Al-Mulk juga akan menemaninya ketika melalui TITIAN SIRAT dan berkata “tiada ruang bagi engkau wahai (TITIAN SIRAT) untuk  engkau MENGGAGALKAN dia daripada MELEPASI TITIAN INI”

 

Wallahua’lam.

Sumber Asal: Salin dan Tampal Dalam Group Whatsapp.
Terjemahan Oleh: Hamba ALLAH.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah agar kita tergolong dalam golongan yang MENJAGA SOLAT.
Aamiin.

ADAB MEMAKAI 'IMAMAH (SERBAN)

Telah di sebutkan di dalam Kitab Al-Adab yang telah dihimpunkan oleh Sayyid Muhammad Amin bin Idrus, iaitu hasil daripada himpunan adab yang telah beliau pelajari daripada Al-'Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith, bahawasanya memakai imamah itu ade beberapa adab :

1. Warna imamah yang terlebih utama adalah berwarna putih.

2. Apabila memakai imamah, hendaklah berserta 'adzabah yakni hujung imamah dibiarkan tergantung (ekor serban). Ukuran paling sedikit ekor serban ialah empat jari, pertengahannya sejengkal, dan yang paling panjang ukuran ekornya ialah satu dziro' atau setengah meter/sehasta.

3. Memakai imamah ketika akan solat, kerana solat memakai 'imamah lebih afdhol dari 70 solat tanpa imamah. (Sila rujuk Bughyatul Mustarsyidin, Kanzul 'Ummal).

4. Niat memakai dengan niat agar mendapat doa para malaikat.

5. Menjaga kebersihan imamah serta mewangikannya.

6. Niat yang baik ketika memakai seperti mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dan untuk menambah sifat lemah lembut pada diri, kewibawaan dan kemuliaan.

7. Memakai imamah atau serban dalam keadaan posisi berdiri. Hal ini kerana diriwayatkan dari sebahagian ulamak memakai imamah dalam keadaan duduk merupakan salah satu daripada asbab dapat kepapaan atau kemiskinan. (SIla rujuk Taalim Mutaalim).

8. Apabila hendak melepaskan atau membuka imamah hendaklah dilepaskan secara tertib, perlahan-lahan seperti memakainya.

9. Membaca ayat kursi ketika memakainya.

10. Hendaklah memakai imamah sebagai tanpa perbezaan antara Muslim dan orang-orang kafir.

11. Ukuran panjang imamah hendaklah tidak lebih dari tujuh hasta atau 3,5 meter dan lebih utama tidak melebihi batas ukuran badan dan tingkat ilmunya. (Walaubagaimanapun terpulang kepada tarbiah guru kerana masing-masing ada kaedah yang tersendiri).

12. Niat juga memakai imamah untuk mencontohi para malaikat. (Sila rujuk Jauhar Mauhub wa Munabbihatul Qulub)

Wednesday, November 18, 2015

Satu kisah yg boleh dijadikan iktibar - satu catatan Razak Ahmad

14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari..

Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tp x mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sbb kAkak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku x nak susahkan dia.. aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tp sedih sebab x ada family dtg melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy... sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. mcm mcm lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nk cerita lagi.. Pasti aku akan menangis.. 

Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nk pergi beli barang.. Excitednya.. Plg aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sblm masuk upsi.. Aku nk belajar betul2.. Nk dpt first class.. X nk bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 x perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku x akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb x ada org nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lg Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape x kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai.. Bila x ada parent.. Mcm ni lah.. X ada org nak uruskan.. Nk tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah... Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan x boleh memiilih.. Kalau memilih... Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mrk pun x cukup makan .. Sbb tu mrk marah.. Aku sayang mrk.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku x dimanjakan.. Aku x dimewahkan.. Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangam hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..

setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata "mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sbb x dpt jd doktor.. adik x minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi".. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak ...

jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau x ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..
Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yg pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..

kamu boleh menangis.. tetapi sampai bila?.. kamu boleh bersedih.. tapi dimana penghujungnya? sampai bila mahu sedih.. hargai lah setiap saat yang ada.. setiap saat itu peluang untuk kita mengejar cita cita kita.. untuk menjadi seseorang.. menggapai impian kita.. mungubah takdir yang kita tangisi..
daripada saya menangis.. lebih baik saya tersenyum.. daripada mengenang masa lalu.. takdir yang saya tak boleh pilih.. lebih baik saya melangkah maju kehadapan..

melangkahlah wahai sahabat.. dihadapan ada sesuatu yang indah.. life is wonderful..

Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq

10 wasiat imam syahid hassan albana

Sekadar ingatan sebelum pergi menemui ilahi: 

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna...
(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday, November 16, 2015

Aku sayang mak aku

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata 
#aku copy sbb aku syg mak aku...i love u mak.

Friday, November 13, 2015

Contoh pelaburan yang baik

Anda Nak saya tunjukkan pula bagaimana bagaimana pinjaman 2 buah Rumah dan ASB 200K Berjumlah Lebih kurang RM700K dengan komitmen bulanan sama seperti sebuah rumah yang berharga 50K dengan komitment bulanan hanya RM300 dan siap ada simpanan RM200K dan untung ratusan ribu Dari property appreciation. Orang yang bergaji RM3000 pon mampu untuk untuk lakukan��SAYA TAHU RAMAI ORANG CARI TEKNIK INI.Saya Akan dedahkan. Di FB ni Saya Ada 5000 friends, 25,000 follower. Cukup 2000 like @ menunjukkan minat nak tau, baru saya tulis sbb saya tak mau tulisan ini sia-sia sebab mungkin akan merubah ribuan orang di luar sana bila baca status ini. Esok pagi saya akan dedahkan Rahsia ini. ✌��️cukup 2000 like baru saya edit status ini kepada step untuk melakukannya.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Terima Kasih kerana menunggu. Terima lah coretan Teknik seperti yang saya janjikan. Share lah status ini jika anda rasa ia bermanfaat.��BACA DENGAN TELITI , mungkin status ini memberi sesuatu yang berharga untuk anda. ��
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1. Kepada yang baru bekerjaya buat dulu pinjaman ASB 200K dan commit setiap bulan RM1200. Seboleh-bolehnya jangan commit dengan pinjaman kereta terlebih dahulu. Selepas 3 tahun dapat dividend compounding + value pinjaman bila surrender pinjaman = RM60K. (Telah ada capital untuk beli rumah).

2. Beli Rumah pertama target untuk disewakan terlebih dahulu. Beli rumah yang berharga RM150K dan cari rumah di kawasan berpotensi tinggi untuk sewaan seperti kawasan industri @ berhampiran institusi pengajian tinggi. Pengalaman sy di institusi pengajian tinggi. Bayaran installment rumah Ini ialah RM750.Keluarkan sedikit modal untuk setup rumah tersebut fully furnish, kos Jgn melebihi 6 bulan nilai target sewaan. Buat sedikit hiasan supaya rumah nampak menarik dan kemas.Walaupon pada masa itu market sewaan sekitar Cuma RM700, Saya berjaya sewakan RM1350 sebulan. RM1350 - RM750 installment rumah = RM600 +ve cash flow Setiap bulan.

3. Buat Tenancy Agreement dan duit sewaan dikreditkan ke dalam akaun. Saya menggunakan kaedah bayaran sewaan lump sum untuk satu Rumah seramai 9 orang untuk 1 semesta. RM150 x 9 orang x 6bulan = RM8100. Bayaran di ambil selepas pelajar menerima duit PTPTN @ biasiswa JPA bagi kemudahan mereka. Dengan Tenancy Agreement tersebut Saya dah meningkatkan pendapatan saya.

