Sunday, November 29, 2015

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu
bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tiba, tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala.

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab
yang boleh memufliskan?

�� Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya.
Semoga bermanfaat.
Amiin...

AL QURAN TEMAN KITA DI DALAM KUBUR.

Ustaz Dusuki @ikim.fm
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
~ Jangan sekali kali tinggalkan Al-Quran...
Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
Rumah yang dibacakan al Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali Malaikat.
~ Jika mati orang yg suka baca Al Quran , cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit & Malaikat-Malaikat akan tahu, ooo, mati sudah si pembaca al Quran ini, mari kita solatkan rohnya.
~ Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah lembut dengan mayatnya.
Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
JANGAN tinggalkan al Quran.
JANGAN tinggalkan al Quran.
~ Azab kubur bermula ketika mayat tidak dapat menjawab soalan-soalan Malaikat.
Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak-anak dan sahabat- sahabat yg soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur. (Ketahuilah bahawa anak yang bermanfaat dan diterima doanya, hanyalah dari anak yang soleh sedang sahabat - sahabat yang soleh solehah boleh memberikan syafaat kepada sahabat- sahabat nya pula. Sebab itu setiap diri mesti berusaha menjadi kan dirinya diri yang soleh Solehah).
~ Semasa mayat itu duduk ia akan sedar.." ohh...aku dah meninggal dah..."
Pesanan terakhir Ustaz , sebelum mati tolong pastikan sekurang kurangnya ada Surah Al Mulk di dalam dada kita.
In sya Allah. Aamin
Celakalah org yg tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Di dalam kubur Al Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yg dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.."Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga".
Selepas itu baru lah Al-Quran akan melepaskan mayat kepada dua Malaikat yg akan menyoal (Munkar Nankir)
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa.

Wednesday, November 25, 2015

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam
kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~
Baca pelan2" A L L A H " ........, Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASA-Mu ........ Lindungilah Rumahku,keluargaku & orang2" tercinta ........ Amin ,,,,

Tuesday, November 24, 2015

Balasan yang disedari dan yang tidak disedari...

Balasan yang disedari dan yang tidak disedari...

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya: "Mengapakah apabila kita banyak melakukan maksiat kepada Allah, tetapi Allah tidak menimpakan balasanNya ke atas kita dengan segera?"

Gurunya menjawab: "Allah telah menimpakan balasanNya, tetapi engkau yang tidak menyedarinya..!".

"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!

Tiada balasan yang lebih berat ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "hati yang keras".

Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Al-Qur'an selama beberapa hari?

Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi: "Jika Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" (Surah Al-Hasyr: 21)

Engkau mendengar ayat ini, tetapi engkau tidak merasakan apa-apa...!!!

Bukankah berlalu beberapa malam, tetapi engkau terhalang daripada bangun qiyamullail?

Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah.

Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....

Adakah balasan yang lebih berat dan segera dari semua ini?

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya?

Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

Adakah balasan yang lebih berat dan segera daripada ini semua?

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara sia-sia, yang tiada kaitan dengan dirimu?!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat, dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk balasan yang Allah timpakan ke atas dirimu.

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana balasan yang paling ringan yang Allah timpakan: "Balasan yang boleh disedari seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah, balasan yang tidak disedari iaitu "balasan di dalam hati."

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Sunday, November 22, 2015

Marah PENCIPTA??

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu
pulang dan diberikannya kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

     Syaqiq pun bertanya kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual tembikai? Pembeli tembikai? Penanam tembikai? Atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya, "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini! Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

     Menangislah isteri Syaqiq, lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Semoga mendapat iktibar dari kisah ini. InsyaAllah.

~SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN~

Saturday, November 21, 2015

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga  tua juga masuk ke kawasan masjid, saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor. Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih. Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung. Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid, tekaan hati saya. Ketika saya berwuduk di kolah masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan cebok yang telah tersedia. Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah, sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu, moga ia memanfaatkan.
MasyaAllah, Tabarokallah.
Saya pula yang terasa malu, tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung, "Dimana masjid saya singgah, yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok, bekal untuk mati, tak mampu nak sedekah yang lain."

Iktibarnya...
Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk, bayangkan ganjarannya. Berapa ringgit sangat sebuah cebok air. Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik, yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah dorongkan. Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia, tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata manusia.

Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak. Saya nak ajak anda semua, jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf. Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat. Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi, atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air, atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid, atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu, sebuah penyodok sampah, atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan. Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah, mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit, apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga, atau malas nak fikir.  Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid, suaru atau musolla, walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan... . .

Thursday, November 19, 2015

[Jagalah SOLATmu, semoga Allah MENJAGAmu]

اعلم أن الأمر بالمحافظة على الصلاة أمر بالمحافظة على جميع شرائطها، أعني طهارة البدن، والثوب، والمكان،

KETAHUILAH bahawa Penciptamu telah memerintahkanmu agar MENJAGA SOLAT. Sesungguhnya perintah agar MENJAGA SOLAT itu merangkumi usahamu MENJAGA segala SYARAT-SYARATNYA seperti SUCI TUBUH BADAN, SUCINYA PAKAIAN, SUCINYA TEMPAT SOLAT.

والمحافظة على ستر العورة، واستقبال القبلة، والمحافظة على جميع أركان الصلاة، والمحافظة على الاحتراز عن جميع مبطلات الصلاة ، سواء كان ذلك من أعمال القلوب أو من أعمال اللسان، أو من أعمال الجوارح،

Perintah tersebut juga merangkumi arahan MENJAGA  SOLATmu dengan MENUTUP AURAT, MENJAGA segala RUKUN-RUKUN SOLAT, MENJAGA diri daripada melakukan perkara yang MEMBATALKAN SOLATMU yang berpunca daripada amalan-amalan HATI, amalan-amalan LISAN, atau amalan-amalan ANGGOTA BADAN.

وأهم الأمور في الصلاة رعاية النية ؛ فإنها هي المقصود الأصلي من الصلاة، قال تعالى : ( وأقم الصلاة لذكري  ) [طه : 14] فمن أدى الصلاة على هذا الوجه كان محافظا على الصلاة وإلا فلا.

Perkara yang paling UTAMA yang perlu dipelihara ialah NIAT, kerana MENJAGA NIAT adalah matlamat UTAMA PENSYARIATAN SOLAT. ALLAH Subhanahu Wata’ala berfirman “ dan DIRIkanlah solat UNTUK mengingatiKU” Surah Toha: ayat 14. Maka sesiapa yang mendirikan SOLAT semata-mata MENGINGATI ALLAH maka dia telah MENJAGA SOLATnya. Jika seseorang itu tidak MENJAGA perkara-perkara tersebut seolah dia tidak MENJAGA SOLATnya.

فإن قيل : المحافظة لا تكون إلا بين اثنين، كالرعاية، والمزارعة، فكيف المعنى هاهنا؟

Jika dikatakan MENJAGA dan PENJAGAAN itu memerlukan penglibatan antara DUA PIHAK. Contohnya: ibu yang MENJAGA anak dan petani yang MENJAGA tanamannya.  Apakah hakikat PENJAGAAN SOLAT yang disebutkan itu?

والجواب من وجهين :

Jawapan terhadap persoalan ini boleh difahami dari dua dimensi:

أحدهما : أن هذه المحافظة تكون بين العبد والرب، كأنه قيل له : احفظ الصلاة ليحفظك الإله الذي أمرك بالصلاة ، وهذا كقوله : ( فاذكروني أذكركم  ) [البقرة : 152] وفي الحديث : " احفظ الله يحفظك  " .

 

Dimensi Pertama: PENJAGAAN ini melibatkan antara TUHAN dengan HambaNya. Seolah-olah perintah ALLAH kepada hambaNya : “ JAGALAH SOLATmu agar engkau DIJAGA oleh TUHAN yang MEMERINTAHKANmu untuk melakukan SOLAT. Ianya seumpama ARAHAN dalam firmanNya :” (hendaklah kamu) MENGINGATI AKU, maka AKU AKAN MENGINGATImu” Surah Al-Baqarah: ayat 152. Arahan seperti ini juga telah disebutkan oleh Nabi dalam hadithnya “JAGALAH (hubunganmu dengan) ALLAH, maka DIA akan MENJAGAmu”

الثاني : أن تكون المحافظة بين المصلي والصلاة ، فكأنه قيل : احفظ الصلاة حتى تحفظك الصلاة، واعلم أن حفظ الصلاة للمصلي على ثلاثة أوجه :

 

Dimensi Kedua: PENJAGAAN ini melibatkan antara PELAKU SOLAT dan SOLATnya. Seolah-olah ALLAH memerintahkan hambaNya “ JAGALAH SOLATmu agar SOLATmu MENJAGAmu”

Bagaimana SOLAT MENJAGA orang yang MENJAGA SOLAT? SOLAT MENJAGA PELAKUNYA dengan 3 cara.

