Monday, February 29, 2016

KISAH ALQURAN ADALAH SEBAIK2 KISAH

Allah SWT berfirman kepada kita:-

نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ أَحۡسَنَ ٱلۡقَصَصِ بِمَآ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ وَإِن ڪُنتَ مِن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ

''Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.'' Yusuf : 2

Kenapakah kisah dalam Al Quran ialah sebaik baik kisah?

1⃣ Kerana Allah SWT menyandarkan penceritaan kisah tersebut kepada diriNya - Dia yang Maha Agung menceritakan kisah tersebut kepada kita. Maka siapakah yang lebih benar penceritaannya selain Allah SWT? Maka hakikat ini akan membawa kita untuk berpada dengan apa yang diceritakan oleh Allah SWT sahaja tanpa perlu mengambil sumber sumber yang tidak sahih. Kita akan merasakan kecukupan bahawa apa yang diceritakan oleh Allah itu sudah memadai buat kita tanpa perlu beralih pandangan kepada mana mana riwayat israiliyyat.

2⃣ Keindahan kisah Al Quran ialah pada uslub penceritaannya. Ketika kita membaca kisah kisah para Nabi, Al Quran memberikan gambaran 'hidup' kepada kita seolah olah seperti kita menyaksikan kejadian itu dengan mata kita sendiri. Pengkaji Al Quran menamakan ia sebaga التصوير الفني (seni penggambaran). Juga keindahan lain ialah dari sudut objektif kisah dalam Al Quran. Al Quran tidak menceritakan keseluruhan kehidupan para Nabi tetapi ia memilih peristiwa terpenting yang berlaku dalam hidup mereka yang dapat memberikan ibrah dan kesan kepada pembacanya. Hal ini tidak berlaku pada kisah Israiliyyat yang mana cenderung untuk memperincikan kehidupan para Nabi sehingga akhirnya menenggelamkan objektif asal kisah tersebut.

3⃣ Kisah para Nabi dalam Al Quran ialah bukti kebenaran risalah Nabi SAW. Baginda hidup dalam suasana padang pasir yang jauh dari peradaban manusia dengan kehidupan yang ringkas. Tetapi bagaimanakah baginda dapat mengetahui perihal umat terdahulu yang bangsa Arab  tidak mengetahuinya? Tidak lain tidak bukan ialah kerana ianya bersumberkan wahyu daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT pada penutup Surah Yusuf :-

ذَٲلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهِ إِلَيۡكَ‌ۖ وَمَا كُنتَ لَدَيۡہِمۡ إِذۡ أَجۡمَعُوٓاْ أَمۡرَهُمۡ وَهُمۡ يَمۡكُرُونَ

''(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka ketika mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan (terhadapnya untuk membinasakannya). '' Yusuf 102

Wallahualam ..

Monday, February 22, 2016

AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

7 Sunnah Hebat

Very nicely written
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Semoga diberkati Allah..

Petua Hidup Tenang..

����Petua hidup tenang����

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yang kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokuskan terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu teruja.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. ��

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yang menimpa.��

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Jalan-jalan cari kesuburan iman...

Kisah Imam Ahmad dan Seorang Wanita

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang perempuan yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya  sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak , saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya bekerja sebagai sebagai buruh kasar dikesempatan masa yg ada bagi membesarkan anak2 saya.

Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila  bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah yg memiliki kekayaan dan terkenal sebagai dermawan itu mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya begitu tersentuh apabila mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Sebenarnya telah tergerak hatinya untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasrat itu karena ingin mendengar semua ucapan siibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan ceritanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan  kerajaan telah berkhemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu dengan jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya menerangi setiap penjuru ruang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Tuan Imam bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu? Tanya siibu tadi...

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentunya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terharu dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi, tetapi siibu yang miskin lagi fakir tersebut penuh dengan kejujuran.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, siapakah engkau sebenarnya?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini menyatakan “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah sangat terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyat semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakan untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. sesungguhnya, sehelai rambutmu yang terurai dari jilbabmu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan keewangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah meneruskan ucapannya, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, niscaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam syurga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Wednesday, February 17, 2016

DIABETIS (Kencing Manis)

UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS - KAJIAN TELAH MEMBUKTIKAN YANG UBAT TERBAIK UNTUK BEBAS DARIPADA PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES) ADALAH BIJI BUAH RAMBUTAN.

Cara penggunaannya.
1. Ambil 5 biji (seeds) rambutan.
2. Goreng.
3. Tumbuk sehingga hancur menjadi tepung.
4. Campurkan dengan air sejuk dan minum.
5. Minumlah beberapa kali dalam sehari. Amalkan.

Penggunaan biji rambutan untuk membebaskan penderitaan pesakit kencing manis tahap 2 telah terbukti berjaya. Kajian yang dilakukan di Eropah telah membukti berjaya membebaskan penderitaan seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 diseluruh dunia pada tahun 2014. Kita rakyat Malaysia cukup bertuah kerana memiliki buah tersebut dinegara sendiri.

Kurangkan pergantungan kepada insulin dan ubatan farmasi. Pesakit kencing manis sentiasa merasa semakin bimbang, apabila melihat penurunan berat badannya. Jangan bimbang, kerana kehilangan berat badan tersebut,adalah cara badan memberi isyarat kepada otak, untuk kita mengubah gaya hidup dan pemakanan harian kita. Amalkan pemakanan yang sihat.

Diabetes tahap 2, bukanlah hukuman mati kepada pengidapnya. Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan yang tertera diatas, InshaAllah. Bebaskan diri kita daripada diabetes.

Sebarkan dan berkongsilah berita baik ini kepada rakan-rakan kita. Sekadar berkongsi

Monday, February 15, 2016

REZEKI

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.