4. Selepas 3 bulan, Saya beli Rumah kedua yang berharga RM364K under construction yang dijangka siap lagi setahun lebih. dengan installment bulanan RM1400++ bila siap. So Kena commit dahulu progressive payment lebih kurang 1 tahun.Bagaimana pinjaman Ini boleh diluluskan? Saya ambil contoh gaji bersih Cuma RM2500 + RM1350(tenancy agreement) = RM3850. Kelayakan pada waktu ini adalah DSR 70%. 70% x RM3850 = RM2695 . Komitmen Rumah pertama RM750 + Rumah kedua RM1400 = RM2150. DSR = 55%

5. Bila pinjaman rumah kedua diluluskan, terus buat semula pinjaman ASB 200K semula dengan komitmen bulanan RM1200. Kiraan DSR pada masa ini 87%, had allowable DSR 80%, bagaimanapon pinjaman Boleh diluluskan dengan mitigation yang dibuat atau upfront payment seperti 3 bulan contohnya. Boleh juga buat pinjaman ASB sebelum membeli rumah, jika cukup setahun, dividend akan diambil sebagai income, jika tidak cukup, mitigation Akan dibuat untuk meluluskan pinjaman rumah akan datang. Untuk pinjaman ASB ini ada 2 kaedah samaada terus bayar lump payment setahun RM14500 @ commit secara RM1200 bulanan selama setahun.

6. Akhir tahun ASB akan dapat dividend, saya ambil purata 8% = RM16000.

7. Rumah kedua pada waktu ini sudah mula bayar installment RM1400. RM1400 x 12bulan = RM16800. Dividend yang Ada pada ASB RM16000 cukup untuk bayar setahun installment rumah. * RM800 pejam mata je". Maknanya waktu ini komitmen pada rumah kedua sudah hilang. Rumah Ini untuk kegunaan sendiri.

8. Pinjaman ASB bayar seperti biasa RM1200 sebulan. Bagaimanapon masih ada +ve cash flow RM600 dari sewaan rumah pertama. Jadi wang poket Kita yang perlu keluar pada waktu ini cuma RM600 sahaja.

9. Gunakan faedah pengeluaran bayaran bulanan perumahan dari EPF AC 2 sebanyak RM3600 setahun dan buat instruction untuk kreditkan ke akaun RM300 sebulan. PADA WAKTU INI KOMITMEN SEBENAR KITA CUMA RM300 SEBULAN yang perlu keluar poket kita��

10. Ulangi proses yang sama untuk tahun-tahun berikutnya.

11. Sampai tempoh 25 tahun kita Akan terima Sijil ASB RM200K yang telah habis dibayar.

12. Kita ada dua buah rumah pada waktu ini yang pasti Akan berlaku kenaikan harga hingga ratusan ribu ringgit. Kalau nak jual satu boleh tak? Boleh kan Kalau kita nak. Gaji kita pon pasti naik pada waktu ini untuk pergi kepada pelaburan-pelaburan seterusnya. Bila anda disiplin & force diri, anda mampu lakukan semua ini. Jangan jadikan alasan Gaji tidak besar sebagai penghalang, Gaji besar adalah kelebihan. kita yang mengaturkan masa depan kita sendiri. Semoga yang membaca article dapat Manfaat dari apa yang saya coretkan.��.

➡️Terima Kasih Kerana sudi membaca hingga habis. Bagi yang rasa cara ini tidak sesuai untuk anda atau tidak berguna, tinggalkanlah ,mungkin ramai lagi orang yang perlukan ilmu ini yang mungkin sesuai dengan mereka✌��️

_____________________

Tak tahu pada sapa nk credit artikel ni...nmpk menarik...
Terima kasih kpd tuan punya artikel..

Wednesday, November 11, 2015

10 mutiara yg diambil oleh jibrail setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW

Sewaktu baginda Rasulullah S.A.W gering...terlontar satu soalan pada Jibril a.s
"Wahai Jibril as ...Adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?"
"Masih lagi Ya Rasulullah...ku turun ke bumi utk mengambil 10 Mutiara  hidup peninggalan mu....
Lalu Baginda s.a.w. bertanya kembali; “Mutiara apakah yang kau akan ambil ?
Jibril a.s. menjawab:
(الأَوَّلُ) أَرْفَعُ البَرَكَةَ مِنَ الأَرْضِا