 

الأول : أن الصلاة تحفظه عن المعاصي، قال تعالى : ( إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر  ) [العنكبوت : 45] فمن حفظ الصلاة حفظته الصلاة عن الفحشاء .

Pertama: SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada melakukan MAKSIAT.

ALLAH berfirman: “sesungguhnya solat itu MENCEGAH  kejahatan dan kemungkaran” Surah An-Ankabut: ayat 45.  SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

 

والثاني : أن الصلاة تحفظه من البلايا والمحن، قال تعالى : ( واستعينوا بالصبر والصلاة  ) [البقرة : 153] وقال تعالى : ( وقال الله إني معكم لئن أقمتم الصلاة وآتيتم الزكاة  ) [المائدة : 12] ومعناه : إني معكم بالنصرة والحفظ إن كنتم أقمتم الصلاة وآتيتم الزكاة .

 

Kedua: Sesungguhnya SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT daripada MALA PETAKA.

Allah berfirman: “dapatkanlah BANTUAN dengan bersabar dan berSOLAT” Surah Al-Baqarah; ayat 153.

Allah berfirman:” Allah berkata Sesungguhnya AKU bersama-sama kamu jika kamu MENDIRIKAN SOLAT dan menunaikan zakat” Surah Al-Maidah: Ayat 12.

 

والثالث : أن الصلاة تحفظ صاحبها وتشفع لمصليها، قال تعالى : ( وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة وما تقدموا لأنفسكم من خير تجدوه عند الله  ) [البقرة : 110] ولأن الصلاة فيها القراءة، والقرآن يشفع لقارئه، وهو شافع مشفع ، وفي الخبر : " إنه تجيء البقرة وآل عمران كأنهما غمامتان فيشهدان ويشفعان  " وأيضا في الخبر : " سورة الملك تصرف عن المتهجد بها عذاب القبر وتجادل عنه في الحشر وتقف في الصراط عند قدميه وتقول للنار : لا سبيل لك عليه  " والله أعلم.

 

Ketiga: Sesungguhnya SOLAT MENJAGA orang yang SOLAT dengan memberi SYAFAAT kepada pelakunya.

Allah berfirman:” DIRIKANLAH SOLAT dan tunaikanlah zakat, apa sahaja amalan baik yang kamu lakukan akan kamu mendapat (ganjaran kebaikan) di sisi ALLAH” Surah Al-Baqarah: Ayat 110.

Sesungguhnya SOLAT itu merangkumi perbuatan membaca Al-Quran. Al-Quran pula akan memberi SYAFAAT kepada pembacanya.

Ada hadis yang menceritakan “ Sesungguhnya Al-Baqarah dan Al-Imran akan datang pada hari kiamat seolah-olah ianya umpama dua gumpalan awan. Mereka berSAKSI dan memberi SYAFAAT.

Hadis yang seumpamanya juga mengisahkan “bahawa Surah Al-Mulk akan MELINDUNGI orang yang membacanya ketika bertahajjud daripada AZAB KUBUR. Surah AL-Mulk akan menjadi PEGUAMBELA bagi pihaknya pada hari kiamat. Surah Al-Mulk juga akan menemaninya ketika melalui TITIAN SIRAT dan berkata “tiada ruang bagi engkau wahai (TITIAN SIRAT) untuk  engkau MENGGAGALKAN dia daripada MELEPASI TITIAN INI”

 

Wallahua’lam.

Sumber Asal: Salin dan Tampal Dalam Group Whatsapp.
Terjemahan Oleh: Hamba ALLAH.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah agar kita tergolong dalam golongan yang MENJAGA SOLAT.
Aamiin.