Monday, April 11, 2016

Beruntungnya orang mengimarahkan masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ لِلْمَسَاجِدِ أَوْتَادًا الْمَلَائِكَةُ جُلَسَاؤُهُمْ، إِنْ غَابُوا يَفْتَقِدُونَهُمْ، وَإِنْ مَرِضُوا عَادُوهُمْ ، وَإِنْ كَانُوا فِي حَاجَةٍ أَعَانُوهُمْ»رواه أحمد في مسنده :9143 والبيهقي في شعب الإيمان :2820.

Maksud hadith :-  Drpd Abi Hurairah r.a, Drpd Nabi saw bersabda : - “Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu terdapat pasak-pasaknya (iaitu orang-orang yang sering ke masjid, mereka diumpamakan oleh Nabi saw sebagai pasak kepada masjid), para malaikat duduk bersama dengan mereka. Jika mereka tidak datang ke masjid, para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menziarahi mereka, jika mereka ada keperluan, para malaikat akan membantu mereka."  (Hadith riwayat Imam Ahmad dlm Musnadnya: 9143 & Al- Baihaqi dlm Kitab Syu'bi Al-Iman :2820)

No comments:

Post a Comment