1.     Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah barakah
2.     Mutiara Kedua yang akan ku ambil dari bumi adalah rasa cinta dari hati manusia :
( وَالثََّانىِ) أَرْفَعُ المَحَبَّةَ مِنْ قُلُوْبِ الخَلْقِ
3.     Mutiara Ketiga yang akan ku ambil dari bumi ini adalah rasa kaseh sayang diantara keluarga
(وَالثََّالِثُ) أَرْفَعُ الشُّفْقَةَ مِنْ قُلُوْبِ الأَقاَرِبِ
[ ya'ani rasa kaseh sayang antara keluarga semakin menipis. ]
4.     Mutiara ke Empat yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah keadilan di hati pemimpin :
(وَالرَّابِعُ) أَرْفَعُ العَدْلَ مِنَ الأُمَراَءِ
5.     Mutiara Kelima yang akan ku ambil dari bumi ini adalah :
(وَالخاَمِسُ) أَرْفَعُ الحَياَءَ مِنَ النِّساَءِ
rasa malu dari wanita-wanita
6.     Mutiara Ke Enam yang akan ku ambil dari bumi adalah :
(وَالسَّادِسُ) أَرْفَعُ الصَّبْرَ مِنَ الفُقَراَءِ
rasa sabar orang-orang fakir
7.     Mutiara Ketujuh yang akan ku ambil dari bumi adalah :
(وَالسَّابِعُ) أَرْفَعُ الوَرَعَ وَالزُهْدَ مِنَ اْلعُلَماَءِ
ya'ani wara' dan zuhud dari para ulama.
[ Wara' adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas.
8.     Mutiara Kelapan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
(وَالثََّامِنُ) أَرْفَعُ السَّخاَءَ مِنَ الأَغْنِياَءِ
dermawannya orang kaya.
9.     Mutiara Kesembilan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
(وَالتَّاسِعُ) أَرْفَعُ القُرْآنَ
mengangkat al-Qur’an.
[ ya'ani menghilangkan ruh al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan.]
10.   Dan yang terakhir, mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah iman.
(العاَشِرُ) أَرْفَعُ الإِيْماَنَ
[ Ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara lainnya.]

Tuesday, November 10, 2015

Tongkat

Memakai tongkat merupakan Sunnah Baginda Habibuna Saw dan Sunnah Para Nabi A.s.. Mungkin segelintir masyarakat memikirkan memakai tongkat ini tanda keuzuran dan melambangkan usia sudah Tua hingga ia merasa malu untuk memakai tongkat sedangkan memakai tongkat Sunnah Para Nabi A.s dan tanda orang beriman yg mengikuti Sunnah...Di dalam Kitab As-Suyuti Ibnu Abbas R.a meriwayatkan "Bertongkat adalah tanda org Beriman dan Sunnah Para Nabi.."..Antara jenis tongkat Baginda Saw ialah mikhsharah, kadhib dan Al 'Anazah....

Di dalam Kitab Bustanul Arifin karangan Imam Nawawi rah. menceritakan Imam Syafie rah. bila masuk umur 40 tahun memakai tongkat..Orang ramai bertanya "apakah tuan imam ada sakit?"..tidak jawab Imam Syafie rah..Orang ramai pun bertanya lagi kenapa Tuan Imam memakai tongkat? Imam Syafie rah. menjawab "saya memakai tongkat Untuk Ingatkan Saya Perjalanan Saya sudah hampir tamat"..ada juga di waktu yg lain Imam Syafie rah. bila di tanya Beliau menjawab "Biarlah aku sentiasa ingat yg aku kini sedang berjalan menuju Akhirat".... Subhanauloh....

Umur kita semakin meningkat sedang berjalan menuju Akhirat namun kita masih leka dari membuat persiapan...Tidak mahu memikirkan kehidupan Akhirat sedangkan Alim Ulama kita setiap saat memikirkan Akhirat...
Ulama' menganjurkan memakai Tongkat pada Usia menjelang 40 tahun...Agar semakin ingat dengan Akhirat..Supaya bertambah rendah diri dan hilang kesombongan dan kemegahan diri...sebagai yg di contohkan oleh Imam Syafie rah...

Semoga kita semua dapat mencontohi keperibadian Nabi kita Baginda Muhammad Saw...janganlah kita merasa malu memakai tongkat bila menjelang Usia 40 tahun kerana dgn memakai Sunnah tongkat akan bertambah kerisauan Akhirat kita...semoga kita semua dpt bangkit bersama Baginda Saw...Allahumma amin...

