Allah SWT berfirman kepada kita:-
نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ أَحۡسَنَ ٱلۡقَصَصِ بِمَآ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ وَإِن ڪُنتَ مِن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
''Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.'' Yusuf : 2
Kenapakah kisah dalam Al Quran ialah sebaik baik kisah?
1⃣ Kerana Allah SWT menyandarkan penceritaan kisah tersebut kepada diriNya - Dia yang Maha Agung menceritakan kisah tersebut kepada kita. Maka siapakah yang lebih benar penceritaannya selain Allah SWT? Maka hakikat ini akan membawa kita untuk berpada dengan apa yang diceritakan oleh Allah SWT sahaja tanpa perlu mengambil sumber sumber yang tidak sahih. Kita akan merasakan kecukupan bahawa apa yang diceritakan oleh Allah itu sudah memadai buat kita tanpa perlu beralih pandangan kepada mana mana riwayat israiliyyat.
2⃣ Keindahan kisah Al Quran ialah pada uslub penceritaannya. Ketika kita membaca kisah kisah para Nabi, Al Quran memberikan gambaran 'hidup' kepada kita seolah olah seperti kita menyaksikan kejadian itu dengan mata kita sendiri. Pengkaji Al Quran menamakan ia sebaga التصوير الفني (seni penggambaran). Juga keindahan lain ialah dari sudut objektif kisah dalam Al Quran. Al Quran tidak menceritakan keseluruhan kehidupan para Nabi tetapi ia memilih peristiwa terpenting yang berlaku dalam hidup mereka yang dapat memberikan ibrah dan kesan kepada pembacanya. Hal ini tidak berlaku pada kisah Israiliyyat yang mana cenderung untuk memperincikan kehidupan para Nabi sehingga akhirnya menenggelamkan objektif asal kisah tersebut.
3⃣ Kisah para Nabi dalam Al Quran ialah bukti kebenaran risalah Nabi SAW. Baginda hidup dalam suasana padang pasir yang jauh dari peradaban manusia dengan kehidupan yang ringkas. Tetapi bagaimanakah baginda dapat mengetahui perihal umat terdahulu yang bangsa Arab tidak mengetahuinya? Tidak lain tidak bukan ialah kerana ianya bersumberkan wahyu daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT pada penutup Surah Yusuf :-
ذَٲلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَۖ وَمَا كُنتَ لَدَيۡہِمۡ إِذۡ أَجۡمَعُوٓاْ أَمۡرَهُمۡ وَهُمۡ يَمۡكُرُونَ
''(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka ketika mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan (terhadapnya untuk membinasakannya). '' Yusuf 102
Wallahualam ..
No comments:
Post a Comment