Thursday, September 12, 2019

*Kisah dan tauladan

"Ya, akhi...
Duduk, duduk, duduk. Kita makan bersama" Ujar seorang Syeikh Arab yang jernih wajah nya kepada aku dalam bahasa arab yang aku faham sikit sikit.

Manakala seorang lagi menarik tangan aku supaya aku duduk.

Aku lihat plastik panjang dalam gulungan itu ditebarkan membentuk tikar yang panjang.

Datang beberapa orang membawa roti, cheese, kurma syai (teh arab) dan beberapa makanan lagi.

Terbentuk sebuah saf panjang, saf untuk makan.

Tahulah aku bahawa mereka ingin berbuka puasa sunat.

Aku cuba bangun dari kumpulan itu dan ingin berlalu sebab aku tidak puasa hari itu tapi aku di tarik tangan oleh jamaah di sebelah aku.
Yang lain merenung aku sambil tersenyum dan mengisyarat aku agar duduk.

Dalam malu malu aku duduk juga.

Seorang yang tegur aku tadi tanya aku,
"Malaysia, Indonesia?"

"Malaysia." Ujar ku.

"Alhamdulillah. Bagus." Jawabnya sambil menujuk jari tanda bagus.

Aku senyum.
Dia senyum.

Aku resah dan malu. Mereka nak berbuka, aku pulak tak puasa.
Arab itu terus merenung aku.

Akhirnya aku bercakap bahasa inggeris.

"Ya, sheikh.
I m not fasting.
Am not comfortable to be here."

Dia merenung teman nya disebelah. 
Rupanya teman nya itu pandai berbahasa inggeris.
Dia menerangkan pada syeikh itu tentang apa yang aku cakap.

"Tak mengapa, tak mengapa.
Kamu tak puasa tapi kamu mera'ikan orang berpuasa itu dapat pahala Barakah. Barakah.
Kita sama sama dapat pahala" katanya

Sejuk melihat mereka, walau pun orang lain tak puasa dan mereka puasa tapi mereka meraikan juga.

*Mereka tidak merasa mereka hebat dan melihat orang tak berpuasa itu hina.*

Malah mereka memotivasi dan mengajak orang lain mera'ikan mereka.

Itulah Madinah.
Tempat yang selalu aku rindukan.

Panjang kalau aku nak ceritakan tentang bualan kami tapi akhlak orang Madinah mahu pun Mekah amat mulia. Mereka suka memuliakan orang lain walau pun orang lain itu faqir dan asing bagi mereka.

Berbeza kita di Malaysia.

Tidak semua orang Malaysia baik dan tawadhuk dalam beramal.
Memang tidak semua... Tapi ada..

Pernah terjadi di depan mata aku di satu surau di Shah Alam sewaktu aku singgah untuk solat maghrib.

Waktu itu surau itu mengadakan berbuka puasa.
Dan sememangnya surau itu terkenal dengan program berbuka puasanya setiap isnin dan khamis.

Surau itu memang ada orang luar, foreigner dan macam-macam orang.

Selepas maghrib, kami yang tak tahu ni ingat ada kenduri lah! Makan free..
Ada lah sorang dua ni masuk, nak ambik makanan. Mungkin mereka ingatkan kenduri biasa.

Bila mereka nak tumpang makan, beberapa jamaah melarang dengan suara yang boleh di dengari oleh semua yang ada di situ..
*Ini hanya untuk yang berpuasa ya tuan tuan. Yang tak puasa tu faham fahamlah yer."*

Aku yang baru nak masuk ambil air minum tersentak. Terus tak jadi. Bayangkan yang dah ambik pinggan, terus letak balik.

*Jamaah lain yang berpuasa tu, seorang pun tak cakap apa apa, malah senyum saja seolah memperkecilkan hamba hamba Allah yang ingin makan.*

Apalah salahnya...
Bukan boleh habis pun sedangkan makanan itu banyak.

Aku hanya mampu senyum dan menggeleng kepala.

*Sangkaan aku orang yang berpuasa sunat ini dan beramal yang sunat-sunat ini adalah orang yang bertakwa. Orang bertakwa mesti indah akhlaknya.*

Tapi di Malaysia tidak begitu. Orang berpuasa sunat atau yang banyak mengamalkan benda sunat sunat ni belum tentu lagi takwanya kecuali setelah diuji akhlaknya.

Usai, solat isya', aku keluar dari surau dan melihat ke dewan makan.  Aku lihat makanan dan air minuman masih banyak lagi tersisa.

Allaahu Akbar..
Aku tak boleh bayangkan saudara yang ingin mengambil makanan tadi. Mungkin dia seorang  yang fakir atau miskin. Sudahlah makan tak dapat. Dapat lagi rasa malu yang aku rasa suatu pengalaman pahit bagi mereka.

Muga kita yang rajin berpuasa dan mengamal yang sunat sunat ini tidak bersikap dan akhlak begitu.

*Berakhlak lah!..*
Allah tidak melihat amal zahir kamu yang berpuasa tapi melihat hati dan akhlak kamu.

*Muliakan lah sesiapa sahaja yang kamu temui jalanan hidup ini dan jangan merasakan diri kamu lebih baik dari orang lain kerana itu petanda penyakit hati yang parah.*

Terima kasih kpd penulis asal

No comments:

Post a Comment