Us Khann Daie
Madinah Munawwarah
Kota Baginda Rasulullah SAW

Sunday, November 8, 2015

Sungguh ajaib bagimu duhai anak adam...

Yang menggetarkan segenap
    tubuh serta menunjukkan,
    kebesaran Sang Pencipta.
        Allah Swt. BerFirman :
          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.
           ,Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.
            Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.
                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untok tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??
Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untok mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.
         Tiada bagi mu gigi
          untok mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri 
    Engkau tidak punya apa2.
           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.
      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.
    Apabila engkau telah kuat
      untok berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.
Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu
Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.
    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.
    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.
    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
didalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.
     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untok menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untok menutupi mu.
    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.
     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untok akhirat?
Paksakan untok sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyha' du an Lailahaillallah
     Muhammadar Rasulullah.
Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah.
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad
Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ

Tidur

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

kredit : Cypreme-HQ

Nostalgia Bandar Dungun

Dungun suatu ketika dulu...

Bermulanya bubur Assyura..

Disebutkan dalam kitab:

1. Hasyiah I'anah al-Tolibin (al-Sayyid al-Bakri hal.417/2)

2. Nihayah al-Zain (Syeikh Nawawi Banten hal.192)

2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman al-Usfuri hal.172)

3. Jam'ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani hal.132);

"Bahawasanya tatkala bahtera Nabi Nuh alaihissalam berlabuh di bukit Judi pada hari Asyura', maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih. Maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

Maka berkata Nabi Nuh alaihissalam; "Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang."

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Syeikh Ibn Hajar al-'Asqolani bersyair dengan katanya;

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

"Pada Hari Asyura' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung), Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal) dan Kacang Himmas (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang dinukil daripada kata-kata ulamak)."

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka difahami bahawa sejarah BUBUR ASYURA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh alaihissalam kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya sekadar kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah Taala dengan sebenar-benar taqwa.

Andai arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan al-Syar'u Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai al-Syar'u Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH atau perkara yang bertentangan dengan kehendak syariat.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh alaihissalam. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan disebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia di sisi Allah Taala Insya Allah.

Hal ini juga bertepatan dengan riwayat Imam al-Tabarani dan Imam al-Baihaqi yang telah meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Sa`id al-Khudri, Sayyidina Abu Hurairah, Sayyidina Jabir dan Sayyidina Ibn Mas`ud r.'anhum bahawa Junjungan solallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Sesiapa yang memberi keluasan / kelapangan (keluasan rezeki) kepada keluarganya pada hari Asyura`, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Berhubung hadis ini, para muhaddisin berbeza pendapat berkaitan statusnya, ada yang mensabitkannya dan ada yang mendhaifkan. Imam al-Suyuti dalam "al-Durar al-Muntathirah" halaman 186 menyatakan hadis ini sebagai thabit dan sahih.

Imam Ibn Rejab menulis dalam "Latoif al-Ma’arif" halaman 113, bahawa Imam Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Kami telah mengamalkan hadis ini selama 50 atau 60 tahun, maka tidak kami lihat melainkan kebaikan.”
اليسع
والله أعلم

Status Hadis Meluaskan Belanja Kaum Keluarga Pada Hari 'Asyura' (Ditakhrij oleh Dr Hafidz Soroni):

حديث رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : « من وسع على عياله فى يوم عاشوراء وسع الله عليه فى سنته كلها » وفي رواية: من وسَّعَ على عياله في النفقة يومَ عاشوراء ، وسَّعَ الله عليه سائر سَنَتِهِ. قال سفيان: إنا قد جربناه، فوجدناه كذلك.

Terjemahan hadis Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam: "Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kaum keluarganya pada hari Asyura', maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut seluruhnya". Dalam satu riwayat: "Barangsiapa yang meluaskan nafkah kaum keluarganya pada hari Asyura', maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun tersebut".

Kata Sufyan: Sesungguhnya kami telah mengujinya, lalu kami dapati ianya benar.

Hadis ini berdasarkan kajian, didapati telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat Nabi sollallahu alaihi wa sallam, iaitu:

1. Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu anhu: iaitu riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-’Iyal (no. 385), al-Hakim al-Tirmizi (3/14), al-Tabarani dalam al-Awsat (no. 9302), dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3794). Dalam sanadnya ada Muhammad bin Isma’il al-Ja’fari yang munkar al-hadith (al-Haythami, 3/189).

