Tuesday, September 17, 2019

Sedekah Bukan Dengan Harta Semata-mata

APABILA bercakap tentang sedekah, ramai yang membayangkan hanya wang ringgit atau harta benda sahaja untuk menunaikan amalan itu.

Sebenarnya, persepsi itu salah kerana bukan semata-mata harta benda sahaja yang boleh kita sedekahkan.

Sabda Rasulullah SAW: "Bercakap perkataan yang baik merupakan sedekah."

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, jelas menunjukkan apabila kita bercakap perkataan yang baik juga dikira sebagai sedekah.
Islam sememangnya menganjurkan umatnya supaya bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik sesama manusia. Orang mukmin tidak suka maki hamun, mencarut, membuat tuduhan dan fitnah, melabel dengan panggilan yang buruk, mengumpat dan merendahkan orang lain.

Senyuman manis dan kata-kata yang baik itu pasti akan menyejukkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Senyum juga adalah sedekah

Jika kita tidak mampu untuk bersedekah harta benda, tiada salahnya kita mencuba sedekah dengan cara berkenaan.

Semoga perkataan yang baik ini akan mendidik diri kita membentuk insan positif dan istiqamah melakukan kebaikan di muka bumi ALLAH SWT.

Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.

عَنْ أَبِى ذَرٍّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالُوا لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ. قَالَ « أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِى أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ « أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ

Dari Abu Zar radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Sesungguhnya sebagian dari para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka”.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah   sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan isterinya) adalah sedekah “

Mereka bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah (jika) salah seorang di antara kami memenuhi syahwatnya, ia mendapat pahala?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tahukah engkau jika seseorang memenuhi syahwatnya pada yang haram, dia berdosa. Demikian pula jika ia memenuhi syahwatnya itu pada yang halal, ia mendapat pahala”.  

(HR. Muslim no. 2376)

Dalam hadits ini, kita dapat melihat bahawa sahabat-sahabat yang kaya gemar sekali untuk berinfak dengan kelebihan harta mereka. Untuk sahabat yang tidak berharta maka baginda SAW menungguhkan jalan- jalan lain yang akan mendatangkan pahala sedekah.

Juga dapat dilihat pada firman Allah Ta’ala,

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.”

(Surah An Nisa’ [4] ayat 114) 

An Nawawi dalam Syarh Muslim 6/16 mengatakan,

أَنَّ الْمُبَاح إِذَا قَصَدَ بِهِ وَجْه اللَّه تَعَالَى صَارَ طَاعَة ، وَيُثَاب عَلَيْهِ

“Sesungguhnya perbuatan mubah, jika dimaksudkan dengannya untuk mengharapkan wajah Allah Ta’ala, maka dia akan berubah menjadi suatu ketaatan dan akan mendapatkan balasan (ganjaran).”

Wallahu a'lam

🥦 Wassalam 🥦

No comments:

Post a Comment