2. Ibn Mas’ud radhiallahu anhu: iaitu riwayat Ibn ’Adi (5/211), al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3792), dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ (3/97), serta al-Tabarani dalam al-Kabir (no. 10,007) dengan lafaz:
(من وسع على عياله يوم عاشوراء لم يزل فى سعة سائر سنته)
dan dalam sanadnya ada al-Haysam bin al-Syaddakh yang sangat daif (al-Haythami, 3/189).

3. Jabir radhiallahu anhu : iaitu riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3791), kata beliau: Isnadnya dhaif. Juga diriwayatkan dalam al-Istizkar oleh Ibn ’Abd al-Barr dengan lafaz:
(من وسع على نفسه وأهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته)
dan al-Hafiz Ahmad al-Ghumari menyatakan bahawa perawi-perawi sanadnya adalah perawi-perawi al-Sahih.

4. Abu Hurairah radhiallahu anhu : iaitu riwayat Ibn ’Adi dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 3795).

5. Ibn ’Umar radhiallahu anhu : iaitu riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Ruwat Malik.

Dr. Muhammad Abu al-Laith al-Khairabadi dalam kitabnya al-Marwiyyat fi Fadl Laylah al-Nisf min Sya’ban wa al-Tawsi’ah ’ala al-’Iyal Yaum ’Asyura’ fi Mizan al-Naqd al-Hadithi (hlm. 115) merumuskan bahawa hadis ini berdasarkan jalan-jalan riwayatnya adalah hasan li-ghairih. Hukum beliau ini bersepakatan dengan ramai ulama hadis yang tidak menolak hadith ini seperti al-'Iraqi, al-Sakhawi, al-’Ajluni, al-Suyuti, al-Munawi, Ibn 'Arraq dan lain-lain. Sebelum Dr. Abu al-Laith, al-Hafiz al-'Allamah Sayyid Ahmad al-Ghumari رحمه الله sebenarnya telahpun membincangkan takhrij hadis ini secara detail dan menghukumnya sebagai sahih di dalam risalah beliau:
(هدية الصغراء بتصحيح حديث التوسعة يوم عاشوراء)

Wallahu a'lam.

Disediakan oleh Ustaz Alyasak b. Berhan

Tuesday, November 3, 2015

Sahabat sejati

|| Kalau cinta, Doakan ||

Saya nak kongsikan sebuah kisah pendek yang boleh bagi pelajaran buat kita. Kisah kecintaan sahabat Nabi bernama Abu Darda'. Kisah ini disebutkan oleh Imam Az-Zahabi dalam Kitabnya Siyar A'lam An-Nubala.

Abu Darda' merupakan sahabat Nabi yang dihantar ke Dimashq (Damsyik/Damascus- bandar utama di Syria sekarang)

Beliau disayangi ramai orang Dimashq kerana akhlak, dan ilmunya.

Kalau kita mungkin ada seorang dua kawan baik, Abu Darda' pula sebaliknya. Isteri beliau berkata:

"Abu Darda' mempunyai 360 kawan baik yang sangat dia cintai. Dia selalu mendoakan mereka DI DALAM SOLAT (mungkin dalam sujudnya)!

Isterinya pernah tanya:

"Kenapa kamu selalu mendoakan mereka?"

Jawab Abu Darda':

"Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua malaikat akan segera membalas (dengan doa): 'Semoga kamu juga mendapat kebaikan yang sama'.

"Tidakkah bagus kalau aku sentiasa didoakan oleh para malaikat?"

Ternyata Abu Darda' mengamalkan apa yang pernah dipesan oleh Nabi tentang kelebihan doakan kebaikan kepada orang lain tanpa pengetahuan mereka.
-----

Subhanallah. Inilah level "best friend" yang tertinggi. Bukan sahaja ingat dihati, malah ingat dalam doa saat sujud menghadap Ilahi.

Adakah nilai persahabatan yang lebih tinggi daripada ini?

Sama-sama kita ambil iktibar.

wallahua'lam.

Ubat kolestrol